Sunday, January 8, 2012

ALAM BARU

Lamanya berehat... blog ni belum sempat nak up date...
Sebenarnya gambar2 ni sudah lama , cuma tak publish je... tak sempat... walaupun ia dikatakan cerita basi tapi tak pe.. kenangan. Hee...


Ucapan yang ditujukan pada murid2 baru

Tahun 1979 - Teringat ketika Ambe mula2 masuk sekolah dulu... dengan rambut yang diikat stail "ekor kuda" hmmm... berbaju kurung, membawa beg plastik yang bercop "AJINOMOTO". Berjalan melengang menuju ke sekolah. Dengan penuh rasa ceria dan bersemangat nak belajar. Inilah kali pertama jejak kaki ke sekolah (maklumlah pada ketika tu, Ambe tak sekolah TADIKA pun). Ada kawan2 yang menangis nak balik pun ada, mak yang temankan anak sambil berdiri kat tepi tingkap pun ramai. Waduh... seronoknya pada ketika tu...
Waktu itu lah baru nak mengenal A..B...C.. Tapi kini... Alhamdulillah... Terima kasih mak, ayah kerana sanggup berkorban demi anakmu ini. Sekarang lihatlah reaksi cucumu ketika mula masuk ke sekolah...

Itu cerita mengenai Ambe....

Sekarang beralih pada anak Ambe la pulak...

Rasa seronok pulak bila Ambe ambil cuti semata-mata untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana ada 2 anak yang mengalami perubahan :

  • Darjah 1 dari Tadika At-Taufiq
  • Tingkatan 1 dari SKKM
Kami terpaksa berpecah kepada 2 tempat yang berbeza untuk menguruskan kemasukan ke sekolah. Alhamdulillah....

5 Januari 2012 (Sek. Keb.Kota Masai), Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor:

Hari pertama Muhammad Firdaus (anak ke-3) pergi ke sekolah...

Rasa tak puashati... (ketika dalam perjalanan ke sekolah),



tapi... reaksi berbeza ketika pulang dari sekolah...

Itulah orang2 tua pernah kata... Kalau tak kenal maka tak cinta. Rasanya situasi ni dapat membuktikannya. Hmmm... macam2...


Ini pula keadaan di sekolah Agama.
Fuhhh ramainya manusia.
Ini baru 1 sesi

Ketika Ambe mula2 untuk membuat pengesahan ke sekolah agama dulu, permohonan Ambe telah ditolak. Walaupun masa Ambe sampai baru pukul 11.00 pagi, tapi kuota dah penuh. Maklumlah ramainya orang yang nak masukkan anak ke sekolah agama kat sini sampaikan melimpah-limpah, tak dapat memenuhi permintaan. Ambe salah seorang daripadanya. Tapi akhirnya .. Alhamdulillah di penghujung Disember mendapat panggilan telefon dari pihak sekolah agar datang membuat pengesahan. Cuba bayangkan... darjah 1 sahaja pelajar dah lebih dari 1000 orang...


Ibubapa yang setia menunggu...



Van sekolah.. pengangkutan utama anak2 Ambe


5 Januari 2012 ( Sek.Ag. Ma'ahad Al-Maarif Al-Islamiah) Taiping, Perak:


Setelah tamat UPSR, Ambe mula risau. Macam2 persoalan yang timbul. Nanti bila dah masuk ting. 1, nak sekolah kat mana? Tak kan nak tinggalkan Along kat taska.. dia dah besar... Nak tinggal kat rumah? Takut tak terkawal pulak nanti. Sekarang ni macam2 boleh berlaku kalau tinggalkan anak sorang2 kat rumah. Isk tak boleh jadi ni...

Dalam diam2 rupanya si suami minta tolong adik ipar untuk membuat permohonan ke sekolah agama di Perak. Bila dapat tau, pada mulanya Ambe tak setuju. Bukan apa.. jauh tu... nak jenguk sekali sekala. Kalau dekat2 hujung2 minggu dapat jugak mencelah. Ini kalau dah jauh macam ni????? Hmmm... Akhirnya... setelah fikir masak2... Lepaskanlah juga ke sana.

Sedih jugak tak dapat turut sama waktu pendaftaran Along kat sana sebab dalam waktu yang sama si Firdaus pun baru nak masuk darjah satu kat SKKM sini.Apa2 pun semuanya Ambe serahkan pada Si Suami. Pandai2 lah dia buat keputusan.




Akhirnya untuk mengubat hati Ambe, Si Suami mengambil gambar sekolah Along. Inilah dia sekolah Along. Alhamdulillah... dapat jugak sekolah yang mempunyai asrama. Walau pun jauh tapi berbalai.




Dapat jugak katil di tepi tingkap

Bila tengok katil ni, teringat pulak Ambe masa tinggal kat asrama di Sek.Ag.Marang dulu. Seronok sebenarnya bila duduk kat asrama ni. Bila sesekali balik ke kampung terasa jugak macam "sayang" lebih sikit (perasan kot).


Sedang menyusun pakaian

Bila dah duduk kat asrama macam ni, terpaksalah berdikari ye. Basuh baju sendiri, kemas sendiri. Menurut Along, baru seminggu tinggal kat Asrama, baju dan seluar dah hilang. Last2 baju hanya ada 3 helai, seluar 2 helai, baju Melayu terpaksa beli baru. Waduh kesiannya kat Along... apa2 pun Ambe terpaksa poskan semula baju2 & juga seluar, tapi dalam kuantiti yg sikit la. Semoga kecurian tak belaku lagi.


Surau

Selesa... Alhamdulillah semoga Along dapat memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Umi doakan agar semua anak Umi, Muhammad Aiman, Muhammad Arif Farhan & Muhammad Firdaus menjadi anak yang soleh. Amin...


Kantin Asrama

Bayaran yang ditetapkan hanya RM25 sebulan bagi pendapatan ibubapa bawah RM5000. RM 50 bagi pendapatan ibubapa RM5000 ke atas. Kos termasuk makan dan minum. Memang murah sangat2 jika nak dibandingkan di beberapa tempat yang lain. Apa yang penting Along dapat belajar dengan selesa. Insyaallah...

Tempat mandi


Jadual makan

Apa2 pun, semua ini dapat mengimbau kenangan Ambe ketika zaman persekolahan dulu. Cuma keadaan kini berbeza sesuai mengikut peredaran zaman. Semoga semuanya berjalan lancar. Insyaallah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails