Thursday, May 31, 2012

MANAGMENT STRESS DAY

SESI 1 :  JAMUAN MAKAN (AJK PERCETAKAN & BUKU PROGRAM)

Termenung???? nape ek???  Fikir masa depan ke???


Tu dia... tak leh keluar... selagi KJ x keluar. Hee... sabo je la Hamdan...


Semua licinnnnnn... bagus la... x membazir...


Ciutnya.... anak sape ni???


SESI 2 : SUKAN

"Puan Guru" Parahsakthi menjadi "kepala" bg aksi memanaskan badan.
Hmm... lamanya... tak tahan dah ni... lenguh semua urat2 ni..


"Lega dah selesai... blh la kami rehat..."


"Sape nak mula dulu ni?....


"Apa yg ditengok tu, Ainun....Roslina...???"



Seronoknya sekali sekala lepas tension macam ni....


"Ni la ketua kumpulan kami, Ust. Hamdi.."


"Alamak!!! bulu tangkis sangkut la pulak...hmmm..."


"Ada gaya tak???"


Juri: Ust. Hamdan



SESI 3 : MAIN BOWLING

Gaya seorg pemain bowling... heee...


"Dina ni... baling masuk longkang ke???"


"Khusukye...."


"Cerianya....."


"Thanks Parahsakthi... Hmm.. dapat jugak hadiah". 
Biarlah x masuk dlm list 3 teratas... janji happy. Tu yang penting...



Wajah2 ceria seorang juara....

Chee Keong 


Khairul Nizam


Hosni Mubarak (berpindah ke KK Padang Terap)


Muhammad Senusi (berpindah ke KK Temerloh)



"Ni saya nak bg pada siapa????"


"Hmm.. x percaya... ianya menjadi milik Ambe. 
Heee... yg pasti lepas ni akan jatuh ke tangan org lain"



SESI 4 : POTLUCK


Yumy...yumy....


Nasi beriani



Rojak

Alhamdulillah... semua sudah selesai mengikut perancangan. Terima kasih Us. Hamdan sebagai Ketua Biro Kebajikan JPA  & the geng.  Semoga ada lagi aktiviti yg dijalankan selepas ini.

Wednesday, May 30, 2012

ORIENTASI KURIKULUM BARU



Ketika JPP menghantar surat panggilan untuk datang ke Bengkel Permurnian Kurikulum... Ambe mula rasa berdebar... Almaklumlah sebelem ini hanya terlibat dgn kurikulum khas sahaja. Tp ni..... silibus yg normal... kali pertama datang ke PSA utk permurniaan  banyak la juga perubahan.. tp ketika itu hanya permurnian sahaja... masih lagi silibus yang lama...

Kali ke 2... dipanggil lagi ...seterusnya... dan seterusnya... TAUKE besar mengatakan perlu perubahan kpd silibus jika mahu seiring dgn kehendak industri...itulah permulaannya... dr Pendidikan Islam 2 tukar kepada SENI ISLAM, HOSPITALITI & PELANCONGAN ISLAM, SAINS TEKNOLOGI ISLAM & PENGURUSAN ISLAM... Kami yg terlibat mula terkejut badak... bayangkan mana nak cari bahan2 semua tu.. Alhamdulillah SIFU banyak membantu bersama dgn ahli2 yg lain...

AKHIRNYA.... selepas berhempas pulas inilah hasilnya....BENGKEL ORIENTASI diadakan pada setiap politeknik bagi menjelaskan transformasi subjek Pendidikan Islam yang akan digunakan..

AMBE diberi tjwb utk hadir ke PIS, Poli Muadzam & Poli PD....Alhamdulillah... selesai....




ngerinya tengok...



Bengkel Orientasi di PPD


 Nur Azmin PSA tekun buat keje...





sedang mencari idea....





SIFU kurikulum baru... Ustaz Azli....

Wednesday, May 23, 2012

BERSAMA USTAZAH PILIHAN ASTRO OASIS

 "Wan! Minggu depan ada program bersama Ustazah Pilihan Astro...." Kata KJ.
" Program Ustazah Pilihan? Siapa yang handle Kak Farah?"
"Entah lah... menurut Tn Hj. Sahul program tu hari Rabu minggu depan...  kalau nak tahu lebih detail, cuba tanya  Tn.Hj. Nanti booking Dewan Serbaguna... ".
"Nak guna dewan serbaguna ke? Risau la Kak Farah... takut tak ramai yang datang... Kalau guna dewan kuliah tak nampak sangat..."
"Cuba bincang dengan Tn.Hj macam mana nanti..."
"Ok.."

Keesokan hari...

Setelah berbincang dengan Tn.Hj baru la tau kedudukan yang sebenarnya. Sebenarnya Program Ustazah Pilihan ni hanya diberitahu last minit. Program sebenarnya adalah Taklimat wasiat/harta pusaka oleh Bank Islam.

Alhamdulillah... akhirnya program ini berjaya jugak akhirnya walaupun tak ramai yang datang jika dibandingkan dengan bilangan staf yang ada. Rugi orang yang tak datang ni tau.


 Pendaftaran peserta...



 Staf Bank Islam melayan tetamu yang datang sambil memberi cenderahati



 Pinjam kak... jangan tak pinjam...


 Alhamdulillah ramai jugak yang hadir termasuk KJ & KU


 Sempat lagi posing





Ustazah Nurul Hidayah Bt Kamarudin
 - terpesona bila dengar beliau membaca ayat2 suci Al-Quran


Memang sesuai terpilih sebagai Ustazah Pilihan


Apa la topik hangat yg dibincangkan tu???????


Sempat juga bergambar dengan Ustazah Nurul Hidayah



Sunday, May 13, 2012

BENGKEL PENYEMBELIHAN & PENGURUSAN JENAZAH

Sesi bergambar fasilitator & tenaga pegajar SATP

Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), dengan kerjasama Sekolah Agama Taman Pelangi, Johor Bahru telah menganjurkan Bengkel Penyembelihan dan Pengurusan Jenazah pada 12 Mei 2012 . Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berkenaan berkaitan proses sembelihan menurut syariat Islam dan mempelajari cara mengurusakan jenazah.

Bengkel yang bermula pada pukul 8.00 pagi - 5.00 petang ini, telah dihadiri kira-kira 72 peserta dari kalangan pelajar sekolah agama berkenaan. Penceramah dan fasilitator adalah terdiri oleh tenaga pensyarah dari PIS seramai 9 orang dan dibantu oleh tenaga pengajar dari sekolah tersebut.


Sebahagian peserta yang hadir


Bengkel selama 1 hari ini dibahagikan kepada dua slot iaitu slot utk penyembelihan dan slot utk pengurusan jenazah.

SESI 1: PENYEMBELIHAN MENURUT SYARIAT ISLAM




Ust. Mohd Hamdi memberikan taklimat sebelum
pelajar memulakan praktikal penyembelihan.


Ust. Nizam: Tengok betul ye!!! jangan salah potong
Ust. Hamdi : Kalau ayam jantan ada biji...

berebut2 nak cari biji di leher ayam...

 
Tengok betul2 cara pegang ayam ni...

Pastikan kaki dan kedua2 kepak ayam dipegang betul2 sebelum sembelih


Ustaz: Pegang pisau tu betul2... jangan sampai terangkat...

 
Akhirnya .... telah berjaya "dikorbankan"

Bila dah pastikan ayam tu mati, barulah boleh dibersihkan.


 
SESI 2 : BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Pada ketika ini, tenaga pengajar SATP yg perempuan sibuk membersihkan ayam2 yg telah disembelihkan. Ada yg kurang "berani" utk turut serta jadi model "jenazah"


Penceramah utama: Ust. Mohd Hamdan



Salah seorang pelajar yang menjadi model “jenazah”


 
Pelajar membuat praktikal solat jenazah

Membawa “jenazah” ke tanah perkuburan


Ini la tempat "jenazah" akan "dikebumikan"


Cenderahati drp PIS

Alhamdulillah selesai juga program yang dirancang ini. Terima kasih kepada KJ yang banyak membantu, sahabat2 yang sponsur sama ada dr segi tenaga, material dan juga semangat yg diberikan oleh kawan2 semua amat2 membanggakan. Tenaga pengajar SATP tak kurang hebatnya, terutama ustzh Aliyah dan kawan2nya. Semoga siratulrahim yg kita jalinkan tak akan terputus di sini. Alhamdulillah... walaupun penat tapi rasa amat2 berbaloi2.... semoga semua usaha dan jasa kalian biarlah Allah sahaja yang memberi ganjarannya.
















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails