Jam menunjukkan pukul 10.10 pagi. Aku mula melangkah kaki ke kelas di JKM. Bila dah masuk ke kelas tu, aku mula mengira bilangan pelajar. Aik... mana lagi 2 org? Jgn2... hemm... "Mana kawan awak 2 org lagi ni"?. "Mrk belum masuk lagi puan, entah lah tadi ada". Baru nak mulakan kelas, tiba2... "Assalamualaikum!.... "Waalaikumussalam!... Dr mana ni"?. Hidung dah mula hidu bau yg kurang menyenangkan. "Kami dr toilet...". (Dlm hati) kurang asam budak ni....
Rokok... memang tak dapat dipisahkan dr kaki perokok. Menurut kata perokok, biar putus tunang tp jangan putus rokok. Eeeee.... teruknya ... nikmatnya akan terasa bila merokok selepas makan dan ditambah pula minum kopi yg pekat. Fulamakkk... nikmatnya sukar dibayangkan. Tapi kalau banyak minum air masak , mungkin gian tu berkurangan kot...Tak makan, tak pe... tp rokok tetap kena ada. Jika rokok tak ada , tak sempurna hidup. Itu kata perokok la... Betul ke? Hai kalau tanya pendapat aku secara peribadinya, merokok tu adalah membazir masa, membazir tenaga, membazir duit dan mcm2 lagi. Bagaimana pula dgn anda yg tidak merokok? Tapi yg hairannya bila tiba bulan puasa boleh pulak berhenti merokok. Apa2 pun di sini ada sedikit tip bagaimana cara utk menghentikan tabiat rokok ni. Di antaranya adalah:-
- Buat keputusan utk berhenti merokok dan maklumkan kpd ahli keluarga dan sahabat handai. Perasaan mahu berhenti merokok akan menjadi lebih mudah dengan sokongan serta galakan mereka.
- Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas abu rokok.
- Belajar menolak tawaran orang lain untuk merokok. Jauhi orang yang sedang merokok.
- Tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan perasaan, minum air sejuk atau mandi sekiranya berasa gian untuk merokok.
- Kuatkan semangat anda. Jangan mudah menyerah kalah.
- Minum lebih banyak air, elakkan minum kopi dan lain2 minuman yg boleh merangsang anda utk merokok.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran serta buah-buahan.
- Libatkan diri dgn hobi atau kegiatan luar spt joging dan sebagainya utk memenuhi masa lapang.
- Kebaikan buah-buahan:
- Mengandungi banyak air spt mana tubuh badan manusia dan berupaya menentang dehidrasi.
- 100 % bebas kolestrol.
- Menggalakkan ingatan dan memperbaiki fungsi otak.
- Mengandungi kandungan vitamin, mineral, fitonutrien dan fiber yg tinggi.
- Suplemen paling semulajadi utk mengekalkan kesihatan.
MANA2 PEROKOK BOLEH CUBA KAEDAH NI, MANA LA TAU KOT2 BOLEH BERUBAH TABIAT MEROKOK TU ....KAN... INI TEGURAN IKHLAS TAU!!!!!