SEJARAH dalam hidup Ambe, yang mana Aidil Adha pada kali ini merupakan pertama kali (selepas kahwin ) Ambe meraikannya di kampung iaitu di KAMPUNG BATANGAN. Seronoknya... Hanya Allah saja yg tahu. Bukan saja Ambe yg seronok tp ahli keluarga Ambe yg lain. Ya Allah ampunilah segala dosa hambaMu ini. Bukan niat Ambe untuk membuang keluarga tp keadaan yg tidak mengizinkan Ambe kerap pulang ke kampung. Bila pulang sekali sekala terasa sangat meriahnya. Lagi pula pd Hari Raya macam ni... Suami Ambe pun turut terasa suasananya.
Secara ringkas mengenai keluarga Ambe......
Berdiri : Suhayana, Zabedah (Mak Cik), Seman (Tok Ki), Meryam (Mak), Zariah (Mak Ngah), Nik Rawi (Pak Ngah )
Masa balik raya baru2 ni jugak, Ambe jumpa dengan dgn Zuliana (maaf gambarnya tiada dalam simpanan). Dia adalah di antara sepupu yg rapat dgn Ambe pd suatu ketika dulu. Dah lama tak jumpa, alih2 raya baru2 ni terserempak, itupun ketika dia dah nak pulang. Rupa2nya anak dia dah 4 orang. Tak sempat deng nak ngejor.... Hee... Gurau je Leeya...