Ambe mengharapkan biarlah ini terakhir dalam penggubalan kurikulum ini. Rasa penat... penat bukan kerana malas tapi kerana tak larat nak ganti kelas. Pelajar2 pun asyik merungut je.... itu yang tak tahan...
Inilah flight yang bawak kami ke Sabah. Boleh tahan harga tiket... Nampak gayanya kalau kena keluarkan kos sendiri mahu pokai poket... nasib baik le ... bukan kedekut eh... tp keadaan kewangan belum mengizinkan...
Di sinilah kami akan berkampung selama lebih kurang 4 hari ini. Promenade Hotel, Kota Kinabalu. Memang penganjur telah memilih tempat yang sesuai. Dikelilingi tempat shopping... alahai lagi banyak la duit yang melayang. Hee...
Masa yang terluang, kami tak biarkan kosong. Mulalah kaki melangkah ke pasar2 yang ada berhampiran hotel. Bukan senang nak datang ke sini. Masing2 sedang memilih barang2 yang mahu dibawa pulang ke semenanjung.
Berpinar2 mata... tak tau nak pilih mana satu.. last2 balik tangan kosong. Hmmmm...
Selepas penat mendaki bukit... kami dibawa singgah ke Taman Kinabalu. Pada ketika ini terasa sangat sakit kaki. Itulah akibatnya.. warm up tidak... latihan pun tak ada... joging pun kadang2... tiba2 terus memanjat.. cam ne urat tidak terkejut... Sakitnya Allah saje yang tau..
Sementara menunggu bas datang untuk menghantar kami ke lapangan terbang... Apa macam???? ada tokoh tak??? Semoga Prasanna akan dapat jugak menimang zuriat sendiri satu ketika nanti...