Sudah lama benar rasanya tak up date blog ni. Mohon maaf pada rakan-rakan serta keluarga Ambe yang sentiasa mengikuti perkembangan melalui blog ni. Sebenarnya masa selama 24 jam yang ada seolah2 tidak cukup bagi Ambe. Inilah kelemahan Ambe yang utama. Masa yang diperuntukkan oleh ALLAH sebenarnya sudah cukup buat hambaNYa, tetapi kerana kelemahan & kekurangan hambaNa menyebabkan tidak dapat mengatur jadual kehidupan dengan baik. Namanya manusia kan......
Masing-masing tekun mendengar "celoteh penceramah" yang banyak memberi in put mengenai penyelidikan. Sebenarnya Ambe tak minat kursus-kursus yang macam ni, tapi nak buat macam mana, sudah tiada pilihan lain. Apa-apa pun tahu jugaklah serba sedikit mengenai penyelidikan ini. Hmmm... bila le nak mula buat penyelidikan ni.