Syukur Alhamdulillah, kali ni cuti raya Ambe ( 8 hari tu ) diluluskan. Terima kasih pada Ketua Jabatan Ambe. Oleh kerana cuti raya yang Ambe dan suami agak lama , maka panjang la pulak langkahnya. Tempat tujuan Ambe seperti biasa JOHOR - TERENGGANU - PERAK - KUALA LUMPUR - JOHOR. Semua keluarga kedua-dua belah pihak amat gembira bila mendengar berita ni. Almaklumlah kami amat jarang sekali pulang ke kampung halaman.
Semasa kat Kampung Batangan, sempat jugak la kami jenguk-jenguk kebun getah ayah. Kasihan kat ayah, sepatutnya pada usianya sekarang, dia cuma berehat kat rumah. Tapi tau-tau aje la, orang tua ni mana betah sangat duduk kat rumah tu. Nanti semua urat demam dan sakit. Hmmmm... nak buat macam mana...
Muhammad Aiman - ambil peluang.
Masa ni la dia tunjuk segala kemahiran. Kalau duduk kat Pasir Gudang tak dapat bebas seperti di kampung. Masa-masa yang ada dia akan habiskan bersama Tok Ki nya. Nampak sangat darah Tok Ki yang mengalir dalam badannya.
Ek..Eh..ingatkan Aiman je, rupanya si bapanya pun sama.