Saturday, January 30, 2010

KERETA...OH...KERETA!!!

14 Julai 2002 - Itu adalah salah satu tarikh yang penting buat Ambe. Ini adalah kereta yang pertama Ambe miliki dengan hasil titik peluh sendiri.

Sebelas tahun yang lepas...

Akhir Disember 1997 - Ambe mendapat surat tawaran posting ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, Jitra Kedah. Ambe perlu melapor diri pada 5 Januari 1998. Oleh kerana surat tawaran sampai lambat , Ambe tak tahu nak buat apa sebelum melapor diri. Kaget punya pasal sampai otak pun dah blur. Dalam kepala Ambe waktu tu hanya fikirkan politeknik ni cam ne? sekolah apa? Jitra kat mana? Kalau naik bas nak turun kat mana? Berapa jauh dr Terengganu ke Kedah? Sampai Kedah nak hubungi siapa? Ada tak no. tel kengkawan kat Kedah? Banyak betul persoalannya tapi jawapannya entah la dapat ke tidak...

Walau bagaimanapun yg penting cari tiket le dulu... Dah dapat tiket hanya Ambe je yg dapat pergi. Mak & Ayah terpaksa melepaskan pemergian Ambe dengan penuh kata nasihat...Alhamdulillah... sebaik sampai di Alor Star, Ambe tel. kawan . Busro namanya. Memang beliau banyak menolong Ambe pada ketika tu... Esoknya bila pergi ke Jitra tengok politeknik... mak oii... ni bukan sekolah. Siap ada Dewan Kuliah, Bilik Seminar dll. Bila jumpa pengetua waktu tu Dato' Hj Imran (kini adalah Ketua Pengarah)... malunya bukan kepalang... bila beliau bagitau mengenai politeknik yang sebenarnya. Yelah waktu tu politeknik tak banyak cam sekarang ni ha. Hee... masih nak membela diri...

Teringat kat kawan2 antaranya : Ust. Zulkifli, Ust.Azizan, Ust.Hanifah, Ustz. Rohana, Ustz. Jamilah ( dengar cerita sekarang dah jadi KJPA di Poli Perlis, Ustz. Ramlah, Kak Yusma, En.Mamsin, En.Zul dan ramai lagi. Maaf ada yang dah tak ingat nama lagi. Terima kasih kengkawan semua kerana banyak mengajar Ambe mengharungi liku-liku sebagai "pensyarah" padahal bagi Ambe ia adalah sama dengan "guru" iatu sama-sama mendidik pelajar, cuma di poli ni adalah pelajar lepasan SPM.

Pada 1.1.1998 Ambe melapor diri ke Politeknik Johor Bahru atau nama glamournya PJB (dapat tukar dgn alasan ikut suami). Sampai la sekarang. Pada waktu ni, rasa sangat keperitan kerana tiada pengangkutan. Sekitar PJB dikelilingi pohon-pohon yang menghijau dan makhluk2 yang bergayut, penempatan pulak kurang. Bas juga susah. Terpaksa menumpang kawan2, waktu tu terpaksa tebalkan muka berjalan kaki, malu nak offer diri kecuali mereka menawar diri utk tumpangkan sehingga ke pinggir kawasan perumahan yang dekat. Kereta ketika tu bukan tak de, tp lesen memandu pulak yang mengekang Ambe.

Setelah penat suami Ambe membebel supaya mengambil lesen memandu, barulah terkial2 belajar bawa kereta. Dapat le lesen tu. Dengan semangat yang suami berikan maka Ambe boleh le bawak kereta. Tapi jeng...jeng...jeng...hari pertama enjin mati di tengah2 jalan. Minggu kedua bila mengundur, dua tayar belakang masuk dalam longkang, minggu berikutnya Ambe langgar depan bas sebab tak lepas memotong... Banyak jugak le kenangan silam yang berlaku...

Akhirnya selepas bersusah payah, dan rasa diri agak2 mampu bayar ansuran, maka Ambe buatlah permohonan untuk beli 'WIRAKU' ni. Bukan apa kereta yang lama pun dah uzur. Maka bermula pada 14 Julai 2002, Ambe bawa WIRAKU ni berulang-alik kerja sampai le sekarang.

Semalam masa bawa WIRAKU nak pergi pejabat, Ambe bau semacam... hangit... dan keluar sedikit asap.... air-cond pulak panas semacam. Dalam keadaan berdebar-debar, terpaksa lah bawak ke bengkel... Huk..huk..huk... dari semalam duk kat bengkel sampailah tadi, melayang RM 50, 8 keping lak tu. Alhamdulillah selamat akhirnya. Mekanik bagitau Ambe, water pump dan radiator bocor, air kering dan banyak lagi le yang kena tukar. Alahai rupa2nya dah lama Ambe abaikan kesihatan WIRAKU ni. Bila dah jadi cam ni nampak gayanya Ambe kena prihatin pada WIRAKU lah nampaknya. Kereta...oh...kereta...


Friday, January 8, 2010

TERIMA KASIH TUHAN



Terima kasih Tuhan
Kerana masih memberikan aku kehidupan
Terima kasih Tuhan
Kerana masih menerangkan aku penglihatan
Terima kasih Tuhan
Kerana masih memberikan aku pendengaran
Terima kasih Tuhan
Kerana masih mengizinkan aku percakapan


Tuhan
Tanpa - Mu dalam kehidupanku,
Aku bagaikan sepucuk paku
Kerasku, bukan keras tubuhku,
Tapi kerasku, adalah keras hatiku



Tuhan
Tanpa penglihatan,
Aku bagaikan seorang yang buta
Tidak nampak akan kebesaran - Mu
Maka tidak kenallah aku dengan - Mu



Tuhan
Tanpa pendengaran
Aku seorang yang pekak
Tidak dapat menikmati laungan
membesar - besarkan - Mu
Maka tidak terasalah akan kekuasaan - Mu



Tuhan
Tanpa dapat aku berkat-kata,
Aku seorang yang bisu
Tidak dapat merasai kemerduan suaraku,
Kurniaan - Mu
Maka tidaklah aku merasai kebesaran - Mu



Terima kasih Tuhan
Kaulah segala-galanya dalam hidupku
Tanpa - Mu aku hilang segala - galanya
Dapat - Mu Tuhan
Aku dapat segala - galanya



Terima kasih Tuhan



Dato' Md Dakhiyar Amir

November 2009



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails