Sunday, October 28, 2012

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH



Memandangkan Kursus Pengurusan Jenazah jarang sekali diadakan untuk para pelajar maka kami tenaga pengajar bagi subjek AA201 - Pend. Islam 2 mengambil keputusan untuk membuat sendiri bengkel berkenaan... tapi hanya TEORI SAHAJA... dr segi PRAKTIKAL sebenarnya rasanya diri ini belum mampu lagi.
Oleh itu pada hari Sabtu 29 Sept & 9 Okt 2012 yang lepas Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah  melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah bagi Modul AA 201 kepada semua pelajar semester 2 SESI JUN 2012 (kira-kira 500 org pelajar dr pelbagai jabatan). Ini adalah kali terakhir kami bersama modul ini.   Sedih rasanya...

 sempat lagi posing...



 alhamdulillah... dapat peruntukan...


 pelajar sedang memotong kain kafan

 mula aplikasikan apa yg telah dipelajari dlm kelas...



 ini dia "model jenazah"







 setiap kumpulan "menghasilkan 1 jenazah"


 pelajar sedang solat jenazah



Kalau ramai yang tanya kenapa baru sekarang terasa nak buat sedangkan sebelum ini buat de' je... Peralatan .... ya itu adalah kekangannya... Alhamdulillah kali ini kami berjaya membeli peralatan yang lengkap dalam kuantiti yg banyak utk digunakan kpd pelajar... tapi sedihhhhhhh... sebab mulai Sesi Dis 2012, pelajar mula didedahkan dengan silibus yg baru...

Peralatan yang ada tidak dibazirkan... kami gunakan pula utk program CSR.  TUNGGUUUUU!!!!!


Monday, October 8, 2012

KENANGAN RAYA 2012






KENANGAN ....

Sudah lama rasanya tak update blog ni... entah kenapa petang2 begini rasanya "gian" pulak.
Raya tahun 2012 adalah kenangan yang paling bermakna buat diriku sekeluarga kerana pada kali ini kami menyambut bersama2 saudara baru iaitu anak muridku yang baru memeluk Islam. Dia mendaftarkan Islam adalah agamanya secara rasminya 20 Julai 2012. Aku merasa bertanggungjawab membawanya pulang utk meraikan hari kemenangan ini bersama-sama di Kg. Batangan, Marang Terengganu.

wajahnya begitu tenang sekali....
semoga kamu mendapat restu dr ke2 ibubapa mu suatu hari nanti...



Bersama Khadijah dan Scolastica



Khadijah dan Nur Sha'adiqah Abdullah


 3 anak saudara


 loving couple


 Semoga bahagia hingga ke akhir hayat



 Inilah family yg tak berapa nak besar.
w/pun bil ahli kluarga tak ramai tp alhmadulillah tetap meriah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails