Thursday, May 13, 2010

KURSUS KEIBUBAPAAN

13 Mei 2010 – Satu kursus telah diadakan oleh Masjid Jamek Bandar Baru Uda dgn kerjasama LPPKN ( Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara ). Kursus ini diberi tajuk “MEMUPUK NUR KASIH” ( Keibubapaan Anak Remaja ). Peserta yang dijangka mengambil bahagian hanya 50 orang sahaja akan tetapi telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu dihadiri lebih drp 100 orang peserta.

Objektif kursus ini ialah:
1. Meningkatkan ilmu keibubapaan untuk berdepan dengan karenah anak remaja pada masa kini.
2. Meningkatkan pengetahuan ibu bapa bagaimana memahami cara untuk mendisiplin tingkahlaku anak remaja.
3. Menjelaskan kepada peserta strategi bagaimana untuk menggalakkan kecemerlangan anak remaja.









Seronoknya Rafidah,Afifah ,Masitah & Rohamiah (maaf le tangan je yg nampak) menjamu selera (sarapan pagi) sebelum sesi ceramah bermula.




Apa pula yg dicari oleh Si Haniza ni ye?



Antara peserta yg hadir



Rohamiah, Ambe & Zanarita sedang meneliti senarai kursus yg akan datang. Agak2nya boleh tak lagi kami datang ke kursus macam ni. Kalau nak datang lagi nampak gayanya kena ambil Cuti Rehat le kalau nak ikuti kursus ni.



Afifah, Masitah & Rafidah ni pun sama. Agak2 mana satu kursus yg menjadi pilihan mereka ni??????



CERAMAH 1:

"Keibubapaan Efektif Melahirkan Permata Berkualiti"


Tn.Hj.Muhammed Fauzi B. Othman
(UTM, SKudai Johor)


Ceramah "Keibubapaan Efektif Melahirkan Permata Berkualiti" disampaikan oleh Tn.Hj.Muhammed Fauzi B.Othman dr UTM, Skudai Johor. Antara intipati yg dapat diperolehi dalam ceramah yg pertama ini adalah:
1. Setiap ibubapa perlu menanam impian untuk membina sebuah keluarga yg bahagia.
2. Tujuan anak dilahirkan adalah untuk menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa yang mana untuk mencapai matlamat tersebut ibubapa perlu memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak2.

3. Pendidikan anak2 terbahagi kepada 3 fasa iaitu:

  • 1 – 7 tahun : Peringkat pendidikan dengan cara bermain2 dengan anak2. Ibubapa perlu menggunakan kemahiran yang ada dengan bermain dgn anak2 supaya mereka rapat dgn ibubapa dan dapat merasai kasihsayang yg dicurahkan.

  • 8 – 14 tahun : Peringkat mendidik anak (MEMBERI LATIHAN & T/JAWAB). Pada usia ini, ibubapa perlu mendidik anak2 dengan ilmu pengetahuan terutama pendidikan bersifat Rabbani. Didik mereka solat dengan cara yg betul. Pada peringkat ini juga ibubapa perlu memastikan pendidikan2 tersebut telah diselesaikan. Yang mana sekiranya mereka tidak solat atau melakukan kesalahan yang melanggar syariat boleh dipukul utk memberi pengajaran kpd mereka.

  • 15 – 21 tahun : Pendidikan melalui cara bersahabat dengan anak2 ( MEMBERI NASIHAT & PANDUAN). Jika mereka boleh menjadikan ibubapa sebagai sahabat, sekiranya mereka ada masalah, mereka akan mencari ibu bapa sebagai tempat rujukan yg utama. Akan tetapi sebaliknya yg akan berlaku sekiranya ibubapa menjadi musuh mereka.
4. Setiap ibubapa mesti efektif dalam pendidikan.
5. Ibubapa tidak boleh terlalu memberi kemewahan kepada anak2.
6. Setiap pertanyaan anak2 perlu dijawab dengan baik. Jangan membiarkan anak2 mencari jawapan dengan orang yang salah.
7. Ibubapa harus menetapkan visi atau matlamat utk anak2.
8. Jika timbul masalah/perlakuan/akhlak buruk anak2 maka ibubapa perlu rujuk semula setiap ibadah yang dilaksanakan (cth solat,puasa,zakat,haji) sama ada telah dilaksanakan dengan cara yang betul @ tidak.
9. 90% ibubapa menjadi “role model” bagi anak2.




Sebahagian drp peserta - kusyuk mendengar ceramah



Antara pamplet2 yg dikepilkan bersama fail peserta





CERAMAH 2:
"Keras Biar Bertempat"


Tn.Hj.Abd.Razak Bin Aripin
(Pro Quest Training & Managment)




Antara persoalan yg ditimbulkan dalam CERAMAH "KERAS BIAR BERTEMPAT" ini adalah:
  • Apakah yang kita harapkan dengan keluarga yang kita bina hari ini?
  • Adakah kita berpuashati dengan apa yang kita bina dan dapat hari ini?
  • Adakah kita masih mencari-cari formula terbaik untuk membina keluarga yang bahagia?



Intipati yang dapat dikutip dalam isi ceramah "KERAS BIAR BERTEMPAT" yang disampaikan oleh Tn. Hj.Abdul Razak Bin Aripin ini antaranya BERKAITAN dengn TIP MENDIDIK ANAK:

1. Berlemah lembut terhadap anak2 - Gunakan bahasa yg sopan & tuturkata yg lebut.

2. Menegur kesilapan anak2 - Berusaha menyelami perasaan anak2 & kawal perasaan. Jangan menggunakan perkataan2 yg negatif.

3. Makan bersama anak2 - Cari waktu yg sesuai utk makan @ luangkan masa utk bersama2 keluarga.

4. Tidak membezakan kasihsayang terhadap anak2 .

5. Elakkan mengeluh di hadapan anak2.

6. Melakukan aktiviti bersama2 keluarga.

7. Meraikan anak2 ketika mereka pergi & pulang dr sekolah.

8. Mengenalkan anak dengan konsep keadilan.



### TIP TAMBAHAN : 8P iaitu : Puji, Peluk,Penghargaan,Perhatian, Persefahaman, Pergaulan, Percutian dan Permohonan (doa)

INGATLAH : ANAK-ANAK ADALAH HADIAH / AMANAH DARIPADA ALLAH.



JADILAH IBUBAPA YANG BIJAK bukan IBUBAPA YANG DIPIJAK.

Tekunnya Si Rohamiah ni. Buat apa tu???????





CERAMAH 3:
"Ilmu Penyuluh Hati"


Pn.Fauziah Hanim Bt Yahya
(LPPKN Ibu Pejabat)


Ni le slaid yg pertama ditunjukan oleh Pn.Fauziah kpd kami. Anda boleh pilih yg mana satu anda suka. Sama ada KAYA, AIR MATA, KECEWA atau GEMBIRA.

Antara intipati yg Ambe kutip dalam isi ceramah "ILMU PENYULUH HIDUP" ini ialah:

1. IBUBAPA adalah GURU PERTAMA bagi anak2.
2. Ilmu yg tinggi tidak bermakna hidup kita akan terjamin...
3. Selain dr ILMU kita memerlukan PENGETAHUAN --- PENGALAMAN --- KEMAHIRAN ( baru la lengkap ).
4. Himpunan PENGALAMAN memantapkan ILMU yg sedia ada.
5. KEMAHIRAN (SKILL) - Gandingan ILMU & PENGALAMAN menjadikan individu lebih yakin dan selesa. Ia juga memudahkan proses membuat keputusan.
6. Jangan menjadi IBUBAPA PASIF / IBUBAPA YG TERLALU TERBUKA kerana ianya boleh menjadikan anak yang biadap. Dlm ertikata yg lain JADILAH IBUBAPA YG SEDERHANA (tidak terlalu pasif & tidak terlalu bersikap terbuka terhadap anak2).
7. Orang yg berilmu mampu mengubah sesuatu yg baru.



INGATLAH!!!!!!!!!

"ORANG YNG TIDAK BERILMU UMPAMA KAPAL TANPA NAKHODA"




Antara peserta yg memberi maklumbalas terhadap persoalan "BAGAIMANA MENGENDALIKAN ANAK REMAJA YANG TERJEBAK DALAM ALAM PERCINTAAN?". Bersemangat sungguh Cik Abang ni mempertahankan pendapatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails