Sunday, November 13, 2011

KONVOKESYEN FIRDAUS

Alhamdulillah... Muhammad Fidaus B.Azhar telah menamatkan pendidikan di peringkat prasekolah di TADIKA ATTAUFIQ. Ambe mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru yang mendidik anak Ambe ini. Sesungguhnya semua jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Teraju utama Tadika At-Taufiq
Hjh. Nuranida bt Hassan


Apa yang istimewanya di sini adalah didikan yang diberikan kepada pelajar2 di tadika ini akan diaplikasikan di rumah. Semuanya bergantung kepada ibubapa... setiap yang diajar di sekolah, perlu diterapkan berterusan di rumah. Jika mahukan anak cemerlang, mereka perlu memberikan sokongan, dorongan, galakan pada anak2. Sesungguhnya kita sebagai ibubapa tidak boleh melepaskan tangan dalam mendidik anak ini. Guru hanya pembuka jalan, yang akan meneruskan perjalanan dalam liku2 seterusnya amat memerlukan kepada bimbingan ibubapa dan juga sokongan masyarakat.

Tahniah Muhammad Firdaus Azhar



Gembiranya si Firdaus ni... Abangnya nak tolong bawa sijilnya pun tak bagi. "Ini Firdaus punya... biarlah Firdaus yang bawak..." Hmmm... kanak2... macam tu la..



Kanak2 sedang membuat persembahan

Di sini semua persiapan bagi konvokesyen kanak2 tadika ini diuruskan oleh guru2 sendiri. Syabas diucapkan. Majlis yang dirancang, alhamdulillah berjalan lancar.


Sebenarnya banyak lagi gambar yang berkaitan dengan konvokesyen ini. Tapi tak sempat nak upload... laptop ni "lembap sangat..." boring duk menunggu lama.

Jumpa lagi kat SKKM......

Friday, November 4, 2011

PERDEBATAN DI ANTARA IMAM ABU HANIFAH DENGAN DAHRI ANAK DIDIK MAHARAJA ROM - RUJUK BUKU "IMAM YANG BENAR"



Maharaja Rom telah menghantar Dahri untuk mencabar ulama Islam berdebat. Dahri merupakan tiada pegangan agama dan tidak percaya dengan kewujudan tuhan. Oleh sebab itu dia mencabar ulama Islam yang percaya mengenai kewujudan Allah untuk berdebat dengannya.

Sebelum dia berdebat dengan Imam Abu Hanifah, sudah ramai ulama Islam yang kalah dalam perdebatan dengan Dahri. Bagi menyelamatkan maruah Islam maka Imam Abu Hanifah menyahut cabaran berdebat dengan Dahri. Ikuti perdebatan tersebut.

Dahri bangun dan naik ke atas mimbar masjid. Kemudian mecabar ulama Islam. Kemudian cabaran tersebut disahut oleh Imam Abu Hanifah.

Dahri: "Benarkah Allah itu wujud?"
Abu Hanifah : "Sesungguhnya Allah itu wujud".

Dahri : "Sekiranya benar Allah itu wujud, bila dia dilahirkan?"
Abu Hanifah : ""Allah tidak dilahirkan & tidak pula melahirkan, Dia yang pertama dan terakhir, tidak ada sesuatu sebelumnya dan tidak ada sesuatu selepasnya".

Dahri : "Mustahil tidak ada yang mendahuluinya dan tidak ada kemudian darinya. Buktikan contohnya kepada aku".
Abu Hanifah (Sambil menunjukkan 5 jari pada tapak tangannya) :"Cuba kamu lihat pada ibu jari ini. Adakah ada jari sebelumnya? Cuba lihat pula jari kelingkingku ini. Adakah jari lain selepasnya? Sekiranya jari ini tuhan boleh buat begitu, apatah lagi dirinya".

Dahri : "Sekiranya begitu, pada tahun berapa tuhan dilahirkan?"
Abu Hanifah : "Seperti yang saya katakan tadi, Allah itu tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Allah itu wujud sebelum wujudnya sesuatu. Sebelum masa dan tarikh dicipta Allah itu lebih dahulu wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh masa dan tarikh".

Dahri : "Berikan buktinya...".
Abu Hanifah : "Adakah kamu tahu ilmu mengira?"

Dahri : "Sejak kecil aku sudah mengenal angka".
Abu Hanifah : "Apakah angka sebelum nombor satu?"

Dahri : "Kosong atau tiada..."
Abu Hanifah : "Sekiranya angka satu tidak ada angka sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah yang maha satu itu tidak ada yang mendahuluinya"

Dahri : "Kata kamu, Allah itu wujud. Sekiranya begitu dimanakah tuhan kamu itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?"
Abu Hanifah: "Maha suci ALlah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!"

Dahri dengan senyum sinisnya : "Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon kayu tempatnya di atas tanah. Manusia wujud tempatnya di atas bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air".
Abu Hanifah : "Jawapannya mudah sahaja, cuba kamu lihat pada dirimu sendiri, bukankah kamu ada nyawa?"

Dahri : "Dalam tubuhku ini memang ada nyawa. Bahkan setiap makhluk yang hidup pasti ada nyawa".
Abu Hanifah : "Adakah kamu tahu dimanakah letaknya nyawa atau roh itu? Di kepala kamukah, di perutkah ataupun adakah di hujung tapak kakimu"?

Dahri tersentak mendengarnya...

Abu Hanifah : "Dahri, sekiranya kamu masih belum jelas, saya mahu jelaskan. Sekarang berikan saya segelas susu". Selepas diberikan segelas susu, Imam Abu Hanifah menunjukkannya kepada Dahri. "Adakah kamu percaya dalam susu ini ada mengandungi lemak?"
Dahri : "Aku percaya.."
Abu Hanifah : "Tunjukkan kepada aku dimanakah lemak itu berada? Di bahagian ataskah, dibahagian tengahkah ataupun di bahagian bawah?"

Dahri terus tersentak...

Abu Hanifah : "Bagi mencari di manakah letaknya lemak dalam air susu ini pun kita tidak mampu dan bagi mengetahui di mana letaknya roh dalam diri kita tidak tahu, inikan pula mahu mencari di mana letaknya Zat Allah".

Dahri terpaku... mukanya merah kerana malu.... namun tetap tidak mahu mengaku kalah...

Dahri : "Hai anak muda, beritahu aku apakah yang wujud sebelum Allah dan apa pula yang muncul selepasnya?"
Abu Hanifah : "Jawapannya sama seperti yang mula-mula tadi. Tiada suatu pun yang wujud sebelum Allah dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepasnya. Allah tetap qadim dan azali. Dialah yang awal dan dialah yang akhir".

Dahri : "Mustahil Tuhan wujud tanpa ada permulaannya dan lebih mustahil tidak ada lagi selepasnya. Apa hujahnya?"
Abu Hanifah dengan tersenyum : "Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kamu lihat pada ibu jari kamu itu. Jari apakah yang kamu nampak berada sebelum jari ini?". Sambil menunding ibu jarinya ke atas. "Pada jari kelingking kamu itu, apakah ada jari yang selepasnya?"

Dahri terdiam...

Abu Hanifah terus berhujah : "Sekiranya pada jari kita yang kecil ini pun tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat yang maha agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahuluinya dan tiada sesuatu yang kemudian selepasnya". "Kata-kata Allah dalam surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud."Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Dahri : "Beritahu aku keadaan zat Tuhanmu, apakah ia keras dan padat seperti besi ataupun cair seperti air berwap seperti udara?'

Abu Hanifah : "Pernahkah kamu melihat orang sakit yang akan meninggal?"
Dahri : "Selalu aku melihatnya.."

Abu Hanifah : "Sebelum meninggal dunia, pesakit itu masih boleh bercakap serta menggerak-gerakkan anggotanya. Tetapi apabila meninggal dunia, dia diam kaku dan bisu. Mengapa jadi begitu?"
Dahri : "Kerana roh meninggalkan tubuhnya ataupun nyawanya sudah hilang".

Abu Hanifah : "Apakah kamu melihat roh itu keluar ataupun nyawanya dicabut?"
Dahri : "Tidak"

Abu Hanifah : "Kamu tidak dapat melihat roh itu kerana ia bukan benda yang padat seperti besi ataupun cair seperti air ataupun menguap seperti udara? Betul"
Dahri : "Entahlah aku tidak pasti.."
Abu Hanifah : "Sekiranya kita tidak mengetahui bagaimana bentuk roh itu, bagaimana kita hendak mengetahui zat Allah?"

Dahri : "Ke arah manakah Allah sekarang sedang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai wajah dan arah tempat mengadap".
Abu Hanifah : "Sekiranya kamu menyalakan lampu dalam gelap, ke arah manakah sinar lampu itu mengadap?"
Dahri : "Sinar lampu itu pasti mengadap ke seluruh arah dan penjuru"
Abu Hanifah : "Sekiranya demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan manusia bagaimana dengan Allah Pencipta langit dan bumi? Dia nur cahaya langit dan bumi".

Dahri : "Kamu percaya adanya syurga?"
Abu Hanifah : "Saya percaya".

Dahri : "Benarkah dalam syurga itu disediakan pelbagai jenis makanan dan minuman? Tetapi penghuninya tidak buang air besar dan kecil. Bukankah itu cuma khayalan?"
Abu Hanifah : "Bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu kamu selama 9 bulan? Selama dalam kandungan ibu itu kamu juga makan dan minum. Tetapi kamu tidak pernah buang air kecil dan besar. Itu baru dalam kandungan perut ibu? Bagaimana pula sekiranya di dalam syurga?"

Dahri masih belum berputus asa...

Dahri : "Ini soalan aku yang terakhir". "Anak muda yang masih mentah, beritahu aku apa yang sedang dilakukan oleh Tuhan kamu ketika ini?"

Abu Hanifah : "Soalan yang terakhir itu sangat menarik. Ia menentukan siapa yang kalah dan siapa yang menang. Kerana soalan itu penting, saya perlu menjawabnya dari tempat yang tinggi supaya dapat didengai oleh semua orang. Kamu turun ke bawah dan saya naik ke atas mimbar supaya suara saya jelas kedengaran".

Dahri dalam keadaan yang yakin : "Baiklah, dengan senag hati aku turun ke bawah dan kamu boleh mengambil tempat aku di atas mimbar".

Abu Hanifah dengan suara yang lantang : "Wahai sekalian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah sekarang ini adalah menjatuhkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan ke bawah mimbar. Allah juga menaikkan yang hak sebagaimana saya, yang berada di bawah sana, dinaikkan ke atas mimbar Masjed Jamed ini".

Maka bergemalah takbir drp orang ramai. Mereka memuji kewibawaan Imam Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah umat Islam drp lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Dahri pula terpaksa mengaku kalah lalu pulang ke negaranya dengan peuh kehinaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails