Saturday, April 16, 2011

IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG





16 April 2011 - Bertempat di Sek. Keb. Kota Masai

Kejayaan pelajar bukan hanya bergantung kepada guru-guru/ pensyarah-pensyarah/ warga pendidik sahaja, akan tetapi ibu bapa/keluarga turut sama memainkan peranan bagi membentuk anak-anak yang cemerlang. Perhatian dan sokongan ibu bapa mampu memberi semangat kepada mereka. Sehubungan dengan itulah maka, pihak sekolah bersama PIBG mengadakan Program Motivasi Peningkatan Keibubapaan.

Sebelum Hari Program:

Along: "Umi, esok semua ibubapa Tahun 6 SKKM dikehendaki datang ke Program Motivasi Peningkatan Keibubapaan". Ambe: "Ada surat tak? atau saje-saje ni!!!. Along: "surat tak de!!!.(Hee...bukan apa nak kan kepastian je...) Ambe: "Kalau Umi tak pergi, boleh tak? (sebenarnya memang nak pergi pun...). Malam terus SMS guru kelas tanyakan pasal program tu...Terima kasih Cikgu Rohaniza, kerana berikan maklumat yang detail pasal program tu. Maklumlah bila surat tak sampai kat tangan ibu bapa (mungkin along yang hilangkan) agak sukar sikit untuk mendapatkan maklumat mengenainya...


CARA MENGENALI ANAK ANDA:


Marilah kita sama-sama membuat semakan...
  • Apakah watak kartun/ warna/ makanan/ hobi kegemaran anak kita?
  • Apakah perkara yang dia suka/ tidak suka?
  • Bagaimanakah keadaannya apabila dia berperangai baik/ nakal?
  • Apakah kelebihan/ kelemahannya?
  • Siapakah yang paling mudah berbicara dan memahaminya?
  • Bagaimanakah kita tahu sama ada anak kita gembira/ sedih?
Apakah keputusan yang kita dapat? Jika kita gagal menjawab sebahagian besar daripada soalan-soalan di atas, kita perlu berbuat sesuatu dengan segera. Mengenali anak kita dengan lebih baik adalah langkah pertama yang penting bagi memastikan kita berjaya memupuk kebolehan dan potensi anak kita.


HARAPAN YANG TINGGI

Apakah yang kita inginkan daripada anak kita?
  • Cuba bandingkan harapan kita terhadap anak kita dan harapan kita sendiri.
  • Senaraikan 5 perkara yang kita inginkan daripada anak kita, kemudian tanya anak kita: "Jika ibu seorang ahli silap mata yang boleh mengabulkan 3 permintaan, apakah yang kamu inginkan?" Senaraikan permintaannya...
Bandingkan dua senarai ini, kita akan dapati dunia anak kita dan dunia kita amat jauh berbeza. Mereka akan memberikan reaksi dan mengharapkan perkara yang berbeza dari dunia ini.


Mana-mana ibu bapa yang tidak hadir dalam program ini memang rugi besar (mungkin mereka ada urusan lain/halangan). Masing-masing ada t/jawab sendiri kan... Alhamdulillah Ambe diberi kesempatan waktu untuk hadir. Inilah tajuknya.


Hebatnya bila tengok tajuk...


Penceramahnya: En Ishak bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena Alang Ishak Alang Ahmad, merupakan Pengerusi Keusahawanan UTM dan juga seorang kaunselor yang hebat. Seronok mendengar celoteh beliau yang mana beliau menyampaikannya dalam keadaan yang santai, rasanya kursus ini terlalu singkat bagi kami. Banyak input yang diberi untuk diamalkan. Hanya terpulang kepada peserta sama ada mahu praktikkannya atau tidak.

Alang Ishak Alang Ahmad

Di sini saya kongsikan apa yang telah disentuh dalam modul ini. Di antara isi kandungannya ialah:

salah satu slide yg dipaparkan...

  • 10 langkah menjadi ibu bapa terhebat
  • Ibu bapa derhaka
  • Mendidik anak
  • Strategi '7S" ibu bapa hebat anak cemerlang
  • Perundingan keluarga
  • Petua mengekalkan ingatan
  • Modul semak dan selak

10 LANGKAH MENJADI IBUBAPA TERHEBAT
  • Sayangi Agama - Ini adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan kita kerana agama adalah panduan utama dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Jangan sesekali membelakangkan agama, semata-mata mahu memenuhi hawa nafsu kita.
  • Sayangi anak - Setiap ibubapa perlu menyayangi anak masing -masing , penuhi keperluan anak-anak (keperluan fizikal & emosi/kerohanian). Peluklah anak ketika tidur jika boleh setiap malam.
  • Sayangi pasangan - Suami isteri perlu sama-sama menjalankan t/jawab masing-masing. Tidak boleh menyerahkan t/jawab mengurus & mendidik anak hanya pada pasangan semata-mata, kerana suami & isteri mempunyai t/jwbnya tersendiri ( 1/3 bapa, 1/3 ibu & 1/3 guru).
  • Sayangi ibu bapa - Perlu menyayangi & mendapat restu/redha dari ibu bapa. Setiap tindakan yang kita lakukan jika mendapat keredhaan ibubapa maka semua urusan yang kita buat akan mendapat keredhaan dari Allah.
  • Sayangi rumah - Walau sesibuk manapun mencari rezeki, kita perlu tetap pulang ke rumah. Pastikan keluarga dalam keadaan yang baik dan memenuhi keperluan2 yang sepatutnya dimiliki oleh keluarga.
  • Sayangi jiran - perlu menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran kerana sekiranya berlaku sesuatu/masalah kepada kita, jiran-jiran tidak akan berdiam diri.
  • Sayangi rakan & kerjaya - bina kerjaya yang baik serta mewujudkan hubungan yang baik sesama rakan sekerja, tidak menimbulkan perasaan iri hati antara satu sama lain, elakkan dari bersifat sombong & tinggi diri dan lain-lain lagi sifat2 yang negatif.
  • Sayangi ilmu - sentiasa mencari ilmu selagi hayat dikandung badan. Ilmu tidak pernah cukup (makin kita cari ilmu, makin banyak lagi yang perlu dipelajari). - kadangkala makin belajar mengenai sesuatu perkara, makin banyak kita merasa kekurangannya.
  • Sayangi usia - Perlu pandai merebut peluang. Usia yang ada tidak perlu disia-siakan. Gunakan usia yang ada dengan melakukan ibadat dan juga amalan @ perbuatan yang bermanfaat/ peluang peniagaan dan sebagainya.

IBU BAPA DERHAKA

Kita tidak boleh menjadi ibu bapa yang "sempurna". Kita hanya boleh menjadi ibu bapa yang terbaik mungkin dengan asuhan yang seimbang. Untuk menjadi ibu bapa yang baik, kita perlu arif dalam menangani karenah anak2.
  • Sebut nama anak - Elakkan menyebut nama2 yg tidak elok.
  • Adab - jaga perkataan2 yang akan disebut. Elakkan menyebut perkataan2 yg negatif. Kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu dan bapa itu adalah doa. Jika ibubapa menyebut perkataan2 yang negatif (cth. bodoh, pemalas, jahat dll), itu bermakna ibubapa mendoakan anaknya menjadi seorang yang bodoh, pemalas dan jahat.
  • Sekolah - pendidikan adalah salah satu dari t/jawab yang perlu diberikan kepada anak2.
  • Makanan - berilah makanan yang halal dan terbaik untuk anak2.

MENDIDIK ANAK
  • 70% Pendidikan anak2 adalah t/jawab ibu bapa - membina watak anak2. Ini bermakna pendidikan yang diberi di rumah lebih banyak mempengaruhi tingkahlaku anak2.
  • 30% Pendidikan secara formal diberikan oleh pihak sekolah - membina otak. Guru2 hanya membantu ibubapa dalam memberi pendidikan tambahan terutama ilmu2 yang diajar di sekolah .

STRATEGI '7S' IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG
  • Sayang menyayangi antara satu sama lain.
  • Sekatan dan sukatan (bagaimana cara) - jika memberi kebebasan pada anak2, perlu melihat setakat mana batasannya. Pastikan anak tahu apa yang boleh dan tidak boleh lakukan. Cth: boleh pergi ke taman permainan tapi mesti balik sebelum maghrib.
  • Study dengan cara bijak - Paling penting cara pembelajaran yang diamalkan. Setiap anak, masing2 ada caranya sendiri. Sebaik2nya waktu belajar bermula pukul 8 malam.
  • Santai bersama keluarga - Jalankan aktiviti2 yang sesuai dilakukan bersama2 dengan keluarga. Sekali sekala pergilah bercuti bersama keluarga. Melalui aktiviti2 yang dilakukan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.
  • Semaikan bakat kepimpinan - Memberi anak2 sedikit t/jawab di rumah. Cth. anak yang sulung perlu menjaga adik2 dan perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Ibubapa boleh memilih kerjaya berdasarkan bakat anak2.
  • Sumbangan kepada masyarakat - Bawa anak2 turut menyertai aktiviti2 bersama masyarakat. cthnya bawa anak2 ke rumah orang2 tua, pusat serenti, lawatan ke penjara dan lain2 tempat yang boleh memberi pengajaran yang berguna pada anak2.
  • Serahkan kepada Tuhan - akhir sekali, setelah kita telah berusaha dengan sedaya upaya untuk membentuk anak2 supaya menjadi anak2 yang soleh, cemerlang di dunia akhirat. Jangan lupa kita berserah & bertawakkal kepada Allah. Jangan hanya tawakkal sahaja tanpa berusaha ( itu dah salah konsep tu).

PERUNDINGAN KELUARGA

  • Buka hati - ibu bapa perlu mencari masa yang sesuai dan duduk bersama dengan anak2, luahkan segala masalah/ perasaan yang tidak puas hati di antara ahli keluarga dan cuba mengatasinya. Pada ketika ini, buangkan semua ego yang ada, kerana tujuan sesi ini adalah untuk membuang segala perasaan tidak puashati dikalangan ahli keluarga bagi membina sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang.
  • Tawar menawar - ibu bapa perlu ada sikap tawar menawar dengan anak2. Cthnya. "Along boleh tengok tv tapi dengan syarat kemas dulu bilik Along ni". "Adik boleh beli buku cerita tapi dengan syarat buku cerita dalam Bahasa Inggeris".
  • Waktu strategik - Cari masa yang sesuai / berkualiti / tenang untuk memberi nasihat & semangat pada anak2. Cthnya; ketika waktu makan, hantar anak ke sekolah & lain2.
  • Berkorban - ibu bapa perlu berkorban untuk menjadikan anak2 cermerlang. Cthnya; jangan kedekut untuk mengeluarkan belanja bagi membeli keperluan pelajaran anak2.
  • Mencari bintang kesayangan - Setiap anak ada keistimewaan masing-masing. Cthnya..mungkin anak kita kurang pandai dalam pelajaran tapi dia berbakat dalam bidang lukisan, sukan dan sebaginya. Ibu bapa pastikan apakah bakat yang ada pada anak (mungkin Juara Pesta Pantun, Juara Pidato, Juara Berserita, Juara Sukan dll).
  • Merenjis air mawar - Berikan pujian & penghargaan . Jangan berat mulut untuk menyebut perkataan "terima kasih, bagus, pandai, usaha lagi, bertuah"dan lain2 . Sebut dengan jelas kejayaan/kebaikan yang telah mereka lakukan. Sentuh hati mereka dengan cara menceritakan kisah2 sejarah tentang perjuangan2 nabi/tokoh2 ilmuan yang berjaya dan jangan lupa ingatkan mereka tentang pentingnya sifat keikhlasan dalam diri anak2. Biasakan dengan mengadakan jamuan (walaupun kecil) untuk meraikan bersama ahli keluarga.
  • Memaksimakan potensi - ibu bapa perlu melihat /mengenali potensi/bakat (minat @ kesukaan) yang ada pada anak & bantu mereka untuk mengembangkan lagi potensi dari sudut ilmu, kemahiran, pengalaman, kecemerlangan dan ketangkasan yang ada pada mereka.

PETUA MENGEKALKAN INGATAN
  • Amalkan ilmu dalam masa 48 jam.
  • Jangan labelkan diri pelupa
  • Menyebut sesuatu perkara itu , 3 kali secara bersuara
  • Apa yang dilakukan secara praktikal/amalan
  • Makan makanan yang boleh menguatkan ingatan.
  • Otak memerlukan oksigen yang cukup.

MODUL SEMAK DAN SELAK
  • Namakan anak - Semak nama anak (cara panggilan nama memberi makna yang baik @sebaliknya)
  • Tingkahlaku - Semak tingkahlaku anak, jika ada yang buruk/negatif cuba perbaiki dengan kadar segera.
  • Sakhsiah diri - semak solat anak2 betul @ sebaliknya, kehadiran ke sekolah, pergaulan dengan kawannya dan lain2.
  • Kemahiran belajar - Selak cara anak2 belajar.
  • Selak bag - Apa isi kandungan yang ada dalam beg sekolah? Keluarkan semua barang2 dalam beg sekolah.
  • Semak Jadual Belajar
  • Selak buku latihan - jika ada latihan yang tidak dihabiskan, tanya guru & kawan2nya ( cuba dalam tempoh 1 bulan secara berterusan - tengok hasilnya).
  • Semak aktiviti harian - Sekolah harian, sekolah agama, riadah, mengaji al-Quran, menonton TV.

JOM SAMA-SAMA BERUBAH:
  • Ubah amalan biasa ; KEBIASAAN - AMALAN - BUDAYA
  • Ubah emosi ; EMOSI - TINDAKAN - PRAKTIK
  • Ubah keperluan dan suasana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails