Wednesday, March 30, 2011

GELAGAT KETIKA UJIAN LISAN

Masing-masing berusaha untuk menjawab setiap soalan yang diajukan. Semua pelajar diagihkan sama rata dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi pilihan soalan dan tempoh yang tertentu sebelum dipanggil untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Yang penting mereka faham apa topik-topik yang telah dipelajari dalam kelas.







Masing-masing sibuk berbincang dan ingin menyelesaikan persoalan-persoalan yang diajukan. Pelajar2 kami memang sporting. Jika ada dikalangan kami yang silap sign, mereka akan perbetulkan.

Tuesday, March 22, 2011

DUNIA SEPI 1

Berkongsi pengalaman...

Kalau tak silap Ambe (kalau silap maaf le) , Sijil Kemahiran Khas mula ditawarkan di Politeknik Johor Bahru mulai tahun 2002. Kali pertama ditawarkan secara terbuka, sesiapa yang nak mengajar pelajar-pelajar istimewa tersebut, tiada seorang pun yang berani ( takut tak dapat mengajar dengan sempurna). Akhirnya secara relapaksa adalah seorang dua yang kena mengajar mereka.

Tidak lama selepas itu barulah diadakan kursus belajar bahasa isyarat. Kumpulan yang pertama dari Unit Agama ketika itu, jika tak silap antaranya ialah Wahidah & Rohamiah manakala kumpulan yang kedua pula ialah Ambe sendiri, Norliza, Farahdiba dan Prasanna.

Apa-apapun jika nak berkomunikasi dengan mereka, perlu khatam dulu A - Z. Ambe ni memang satu kelemahan adalah susah untuk melembutkan jari jemari ni. Bila tengok mereka guna sign laju je..rasa jelouse lak...



Ambe rasa sungguh bertuah kerana dapat bersama2 dengan pelajar-pelajar Khas . Alhamdulillah ... walau pun Ambe kurang mahir menggunakan 'sign language', tetapi dapat le juga berkomunikasi dengan mereka walau pun lambat ( biasanya mulut lebih laju dari tangan - walhal mengajar pelajar istimewa, normal la tu). Alhamdulillah sehingga ketika dan saat ini..jika Ambe salah guna sigan mereka akan perbetulkan. Memang tak kedekut ilmu... Mula mengajar kalau tak silap dari tahun 2005 hingga kini, tapi tak mahir-mahir hmm...


Salah satu cara / kaedah P&P yang Ambe gunakan ialah melalui lakonan (menguji setakat mana kefahaman mereka mengenai topik-topik yang diajarkan). Biasanya jika Ambe menggantikan kelas sepatutnya 2 jam sahaja akan mengambil masa sehingga 3 atau 4 jam ( tak sedar masa berlalu ).

Di bawah ini adalah contoh-contoh "lakonan mengenai tajuk NUSYUZ & TALAK".


LAKONAN 1:

Anda seorang suami yang bertanggungjawab, tetapi isteri anda tidak menghormati anda sebagai seorang suami. Pada suatu hari anda berjumpa dengan seorang kawan kepada isteri anda. Dia memaklumkan bahawa isteri anda telah mempunyai seorang anak sebelum berkahwin dengan anda. Anda merasa tertipu. Anda pergi ke pejabat agama untuk meminta nasihat. Pegawai agama menasihatkan supaya anda bersabar dan cuba menasihati serta menyiasat terlebih dahulu isteri anda dengan baik. Rupa2nya isteri anda bersikap kasar terhadap anda kerana ingin menutup malu kerana dia telah dirogol oleh salah seorang saudaranya. Setelah anda menceritakan bahawa anda akan menerima anaknya , barulah isteri anda menagis dan berubah sikap menjadi isteri yang baik dan menghormati anda.


Inilah pelakon2nya


Sedang berbincang antara "si Suami & si Isteri"



LAKONAN 2:

Anda seorang anak yang sentiasa melihat ibubapa anda sedang bergaduh di hadapan anda. Setiap kali anda cuba meleraikan pergaduhan tersebut, anda akan dimarahi oleh ibubapa anda. Pada suatu hari bapa anda telah menceraikan ibu anda. Anda cuba memperbaiki keadaan dengan memujuk supaya ibubapa anda kembali bersama semula. Pada mulanya rancangan anda gagal. Selepas anda melarikan diri dari rumah, barulah ibu bapa anda sedar mengenai kesilapan mereka. Mereka menyesal dan mencari anda. Akhirnya mereka berjumpa dengan anda yang sedang bergaul dengan kawan2 yang tidak berakhlak. Mereka membawa anda pulang ke rumah dan berjanji tidak akan bergaduh lagi.



Sebuah keluarga yang kembali bahagia



LAKONAN 3:

Anda sedang minum di kedai kopi. Tiba2 datang seorang lelaki yang mengatakan isteri anda sedang berada di rumah bersama dengan seorang lelaki. Anda pulang ke rumah dan berlaku pergaduhan dengan lelaki tersebut. Isteri anda mahu menjelaskan keadaan yang sebenar, tetapi anda tidak mahu mmendengarnya dan terus melafazkan talak 1. Setelah melafazkan talak, lelaki tersebut telah menampar anda. Anda terkejut. Kemudian isteri anda menjelaskan bahawa itu adalah adik lelakinya yang telah lama berada di luar negara. Anda rasa menyesal kerana bertindak tanpa berfikir panjang. Kemudian anda rujuk semula dengan isteri anda.


Sedang membuat rumusan mengenai lakonan mereka


"Menyesal kerana suami degil..."


LAKONAN 4:

Anda seorang suami yang tidak bertanggungjawab, suka mendera isteri tanpa sebab. Setiap kali anda menghadapi masalah di pejabat, anda akan melepaskan geram pada isteri. Pada suatu hari, setelah anda memukul isteri anda, isteri anda melarikan diri . Dia telah membuat aduan ke pejabat agama. Pegawai agama telah memanggil anda untuk berbincang. Anda berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan buruk tersebut. Akhirnya anda hidup bahagia bersama pasangan anda.



Minta maaflah, sebab tak boleh nak upload semua gambar. banyak sangat...


LAKONAN 5:

Anda telah menceraikan isteri anda melalui SMS. Isteri anda telah pulang ke rumah ibubapanya kerana merajuk dengan perbuatan anda itu. Setelah 1 tahun berlalu. Anda menyesal dan mencari isteri anda kembali untuk hidup bersama semula. Ketika berjumpa dengan isteri anda, anda rasa terkejut dan berlaku pergaduhan dengan seorang lelaki yang berada bersama2 dengan isteri anda. Rupa2nya itu adalah suami baru isteri anda. Anda rasa malu dan meminta maaf serta terus membawa diri.




LAKONAN 6:

Anda perlu melakonkan aksi seorang suami yang sedang mabuk dan telah melafazkan talak ke atas isterinya. Kemudian merasa menyesal di atas perbuatannya itu. Suami telah berjumpa dengan kawan baiknya untuk meminta nasihat. Akhirnya anda merujuk kembali dengan isteri anda.



LAKONAN 7:

Anda sedang menegmas bilik. Tiba-tiba anda mendapati sekeping kertas yang bertulis “aku telah menceraikan isteriku Aminah dengan talak 1. Apabila anda membaca tulisan tersebut, anda menangis. Pada waktu itu, suami anda berada di tempat kerja. Anda telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan. Suami anda menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menceraikan anda. Tulisan tersebut adalah milik kawan suami anda. Suami anda telah memanggil kawannya untuk menjelaskna keadaan yang sebenar. Kebetulan nama isteri kawan anda adalah sama dengan anda. Anda memohon maaf di atas perlakuan anda terhadap suami.



"Aksi suami memujuk isteri"


LAKONAN 8:

Anda suka bergurau senda dengan isteri anda. Pada suatu hari ketika anda dan isteri berjalan di sebuah supermarket, anda telah berjumpa kembali dengan kekasih lama anda. Secara bergurau anda memberitahu kepada isteri anda bahawa anda mahu berkahwin dengan kekasih anda. Isteri anda merajuk dan meminta supaya anda menceraikannya. Secara bergurau anda menceraikan isteri anda dengan talak 1. Anda menyesal kerana terlebih "bergurau". Kekasih anda memujuk anda supaya berbaik semula dengan isteri anda. Beliau juga telah menjadi kawan baik kepada isteri anda.


Suami sedang memujuk isteri


"Suami sedang memandu kereta"


PANDANGAN:

Sebenarnya mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Apa yang Ambe dapat katakan di sini, sebenarnya mereka adalah pelajar2 yang gigih walau pun mereka tidak sehebat pelajar-pelajar 'biasa' yang lain dalam bidang akademik, tetapi mereka memiliki kesungguhan untuk belajar . Biasanya jika diberikan tugasan, mereka akan cuba buat yang terbaik dengan syarat kita sendiri yang akan bersama-sama mereka membetulkan kesilapan dan apa yang perlu mereka buat. Mereka akan cuba betulkan ,Mereka sanggup datang ke kelas walau pun pada waktu malam (biasanya Ambe buat kelas ganti pada waktu malam kerana pada waktu siang berlaku pertindihan kelas - mereka tetap datang, mereka tinggal di asrama jadi tiada masalah).

Saturday, March 5, 2011

KONVOKESYEN PJB

KONVO HARI KE 2 (1 Mac 2011) - JRKV


Ambe saje ingin mengabadikan kenangan pelajar-pelajar khas di PJB ini. Antara pelajar-pelajar yang pernah berada di ingatan Ambe. Mereka ini begitu istimewa bagi Ambe...


Cantik bila lihat Hidayah (setelah memeluk Islam). Ambe sentiasa mendoakan semoga Hidayah Qarni sentiasa kekal dengan imej seorang muslimah. Ambe dapat tahu Hidayah memeluk Islam pun melalui laman web FB. Alhamdulillah...akhirnya menjadi salah seorang saudara seilslam. Masih terkenang-kenang sewaktu dia bergelar pelajar dulu. Waktu Ambe mengajar Pendidikan Islam, pelajar-pelajar moral tetap berada dalam kelas buat kerja masing-masing. Mereka tidak pernah mengganggu pelajar-pelajar yang lain..Pernah terdetik dalam hati Ambe.. bila melihat wajahnya... "Ya Allah kurniakan taufik dan hidayah baginya sekirannya itu adalah yang terbaik buat dirinya".

Alhamduulillah akhirnya... Allah betul-betul bagi hidayah padanya. Rasa betul-betul terharu dan sedih bila mengetahui tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang waktu sebelum memeluk Islam dan juga selepas memeluk Islam. Sekarang dia bahagia bersama dengan tiga buah keluarga yang dimilikinya. Semoga kebahagian tetap menjadi milih Hidayah hingga ke akhirat.

Selain dari Hidayah, masih ada seorang lagi pelajar yang banyak bertanyakan persoalan-persoalan mengenai Islam, walau bagaimanapun beliau telah berhenti belajar atas sebab-sebab yang tertentu. Ambe doakan semoga hatinya terbuka untuk menerima Islam dalam hidupnya. InsyaAllah...Hanya Allah sahaja yang tahu....



Seronok hati Ambe apabila melihat mereka berjaya. Sebahagian daripada mereka telahpun mendapat pekerjaan. Bagi mereka yang belum mendapat kerja...jangan berputus asa...rezeki ada di mana-mana. Anda perlu berusaha untuk mendapatkannya.



"Teringat zaman bergelar pelajar dulu"




Seronoknya mereka....



Semoga mereka semua mendapat kerjaya yang sesuai dengan apa yang mereka pelajari semasa di PJB dulu. Amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails