Thursday, August 27, 2009

PEPERANGAN JPAMSK

Bila tengok aksi2 macam ni, teringat masa kat sekolah dulu2... Dah terlambat, masa sekolah dulu tak nak main betul2, sekarang ........ bila dah jd mak org ni susah sikit le nak aktif...Hee...hee.. Tak nak ngaku lak yg empuya diri tak pandai..

Rehat sementara waktu ( menghormati azan yg berkumandang ). Aku baru je nak panaskan enjin, tiba2 dengar azan ( mujur gak ). Umur pun bukan muda lagi... tak leh la main spt pertandingan masa dulu2... ye tak? Tapi aku tabik spring la pd demo2 ni, kebanyakan drp mrk termasuk si empunya diri terdiri drp mak2 anak. Sporting pulak tu...


Tengok si Amy tu.... Tu la penyokong kuat kami ( sorry...terperasan lak ).



GD dah pancit la, jom tukar org ... Kesian kat member2 lain... Apa2 pun mereka tetap ceria.



Sempat lagi posing. Aik.... Fidah pun tak sabar nak beraksi... Apa2 pun doa dulu, spy pertandingan ni berjalan dgn lancar. Nor Maheran lak, rehat kejap sbb buku lalinya bengkak dihempap oleh pihak lawan. Kesian kat dia... Dia ni, fuhhh... kalah budak2...lincah...




Ni la lawan2 kami. W/bgmana pun kami bukan lah tempat yg terakhir.


Dengan ini diumumkan bahawa:
Tempat ke 6: JKE
Tempat ke 5 : JRKV
Tempat ke 4 : JPAMSK
Tempat ke 3 : Pentadbiran
Tempat ke 2 : JH
Johan : JKM
















PERJALANAN ( 2 )

Majlis sambutan 40 tahun Kecemerlangan Politeknik. Tuan rumahnya adalah Politeknik Ungku Omar ( PUO )







Majlis makan malam bersama Alumni Politeknik Seluruh Malaysia di PUO. Aku tabik pd PUO sebab semua majlis dilakukan di Dewan Jubli Perak . Semua program semasa sambutan 40 tahun kecemerlangan politeknik berlansung di sini.





Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato' Saifuddin bin Abdullah
( Timb.Menteri Pengajian Tinggi )




Rupa2nya politeknik ni dah berusia 40 tahun. Jika politeknik ni diibaratkan seperti manusia, mungkin dah dapat cucu kot. Kini jumlah politeknik keseluruhannya adalah 27 buah.







Antara c/hati yg diberikan kpd tetamu2 yg menghadiri majlis sambutan tersebut.




KRONOLOGI PENUBUHAN POLITEKNIK MALAYSIA:


1. Politeknik Ungku Omar (PUO) - 1969

2. Politeknik Sultan HjAhmad Shah (POLISAS)- 1976

3. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)-1984

4. Politeknik Kota Bharu (PKB)-1985

5. Politeknik Kuching Sarawak - 1988

6. Politeknik Port Dickson (PPD)-1990

7. Politeknik Kota Kinabalu - 1996

8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( PSA)-1997

9. Politeknik Johor Bahru (PJB)- 1998

10. Politeknik Seberang Prai (PSP)

11. Politeknik Kota Melaka (PKM)-1999

12. Politeknik Kota Kuala TRG -1999

13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)-2001

14. Politeknik Merlimau Melaka - 2002

15. Politeknik Sultan Azlan Shah - 2002

16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah - 2002

17. Politeknik Sultan Idris Shah - 2003

18. Politeknik Tuanku Syed Sirajudin - 2003

19. Politeknik Muadzam Shah - 2003

20. Politeknik Mukah - 2005

21. Politeknik Balik Pulau - 2007

22. Politeknik Nilai Negeri Sembilan ( akan dibina ) - 2007

23. Politeknik Jeli Kelantan ( akan dibina ) - 2007

24. Politeknik Banting Selangor ( akan dibina ) - 2007

25. Politeknik Sandakan (akan dibina ) - 2008

26. Politeknik Mersing ( akan dibina ) - 2008

27. Politeknik Hulu Terengganu ( akan dibina ) - 2008



AKHIR KATA:

"HIDUP POLITEKNIKKKKKKK...."






Saturday, August 22, 2009

MENGIMBAU KENANGAN ( 2 )

Pssst Joe, hang jeling kat sapa tu!!!!!!!



Alamakkkk, supervisor ada la pulak kat belakang, aku baru je nak keluar.....Cam ne ni??????


Hadiah2 yg dapat dikumpulkan oleh JPA semasa Majlis Raya PJB, tp tak termasuk handbag tau...



Inilah wajah 1 Malaysia JPA....



Sebelum buat tugas masing2, jom posing dulu...








Eeee.......Banyak ye kuih, Kak Zana ! rasa sikit boleh dok? Lapar lak bila tengok kuih2 ni...



KJ JMSK ( En Ali Jasmi ) pun tumpang sekaki...


Ini la Pak2 Ustaz yg menjadi tulang belakang bg Unit Agama, JPA











Thursday, August 20, 2009

AL-MUBARAK DATANG LAGI


Alhamdulillah, aku amat bersyukur pada Mu Ya ALLAH, krn Kau telah melanjutkan usiaku sehingga hari ini, serta memberi peluang untuk menyambut kedatangan bulan almubarak ini. RAMADHAN adalah bulan yg penuh keberkatan. Umat Islam sentiasa menunggu2 kedatangannya, krn pada waktu ini setiap amalan yg dilakukan akan mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda. Mereka berlumba2 melakukan amal ibadat. Pada waktu ini jugalah, ramai yg membuat amal jariah. Oleh krn itu, kita sebagai hambaNya perlu bersyukur kepadaNya, krn diberi peluang menambah amalan & jgn melepaskan peluang ini dgn melakukan perkara yg sia2.

Baru2 ni, di sebuah majlis keraian - "Assalamualaikum!!!!!, saya datang nak minta sumbangan.......". Jawab salah seorang dr tetamu yg ada: "Awak datanglah pd bulan puasa nanti ye...." Terkejut aku mendengarnya. Apa maksudnya tu? Adakah hanya pada bulan ramadhan sahaja kita boleh beramal, beri sumbangan atau membuat amal jariah? Bulan2 lain tak boleh beramal jariah ke? Atau sebab bulan ramadhan pahala berlipatganda, maka mereka hanya menunggu bulan yg mulia ini utk membuat amal jariah? Sebenarnya mereka silap, amal jariah ini boleh dilakukan pada bila2 masa sahaja. Jgn kerana mendengar guruh di langit, air dlm tempayan dicurahkan, yg dikejar tak dapat malah yg dikendong berciciran. Manalah kita tau, kita sempat atau tidak, berjumpa dgn bulan almubarak itu. Semua itu bergantung kpd kehendak Allah. Andai kata kita hanya menunggu bulan ramadhan saja utk membuat amal jariah, tiba2 kita tak diberi kesempatan itu oleh Allah, maka siapa yg rugi?

Jadikanlah bulan almubarak ini sebagai perintis untuk penambahbaikan amalan kita. Dan beristiqamahlah selepas itu... dan terus...terus...terusssssssssss. Jgn pula berbuat baik dlm bulan ramadhan sahaja... Habis ramadhan ... habis amalan... akhirnya kembali pada tabiat yg asal. Sebenarnya ini adalah sebagai peringatan kepada diriku yg setiasa alpa dgn kehidupan dunia ini. Astaghfirullah.................

Akhir kata : PINTU GERBANG RAMADHAN TELAH DIBUKA, SINARILAH HARI2NYA DGN CAHAYA AL-QURAN, TERANGILAH MALAM2 DGN BUTIR2 BINTANG DOA DAN IBADAH. BAKAR PELITA MALAMNYA DGN KELAZATAN BERZIKIR & BERTAHAJJUD KEPADANYA. MALAM ITU PANJANG, JANGAN PENDEKKAN DGN TIDUR, SIANG ITU TERANG , JGN GELAPKAN DGN DOSA, HATI ITU KONTANG, SUBURI DGN ZIKRULLAH. MUDAH-MUDAHAN ACUAN PERISAI KETAQWAAN JUA YG AKAN KITA RAIH SEBAGAI GANJARAN.




....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dari Kami sekeluarga....













TIP BERHENTI MEROKOK



      Jam menunjukkan pukul 10.10 pagi. Aku mula melangkah kaki ke kelas di JKM. Bila dah masuk ke kelas tu, aku mula mengira bilangan pelajar. Aik... mana lagi 2 org? Jgn2... hemm... "Mana kawan awak 2 org lagi ni"?. "Mrk belum masuk lagi puan, entah lah tadi ada". Baru nak mulakan kelas, tiba2... "Assalamualaikum!.... "Waalaikumussalam!... Dr mana ni"?. Hidung dah mula hidu bau yg kurang menyenangkan. "Kami dr toilet...". (Dlm hati) kurang asam budak ni....


      Rokok... memang tak dapat dipisahkan dr kaki perokok. Menurut kata perokok, biar putus tunang tp jangan putus rokok. Eeeee.... teruknya ... nikmatnya akan terasa bila merokok selepas makan dan ditambah pula minum kopi yg pekat. Fulamakkk... nikmatnya sukar dibayangkan. Tapi kalau banyak minum air masak , mungkin gian tu berkurangan kot...Tak makan, tak pe... tp rokok tetap kena ada. Jika rokok tak ada , tak sempurna hidup. Itu kata perokok la... Betul ke? Hai kalau tanya pendapat aku secara peribadinya, merokok tu adalah membazir masa, membazir tenaga, membazir duit dan mcm2 lagi. Bagaimana pula dgn anda yg tidak merokok? Tapi yg hairannya bila tiba bulan puasa boleh pulak berhenti merokok. Apa2 pun di sini ada sedikit tip bagaimana cara utk menghentikan tabiat rokok ni. Di antaranya adalah:-

      • Buat keputusan utk berhenti merokok dan maklumkan kpd ahli keluarga dan sahabat handai. Perasaan mahu berhenti merokok akan menjadi lebih mudah dengan sokongan serta galakan mereka.
      • Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas abu rokok.
      • Belajar menolak tawaran orang lain untuk merokok. Jauhi orang yang sedang merokok.
      • Tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan perasaan, minum air sejuk atau mandi sekiranya berasa gian untuk merokok.
      • Kuatkan semangat anda. Jangan mudah menyerah kalah.
      • Minum lebih banyak air, elakkan minum kopi dan lain2 minuman yg boleh merangsang anda utk merokok.
      • Makan lebih banyak sayur-sayuran serta buah-buahan.
      • Libatkan diri dgn hobi atau kegiatan luar spt joging dan sebagainya utk memenuhi masa lapang.
      • Kebaikan buah-buahan:
      1. Mengandungi banyak air spt mana tubuh badan manusia dan berupaya menentang dehidrasi.
      2. 100 % bebas kolestrol.
      3. Menggalakkan ingatan dan memperbaiki fungsi otak.
      4. Mengandungi kandungan vitamin, mineral, fitonutrien dan fiber yg tinggi.
      5. Suplemen paling semulajadi utk mengekalkan kesihatan.

      MANA2 PEROKOK BOLEH CUBA KAEDAH NI, MANA LA TAU KOT2 BOLEH BERUBAH TABIAT MEROKOK TU ....KAN... INI TEGURAN IKHLAS TAU!!!!!

      Wednesday, August 19, 2009

      H1N1

      APA ITU SELSEMA BABI?

      • Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yg biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yg teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini ( type A H1N1 virus ) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930.
      Adakah manusia boleh dijangkiti selsema babi?
      • Dulu selsema babi jarang menjangkiti manusia, NAMUN kini penyakit selsema babi giat menular di kalangan manusia, Kebiasaannya selsema babi wujud di kalangan manusia disebabkan manusia terdedah terhadap babi seperti mereka yg bekerja di dalam industri pertenakan babi.
      Secara ringkas, selsema babi boleh merebak melalui 2 cara:-
      • Terdedah dgn babi yg dijangkiti atau persekitaran yg mempunyai virus selsema babi.
      • Melalui orang laing yg telah dijangkiti selsema babi. Cara penyebaran penyakit selsema babi di antara manusia dgn manusia sama dgn penyebaran selsema biasa iaitu bersin atau batuk.

      Apakah simpton ( tanda-tanda ) selsema babi kpd manusia?

      Ianya lebih kurang sama dgn selsema yg lain. Antara tanda2 selsema babi itu termasuklah:-

      • Deman
      • Kurang selera
      • Batuk
      • Keletihan
      • Sakit kerongkong
      • Hidung berair
      • Rasa loya
      • Muntah2
      • Cirit birit

      Adakah manusia boleh menghidap selsema babi dengan memakan daging babi?

      • Tidak. Selsema babi tidak berjangkit melalui makanan. Makanan ( daging babi ) yg dimasak melebihi 160 F akan membunuh semua virus termasuk virus selsema babi.

      Bagaimana selsema babi merebak?

      • Selsema babi merebak melalui pemindahan virus dari babi kepada manusia dan manusia kepada babi. Manusia lebih mudah dijangkiti selsema babi sekiranya mereka berdekatan dgn babi yg dijangkiti sebagai contoh penternak babi ataupun mereka yg tinggal berhampiran dgn kawasan penternakan babi.
      • Perpindahan virus melalui sesama manusia juga boleh berlaku. Sama seperti selsema biasa, ia boleh berjangkit melalui batuk atau bersin orang yg dijangkiti selsema babi.
      • Kita juga boleh dijangkiti sekiranya tangan kita tersentuh virus tersebut dan kemudian kita menyentuh hidung atau mulut sendiri.

      Adakah H1N1 virus selsema babi sama dgn H1N1 virus selsema manusia?

      • Tidak. Kerana itu vaksin utk selsema manusia yg biasa tidak akan dapat melindungi atau menyembuhkan jangkitan selsema babi.

      SUMBER ARTIKEL : GBM News July 2009

      Yg menghairankan aku, jika negara dilanda selsema burung, semua ayam dan burung yg dijangkiti akan dimusnahkan, akan tetapi jika negara dilanda selsema babi, adakah tindakan yg sama diambil???????????????

      Sunday, August 16, 2009

      PERJALANAN ( 1 )


      ( 16 Ogos 2009 ) - "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" itulah kalimat yg biasa digunakan oleh penjawat awam. Dan krn itu juga, aku bersama2 dgn Ustaz Senusi dan Pn.Hastarija berangkat ke Ipoh hari ni utk memenuhi undangan sambutan 40 tahun kecemerlangan politeknik. Kereta JJE 3057 ini lah yg akan membawa kami ke sana. Pemandunya adalah.... ustaz jugak...






      Kami bertolak dari PJB lebih kurang dlm pukul 8.30 pg. Alhamdulillah perjalanan lancar, w/pun adakalanya hujan tp tetap lancar. Ustaz pulak seorang pemandu yg berhemat. Memang sesuai dia jd pemandu.... bukan puji...tp...itulah hakikatnya. Kami sampai di Heritage Hotel Ipoh , lebih kurang pukul 3.50 petang.





      Heritage Hotel - Di sini tempat penginapan kami selama 2 malam nanti. Pandangan dr luar, cantik jugak kan...






      Pandangan dari atas. Cantik... dikelilingi oleh bukit2. Sejuk mata memandang bukit2 yg hijau tu....







      Ruangan koridor menuju ke Bilik 722






      Antara kemudahan yg disediakan.....





      Ruang lobby Heritage Hotel



      Towel...


      Kalau dahaga... boleh la buat air ye....


      Pandangan dr koridor atas. Itulah ruang makan ketika kami b/fast. Tak teringin ke nak pergi ke sini, Ketika cuti boleh la bwk anak2 keliling Malaysia. Salah satu drpnya adalah Perak. Kalau tiada tempat menginap tu , boleh lah cuba try test kat sini...Hee...hee... siap promosi lg . Tp ingat, bwk iron sendiri tau......



      Tengok la tu, ni lah hasilnya jika guna iron yg dah tak leh pakai kat hotel ni....Huk...Huk....Huk......Sayangnya baju ni......waa!!!!!!!!!!!! Peringatan utk diriku sendiri... Lain kali nak pergi mana2 kena bawak IRON SENDIRI......

























      Friday, August 14, 2009

      BOLA OH!!! BOLA

      Bola ni sebenarnya dah lama tak sentuh. Kalau tak silaplah kali terakhir menyentuh bola ni dalam gelanggang bola jaring antara sekolah2 ( sekolah rendah pulak tu ) pd tahun 1984. Hari ni ( 14.08.2009 ), mengulangi sejarah silam. Kah...kah...kah...Habis kaku kaki tangan . Lupa semua peraturan dlm permainan ni. Macam mana cara mainnya? Siapa lawan siapa? Apa peranannya? Di mana kedudukannya? Eh...Eh...Eh... malu bebenor pd teman2 dan adik2 ni. Tapi tak pe, mai kita sama2 mengulangkaji pelajaran permainan BOLA JARING.

      Pangkat2 dalam gelanggang bola jaring.
      WA lawan WD
      WD lawan WA
      Centre lawan Centre
      GA lawan GD
      GD lawan GA
      GK lawan GS
      GS lawan GK

      GELANGGANG BOLA JARING
      ( Jgn sesekali masuk ke kawasan yg tidak dibenarkan ye )


      Yg pentingnya posing dulu, baru la lawan....Ni team JPA & JMSK


      Selepas sesi memanaskan badan, maka bermulalah sesi perjuangan di antara JPA dgn JKM. Tengok le... Macam2 ragam dan gelagat. Saling kejar mengejar antara satu sama lain. Nasib le tak de yg jatuh. Kebanyakan drp peserta ni adalah mak2 org. Itu yg specialnya....W/pun mak2... tapi hooo... bila main lupa darjat masing2...
      Ni lak sesi menghalang musuh masing2... Ek...Nape lak cik kak kita ni berdiri je...dah pancit ke? Jgn marah deh, gurau je. Mungkin cari idea kot... bagaimana nak menjatuhkan musuh. Ingat!!!!!!!!!!!! Jgn main kotorrrr... Agak2 kenal tak sapa tu? Itulah dia Nor Maheran bt Mat Noor. Salah sorang dr team JPA. Eh! Jgn main2... Dia ni kuat tau....
      Tiba lah saat yg ditunggu2 , ini tugas yg paling penting bagi GS dan jugak GK. Tengok gaya pemain kita tu....Boleh buat andaian sendiri le samada bola masuk jaringan atau tak. Sedihnyanya uhuk...uhuk...uhuk... team JPA kalah ngan JKM. Ni baru latihan.......... Tengok lak masa betul2 pertandingan nanti. TUNGUUUUUUUUUUU.........





      Wednesday, August 12, 2009

      PELAJAR ISTIMEWA

      Antara aktiviti P & P di dalam kelas. Pelajar2 KHK 2 yg membuat amali mengenai cara mengafankan jenazah. Kesiannya kat "jenazah"... terpaksalah tahan w/pun basah lejun dek peluh. Ni "mayat" hidup tau.. bukannye patung... Mereka dapat uruskan spt jugk pelajar2 normal yg lain.

      Ni pulak pelajar moral. Hanya 3 orang je tau, tu pun dah digabungkan 3 kelas iaitu KHK 2, KFP 2 & KRG 2. Percaya tak? 2 jam seminggu jumpa dgn depa ni. Tp x pe, mrk ni mmg rajin2 orangnya. Semua tugasan yg diberikan siap spt yg dijadualkan. Itulah kelebihannya.

      Kelas KHK 2 ( Kemahiran Hotel Katering ). Mrk ni pandai masakkkkk....


      Yg ni pulak KFP 2 ( Kemahiran fesyen ). Pd setiap akhir semester, mrk akan promosi rekacipta masing2. Biasanya mereka tak akan pulang dgn tangan kosong terutamanya dr JPA.... Bukan apa... cuma nak bagi dorongan pd depa ni. Utk makluman semua... mrk ni mmg kreatif dan hasil jahitan mrk kemas sekali... Bagi staf2 JPA tunggulah akhir semester nanti ye....




      Persembahan pelajar2 moral di rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

      Ni dia, para pelakonnya.... Sesiapa yg memerlukan pelakon tambahan boleh lah berhubung dgn depa ni ye.

      Aku mula mengajar pelajar2 DEAF sejak tahun 2002 lagi menggunakan Bahasa Isyarat., tp sayang... sampai sekarang tak mahir pun lagi. Kat mana yg silapnya. Pada permulaan tahun 2002, kami menggunakan KTBM ( Kod Tangan Bahasa Melayu), tp sejak 2 - 3 tahun kebelakangan ini, KTBM sudah tidak digunakan lagi & diganti dgn BIM ( Bahasa Isyarat Malaysia. Lagi la pening2 lalat bagi kami tenaga pengajar yg terlalu "pandai" ni. Dari dulu sampai lah kini, belum pernah lagi aku merasa satu kepuasan bila mengajar mrk ni. Jangan salah faham lak, tak puas sebenarnya mengajar mrk sebab... keterangan terbatas. Aku ni pulak bila mengajar banyak guna suara, sign kurang. Kadang2 penuh whiteboard dgn tulisan dan kadang2 sign yg digunakan salah. Tp mrk ni sporting orangnya.... Bila sign salah, salah seorang dr kalangan mrk dtg ke depan dan pegang tangan aku serta betukan sign yg sepatutnya. Apa2 pun ni adalah cabaran bg tenaga pengajar spt kami ni. Sekarang ni aku bersama beberapa teman sedang berkursus BIM dgn Pn Hamidatul Solihah bt Abd hamid ( Amy ). Harap2 lepas ni, ok sikitla sign tu. Hee.... Kalau nak tau perkembangan mengenai kursus kami ni lawati lah halawatulibtihaj.blogspot.com.



      Sunday, August 9, 2009

      JIRAN


      7 Ogos 2009 ( petang Jumaat ) : Sebaik sahaja selesai parking kereta, dtg jiran di sebelah rumahku. "Kak Wan , Shima mintak maaf banyak2 deh, kalau ada silap & salah Shima pd K.Wan sekeluarga sepanjang Shima duk sini". Aku terpinga-pinga "Kenapa lak?". "Malam ni Shima pindah ke Terengganu. Suami habis kontrak akhir bulan ni. Malam karang, kami bertolak ke Trg, lepas maghrib, lori datang ambil barang2 kat sini". Sedih lak dengar "Kalau gitu saya pun sama,mintak maaf banyak2 jika ada silap & salah ,terkasar bahasa, tersalah cakap ,halalkan makan minum" . Itulah sembang yg terakhir antara aku & jiran yg ku kenali sebagai Shima ( nama penuh lupa) .Dia adalah keluarga ketiga yg menjadi penghuni di sebelah rumah ku.
      Selepas maghrib... Firdaus "Umiiiii....Ayahhh... lori dah sampai kat umah Cik Shima". Suamiku pd kali ini, tanpa disuruh menuju ke rumah sebelah. Alhamdulillah..........Maka bermula lah sesi angkat mengangkat . Lebih kurang pukul 10.00 mlm, selesailah sudah dipunggah semua barang ke dlm lori. Selepas tu mereka berangkat bersama2 dgn lori tersebut.Hukkkk...hukkkkkk sedihnya. Hampir 2 thn dia menjadi jiranku. Terasa kehilangan betul. Dia adalah jiran terbaik yg pernah ku temui di taman perumahan ini. Lepas ni siapa pulak la yg akan menjadi jiranku. Tunggu dan lihat aje lah....


      "Drp Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:Barangsiapa yg beriman kpd Allah & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". Riwayat Bukhari & Muslim.


      PENGERTIAN:
      • Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang.

      • Jiran terbahagi kpd 3 iaitu:-.

      1. Jiran yg mempunyai satu hak, iaitu orang musyrik yg tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran.
      2. Jiran yg mempunyai dua hak, jiran orang Islam iaitu hak Islam dan hak jiran.
      3. Jiran yg mempunyai tiga hak, jiran orang Islam yg mempunyai hubungan kerabat. Jiran ini ada hak Islam, hak jiran dan hak kerabat.



      HAK JIRAN MENURUT IMAN GHAZALI
      • Mula memberi salam kepadanya.
      • Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –ehwalnya.
      • Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
      • Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
      • Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegembiraan.
      • Memaafkan segala kesalahannya.
      • Tidak menunjukkan pandangan ke dalam rumahnya sehingga boleh menampakkan auratnya.
      • Tidak menyusahkan perasaannya.
      • Tidak menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
      • Tidak menujukan pandangan kepada segala yang dibawa ke dalam rumahnya.
      • Menutup segala keaiban dan dan kecelaan yang dilakukannya.
      • Meringankan daripada malapetaka yang menimpanya.
      • Tidak terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
      • Menghormati isteri dan pembantu wanita yang bekerja di rumahnya.
      • Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya.
      • Memberi tunjuk ajar apa yang tidak diketahui mengenai agama mahupun akhirat.
      • Saling hormat menghormati.
      • Saling mengenali.
      • Memenuhi undangan (jemputan) jiran.
      • Mengucapkan tahniah atas kejayaan jiran dan takziah atas musibah yang ditempuhi.
      • Prihatin terhadap keperluan jiran.



      PERKARA YG PATUT DIELAKKAN TERHADAP JIRAN :

      Mengorek rahsia jiran.
      Menceritakan keburukan jiran kpd orang lain.
      Membuat sesuatu yang menyakiti jiran.
      Menyakiti jiran dengan tangan
      Menyakiti jiran dengan perkataan.
      Membiarkan jiran kelaparan.


      Saturday, August 8, 2009

      BAKAT SI KECIL

      Syoknya menyusun puzzle. Panggil makan pun tak nak. Kalau dah minat dgn sesuatu tu, yg lain2 tolak tepi dulu. Si Kenit yg dibelakang tu dah merajuk. Kena marah dek abang2nye. Dia ni memang suka mengganggugugat ketenteraman awam . Bukan apa, cuma nak menarik perhatian je.... "Along... Arif... tak pe la tak nak ajak Aus main sama2... Aus pun ada juga kerja nak buat ni... Ayah.. jgn marah Aus ye......"



      "Ayah... tengok la.. cantik tak lukisan Aus? Cantikkan . Ni la tempat Aus luahkan perasaan tak puas hati Aus. Mana lagi kalau bukan di.....jeng...jeng... cuba teka kat mana tu? Ala dinding la. Tempat tu kan luas. Aus boleh lukis apa je.... Heee..." Ini yg buat ibubapa hilang kesabaran. Urut dada, sabarrr....sabarrrr... hukkk...hukkkkkkk


      Inilah hasilnya kalau kita beri perluang kpd anak2 kita. Walaupun hasilnya macam2..tapi mereka ni kreatif. Bakat seni lukis yg ada pada anak2 wajar digalakkan berkembang krn ia membentuk sikap kreatif mereka dalam kehidupan di samping boleh dijadikan kerjaya.

      KATA-KATA HIKMAH:

      "Kalau kita melakukan semua yg kita upaya lakukan,sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya"



      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails