Wednesday, August 12, 2009

PELAJAR ISTIMEWA

Antara aktiviti P & P di dalam kelas. Pelajar2 KHK 2 yg membuat amali mengenai cara mengafankan jenazah. Kesiannya kat "jenazah"... terpaksalah tahan w/pun basah lejun dek peluh. Ni "mayat" hidup tau.. bukannye patung... Mereka dapat uruskan spt jugk pelajar2 normal yg lain.

Ni pulak pelajar moral. Hanya 3 orang je tau, tu pun dah digabungkan 3 kelas iaitu KHK 2, KFP 2 & KRG 2. Percaya tak? 2 jam seminggu jumpa dgn depa ni. Tp x pe, mrk ni mmg rajin2 orangnya. Semua tugasan yg diberikan siap spt yg dijadualkan. Itulah kelebihannya.

Kelas KHK 2 ( Kemahiran Hotel Katering ). Mrk ni pandai masakkkkk....


Yg ni pulak KFP 2 ( Kemahiran fesyen ). Pd setiap akhir semester, mrk akan promosi rekacipta masing2. Biasanya mereka tak akan pulang dgn tangan kosong terutamanya dr JPA.... Bukan apa... cuma nak bagi dorongan pd depa ni. Utk makluman semua... mrk ni mmg kreatif dan hasil jahitan mrk kemas sekali... Bagi staf2 JPA tunggulah akhir semester nanti ye....




Persembahan pelajar2 moral di rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ni dia, para pelakonnya.... Sesiapa yg memerlukan pelakon tambahan boleh lah berhubung dgn depa ni ye.

Aku mula mengajar pelajar2 DEAF sejak tahun 2002 lagi menggunakan Bahasa Isyarat., tp sayang... sampai sekarang tak mahir pun lagi. Kat mana yg silapnya. Pada permulaan tahun 2002, kami menggunakan KTBM ( Kod Tangan Bahasa Melayu), tp sejak 2 - 3 tahun kebelakangan ini, KTBM sudah tidak digunakan lagi & diganti dgn BIM ( Bahasa Isyarat Malaysia. Lagi la pening2 lalat bagi kami tenaga pengajar yg terlalu "pandai" ni. Dari dulu sampai lah kini, belum pernah lagi aku merasa satu kepuasan bila mengajar mrk ni. Jangan salah faham lak, tak puas sebenarnya mengajar mrk sebab... keterangan terbatas. Aku ni pulak bila mengajar banyak guna suara, sign kurang. Kadang2 penuh whiteboard dgn tulisan dan kadang2 sign yg digunakan salah. Tp mrk ni sporting orangnya.... Bila sign salah, salah seorang dr kalangan mrk dtg ke depan dan pegang tangan aku serta betukan sign yg sepatutnya. Apa2 pun ni adalah cabaran bg tenaga pengajar spt kami ni. Sekarang ni aku bersama beberapa teman sedang berkursus BIM dgn Pn Hamidatul Solihah bt Abd hamid ( Amy ). Harap2 lepas ni, ok sikitla sign tu. Hee.... Kalau nak tau perkembangan mengenai kursus kami ni lawati lah halawatulibtihaj.blogspot.com.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails