Wednesday, August 19, 2009

H1N1

APA ITU SELSEMA BABI?

  • Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yg biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yg teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini ( type A H1N1 virus ) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930.
Adakah manusia boleh dijangkiti selsema babi?
  • Dulu selsema babi jarang menjangkiti manusia, NAMUN kini penyakit selsema babi giat menular di kalangan manusia, Kebiasaannya selsema babi wujud di kalangan manusia disebabkan manusia terdedah terhadap babi seperti mereka yg bekerja di dalam industri pertenakan babi.
Secara ringkas, selsema babi boleh merebak melalui 2 cara:-
  • Terdedah dgn babi yg dijangkiti atau persekitaran yg mempunyai virus selsema babi.
  • Melalui orang laing yg telah dijangkiti selsema babi. Cara penyebaran penyakit selsema babi di antara manusia dgn manusia sama dgn penyebaran selsema biasa iaitu bersin atau batuk.

Apakah simpton ( tanda-tanda ) selsema babi kpd manusia?

Ianya lebih kurang sama dgn selsema yg lain. Antara tanda2 selsema babi itu termasuklah:-

  • Deman
  • Kurang selera
  • Batuk
  • Keletihan
  • Sakit kerongkong
  • Hidung berair
  • Rasa loya
  • Muntah2
  • Cirit birit

Adakah manusia boleh menghidap selsema babi dengan memakan daging babi?

  • Tidak. Selsema babi tidak berjangkit melalui makanan. Makanan ( daging babi ) yg dimasak melebihi 160 F akan membunuh semua virus termasuk virus selsema babi.

Bagaimana selsema babi merebak?

  • Selsema babi merebak melalui pemindahan virus dari babi kepada manusia dan manusia kepada babi. Manusia lebih mudah dijangkiti selsema babi sekiranya mereka berdekatan dgn babi yg dijangkiti sebagai contoh penternak babi ataupun mereka yg tinggal berhampiran dgn kawasan penternakan babi.
  • Perpindahan virus melalui sesama manusia juga boleh berlaku. Sama seperti selsema biasa, ia boleh berjangkit melalui batuk atau bersin orang yg dijangkiti selsema babi.
  • Kita juga boleh dijangkiti sekiranya tangan kita tersentuh virus tersebut dan kemudian kita menyentuh hidung atau mulut sendiri.

Adakah H1N1 virus selsema babi sama dgn H1N1 virus selsema manusia?

  • Tidak. Kerana itu vaksin utk selsema manusia yg biasa tidak akan dapat melindungi atau menyembuhkan jangkitan selsema babi.

SUMBER ARTIKEL : GBM News July 2009

Yg menghairankan aku, jika negara dilanda selsema burung, semua ayam dan burung yg dijangkiti akan dimusnahkan, akan tetapi jika negara dilanda selsema babi, adakah tindakan yg sama diambil???????????????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails