Sunday, August 9, 2009

JIRAN


7 Ogos 2009 ( petang Jumaat ) : Sebaik sahaja selesai parking kereta, dtg jiran di sebelah rumahku. "Kak Wan , Shima mintak maaf banyak2 deh, kalau ada silap & salah Shima pd K.Wan sekeluarga sepanjang Shima duk sini". Aku terpinga-pinga "Kenapa lak?". "Malam ni Shima pindah ke Terengganu. Suami habis kontrak akhir bulan ni. Malam karang, kami bertolak ke Trg, lepas maghrib, lori datang ambil barang2 kat sini". Sedih lak dengar "Kalau gitu saya pun sama,mintak maaf banyak2 jika ada silap & salah ,terkasar bahasa, tersalah cakap ,halalkan makan minum" . Itulah sembang yg terakhir antara aku & jiran yg ku kenali sebagai Shima ( nama penuh lupa) .Dia adalah keluarga ketiga yg menjadi penghuni di sebelah rumah ku.
Selepas maghrib... Firdaus "Umiiiii....Ayahhh... lori dah sampai kat umah Cik Shima". Suamiku pd kali ini, tanpa disuruh menuju ke rumah sebelah. Alhamdulillah..........Maka bermula lah sesi angkat mengangkat . Lebih kurang pukul 10.00 mlm, selesailah sudah dipunggah semua barang ke dlm lori. Selepas tu mereka berangkat bersama2 dgn lori tersebut.Hukkkk...hukkkkkk sedihnya. Hampir 2 thn dia menjadi jiranku. Terasa kehilangan betul. Dia adalah jiran terbaik yg pernah ku temui di taman perumahan ini. Lepas ni siapa pulak la yg akan menjadi jiranku. Tunggu dan lihat aje lah....


"Drp Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:Barangsiapa yg beriman kpd Allah & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". Riwayat Bukhari & Muslim.


PENGERTIAN:
• Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang.

• Jiran terbahagi kpd 3 iaitu:-.

1. Jiran yg mempunyai satu hak, iaitu orang musyrik yg tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran.
2. Jiran yg mempunyai dua hak, jiran orang Islam iaitu hak Islam dan hak jiran.
3. Jiran yg mempunyai tiga hak, jiran orang Islam yg mempunyai hubungan kerabat. Jiran ini ada hak Islam, hak jiran dan hak kerabat.



HAK JIRAN MENURUT IMAN GHAZALI
• Mula memberi salam kepadanya.
• Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –ehwalnya.
• Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
• Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
• Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegembiraan.
• Memaafkan segala kesalahannya.
• Tidak menunjukkan pandangan ke dalam rumahnya sehingga boleh menampakkan auratnya.
• Tidak menyusahkan perasaannya.
• Tidak menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
• Tidak menujukan pandangan kepada segala yang dibawa ke dalam rumahnya.
• Menutup segala keaiban dan dan kecelaan yang dilakukannya.
• Meringankan daripada malapetaka yang menimpanya.
• Tidak terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
• Menghormati isteri dan pembantu wanita yang bekerja di rumahnya.
• Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya.
• Memberi tunjuk ajar apa yang tidak diketahui mengenai agama mahupun akhirat.
• Saling hormat menghormati.
• Saling mengenali.
• Memenuhi undangan (jemputan) jiran.
• Mengucapkan tahniah atas kejayaan jiran dan takziah atas musibah yang ditempuhi.
• Prihatin terhadap keperluan jiran.



PERKARA YG PATUT DIELAKKAN TERHADAP JIRAN :

Mengorek rahsia jiran.
Menceritakan keburukan jiran kpd orang lain.
Membuat sesuatu yang menyakiti jiran.
Menyakiti jiran dengan tangan
Menyakiti jiran dengan perkataan.
Membiarkan jiran kelaparan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails