Wednesday, December 30, 2009

SAHABAT KARIB

Alhamdulillah, Ambe amat2 bersykur pada Allah s.w.t kerana telah mempertemukan kembali sahabat karib ketika di AIUM sesi 1992-1996. Antaranya Sabehah bt Hashim. Biarlah Ambe cerita serba sedikit mengenai persahabatan kami ni ye. Jangan jeles lak deh. Heee..


Pada awal kemasukan Ambe ke UM, Ambe ditempatkan di Kolej Ke-Empat atau nama glamournya Kolej Bestari. Disitulah Ambe berkenalan dan seterusnya bersahabat dengan Sabehah ni. Beliau banyak menolong Ambe terutama ketika dalam bilik kuliah. Maklumlah B.Arab Ambe ni hanya tahu yang asas je, yg lebih2 tu bukan bidang Ambe le. Ketika belajar dan mengulangkaji terpaksa pinjam nota dr kawan2 terutama dr Nilam Puri. Mereka ni memang teror B.Arab. Sama la dgn subjek BI. Oleh kerana Ambe ni terlalu bijak dgn B.I maka setiap kali tutorial ,Ambe mula menggeletar seluruh badan, sebab apa anda nak tahu????????


Sebabnya Ambe termasuk dalam golongan kumpulan BIJAK. Semua pelajar dalam kelas tu boleh dikatakan orang2 yg teror kecuali Ambe. Tutor tu pulak bagi Ambe amat garang. Oleh krn takut bila disoal x dapat jawab maka kawan2 dalam kelas tu lah yang banyak menolong. Bila buat latihan dan mintak jawapan drp Ambe, maka kawan2 ni jugak lah yang tolong. Takut punya pasal, hilang keyakinan diri sampailah sekarang... Bila KJ speaking terkulat2 nak fahamkan ayat. Tp ia banyak membantu ... Moralnya janganlah jadi seperti Ambe ni ya.
W/bagaimanapun alam maya telah menghubungkan semula persahabatan ini. Betul juga kata kawan2 , melalui FB kita boleh menjejaki kawan2 kita yg telah lama terputus hubungan. Ambe adalah salah seorang drpnya. Alhamdulillah, Syukur padaMu ya Allah. Tadi baru Ambe bersembang dengannya (Sabehah) melalui telefon. Rindunya nak jumpa kawan2 lama. Apa2 pun, Alhamdulillah w/pun tak bersua muka, berkomunikasi melalui teknologi canggih ni pun apa kurangnya. Ye tak?????
Sebagai penutup tirai tahun ni. Ambe mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dgn Azam Yang Baru. Harap2 Tahun 2010 Ambe dapat bersua muka dgn teman lama ROSNAH BT NAWANG - PUTERI JENANG la pulak heee.....


Wednesday, December 16, 2009

HARI KELUARGA JPA '09

Hari Keluarga Warga JPA telah berjaya dilaksanakan pada 13 Dis. 2009. Pengarah program ini adalah Ust Mohd Zohdi bin Hj.Said. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Gambar di atas hanya sebahagian sahaja warga JPA yang ada.


Ambe pulak memaksa suami untuk sama2 memeriahkan program ini. Seperti biasa la, bila ambe ajak join sekali aktiviti2 JPA, macam2 alasan yg diberikan. Nampak gayanya, kali ni dia tak boleh melarikan diri lagi.... Hee... berjaya jugak akhirnya....


Acara rebut kerusi. Masing2 jeling kerusi...



Akhirnya.... tinggallah 3 org je...




Nape Ainoor? Nampak macam boring je... Tu la dr tadi lagi dah cakap bawak le pensil warna lebih, boleh join budak2 ni sekali. Hee...



Anak Ust Zohdi, kusyuknya....



Susun puzzle... Tengok le tu ada pulak tangan "si pengacau"..



Ni anak yang menyusun puzzle atau maknye...
Mana aci cam ni. Hee...


Ini kumpulan contoh...Ibubapa hanya menjadi pemerhati shj. Jgn marah lak, ni kumpulan anak Ambe. Hee...


Maskot Kumpulan Toing-Toing ( No. 1 )



Maskot Kumpulan Cit-Cit ( No.2 )



Maskot Kumpulan Meow-Meow ( No.3 )


Muka sebijik macam maknya ( Dina)



Ni pulak anak Ust. Nizam...


Acara baling botol. Ni la yg susah nak tumbang...sebab guna bola tenis.



Betul2 ikut peraturan...



Gunakan helah yg ada... akhirnya dpt jugak....



Kasihan..... sampai ke akhir melepas.... Hee...



"Boleh ke kita lari dgn kaki yg terikat ni...."



Kaum bapa bersedia dgn straw & getah di mulut utk memulakan acara.



Jom 1... 2... mula..


Mengikat kaki pasangan masing2. Jangan salah pasangan dah le.



Bila sampai ke garisan penamat, getah pun dah hilang. Hee...

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN...BYEEEE...

Wednesday, December 9, 2009

BACALAH YASSIN.......



Semasa Ambe merehatkan minda dpd belenggu tugas2 yang belum selesai, maka Ambe pun bukalah email untuk melihat pesanan sekiranya ada. Tiba2 Ambe melihat satu tajuk BACALAH YASSIN...



RASULULLAH s..a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:



1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.




11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.




12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".




13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.




14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.






Untuk renungan semua, Siapakah orang yang sibuk ? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Wednesday, December 2, 2009

JEJAK KASIH

SEJARAH dalam hidup Ambe, yang mana Aidil Adha pada kali ini merupakan pertama kali (selepas kahwin ) Ambe meraikannya di kampung iaitu di KAMPUNG BATANGAN. Seronoknya... Hanya Allah saja yg tahu. Bukan saja Ambe yg seronok tp ahli keluarga Ambe yg lain. Ya Allah ampunilah segala dosa hambaMu ini. Bukan niat Ambe untuk membuang keluarga tp keadaan yg tidak mengizinkan Ambe kerap pulang ke kampung. Bila pulang sekali sekala terasa sangat meriahnya. Lagi pula pd Hari Raya macam ni... Suami Ambe pun turut terasa suasananya.


Secara ringkas mengenai keluarga Ambe......


Duduk : Mat Faizal, Zunaidah, Zulhaiza, Zunaini, Safuan, Zulhayati
Berdiri : Suhayana, Zabedah (Mak Cik), Seman (Tok Ki), Meryam (Mak), Zariah (Mak Ngah), Nik Rawi (Pak Ngah )




Ketika menghantar sepupu mengerjakan umrah. Ambe amat menyayangi semua insan ini.





Ini pula isteri kpd sepupu Ambe dan isteri kpd bapa saudara Ambe. Minta maaf le banyak2 Ambe lupa nama mereka ni. Ya Allah ... Apa dah jadi dengan hamba Mu ni.... Hee...



Mat!!! Ambe dah tunaikan janji deh... jangan merajuk lagi... Ini lah di antara insan yg banyak menabur jasa jika ada sebarang majlis keluarga di kampung. Terima kasih Ambe ucapkan . Hanya Allah saja yg dapat membalas segala jasa yg kau taburkan.




Ini di antara sepupu2 Ambe.

Masa balik raya baru2 ni jugak, Ambe jumpa dengan dgn Zuliana (maaf gambarnya tiada dalam simpanan). Dia adalah di antara sepupu yg rapat dgn Ambe pd suatu ketika dulu. Dah lama tak jumpa, alih2 raya baru2 ni terserempak, itupun ketika dia dah nak pulang. Rupa2nya anak dia dah 4 orang. Tak sempat deng nak ngejor.... Hee... Gurau je Leeya...



Saturday, November 14, 2009

KEMBARA MINDA - 14 NOV 2009

Seronoknya mereka ni.....



Hasil kolaj pelajar fesyen



Sebelum memulakan aktiviti Kembara Minda, perutnya perlu diisi Pak...


Ayya... tempat duduk gua mana????



"Puan, mai la join kite orang..."



Si Kenit : Erkkkkkk ... Ibu, Iman dah kenyang...



Foo Kah Mun, salah seorang pelajar khas yang belajar bersama2 dgn pelajar normal. Tapi sayang, dia dah nak behenti.



Sesi taklimat utk pelajar yg mengambil bahagian dlm aktiviti "Explore Race"


Tengok ni, dlm paper ni ada muka kite la....




En.Azmi!!!! Tak de berita yg menarik la hari ni..



Hafeez!!!! Kalau saya nak join sekali boleh tak?



"Ramai gak yg ambik bahagian. Tengok list nama ni hah..."



"Mohon kepada semua, mengambil tempat di hadapan. Aik.. over la pulak aku ni. Hee....



Siap le sapa2 yg nak susun puzzle ni nanti...



Tengok lecturer pun tak lepaskan peluang...


Ramainye pemerhati, bukan apa just bagi sokongan kat pelajar di jabatan masing2.



Aktiviti kolaj...




Ini la hasilnya...

Ini puzzle yg telah "dirosakkan" oleh pensyarah


Berebut2 memilih dan menyusun ....



Inilah hasil puzzle mereka... Pelajar JH - KHK


Pelajar JRKV - KRG


KFP


Sesi bergambar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails