Wednesday, December 30, 2009

SAHABAT KARIB

Alhamdulillah, Ambe amat2 bersykur pada Allah s.w.t kerana telah mempertemukan kembali sahabat karib ketika di AIUM sesi 1992-1996. Antaranya Sabehah bt Hashim. Biarlah Ambe cerita serba sedikit mengenai persahabatan kami ni ye. Jangan jeles lak deh. Heee..


Pada awal kemasukan Ambe ke UM, Ambe ditempatkan di Kolej Ke-Empat atau nama glamournya Kolej Bestari. Disitulah Ambe berkenalan dan seterusnya bersahabat dengan Sabehah ni. Beliau banyak menolong Ambe terutama ketika dalam bilik kuliah. Maklumlah B.Arab Ambe ni hanya tahu yang asas je, yg lebih2 tu bukan bidang Ambe le. Ketika belajar dan mengulangkaji terpaksa pinjam nota dr kawan2 terutama dr Nilam Puri. Mereka ni memang teror B.Arab. Sama la dgn subjek BI. Oleh kerana Ambe ni terlalu bijak dgn B.I maka setiap kali tutorial ,Ambe mula menggeletar seluruh badan, sebab apa anda nak tahu????????


Sebabnya Ambe termasuk dalam golongan kumpulan BIJAK. Semua pelajar dalam kelas tu boleh dikatakan orang2 yg teror kecuali Ambe. Tutor tu pulak bagi Ambe amat garang. Oleh krn takut bila disoal x dapat jawab maka kawan2 dalam kelas tu lah yang banyak menolong. Bila buat latihan dan mintak jawapan drp Ambe, maka kawan2 ni jugak lah yang tolong. Takut punya pasal, hilang keyakinan diri sampailah sekarang... Bila KJ speaking terkulat2 nak fahamkan ayat. Tp ia banyak membantu ... Moralnya janganlah jadi seperti Ambe ni ya.
W/bagaimanapun alam maya telah menghubungkan semula persahabatan ini. Betul juga kata kawan2 , melalui FB kita boleh menjejaki kawan2 kita yg telah lama terputus hubungan. Ambe adalah salah seorang drpnya. Alhamdulillah, Syukur padaMu ya Allah. Tadi baru Ambe bersembang dengannya (Sabehah) melalui telefon. Rindunya nak jumpa kawan2 lama. Apa2 pun, Alhamdulillah w/pun tak bersua muka, berkomunikasi melalui teknologi canggih ni pun apa kurangnya. Ye tak?????
Sebagai penutup tirai tahun ni. Ambe mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dgn Azam Yang Baru. Harap2 Tahun 2010 Ambe dapat bersua muka dgn teman lama ROSNAH BT NAWANG - PUTERI JENANG la pulak heee.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails