Saturday, March 1, 2014

Assalamualaikum!!!



Diam tak diam rupanya dah lebih setahun Ambe tak jenguk blog ni..
Masa yang ada bukannya tak cukup. 24 jam tu... Allah dah bagi masa yang cukup untuk kita. Cuma mungkin gaya pengurusan masa seseorang itu banyak mempengaruhi kehiduan harian mereka. 24 jam.... hmmm 1/3 = 8 jam... bermaksud yang sepatutnya 1/3 utk ibadat



Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran 





“Dari Amru bin Maimun r.a pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan sabdanya yang bermaksud : Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu

  • Masa mudamu sebalum datangnya hari tua,
  • Masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit,
  • Masa kayamu sebelum datangnya masa miskin,
  • Masa lapangmu sebelum datangnya masa sibuk,
  • Masa hidup sebelum datangnya malaikat mencabut nyawa.
Rugi di dunia kerana masa tetap berlalu dan tidak dapat diputarkan kembali…
Rugi di saat sakaratul maut di kerongkong kerana pintu taubat sudah tertutup untuk selama-lamanya…
Rugi di akhirat kerana hari pembalasan tetap akan ditempuh tanpa boleh berpatah balik lagi…


Sabda Rasulullah SAW
“ Ambillah peluang lima perkara sebelum kamu dihilanglan (didatangi) oleh lima perkara. Peluang masa mudamu sebelum daripada tuamu; peluang masa sihatmu sebelum daripada sakitmu; peluang masa kayamu sebelum fakirmu; peluang masa lapangmu sebelum daripada kesibukanmu dan peluang masa hidupmu sebelum daripada matimu” (HR Bukhari)


Mereka membahagikan penggunaan masa kepada empat kuadran:
  -          Penting dan segera.
  -          Penting tetapi tidak segera.
           -   Tidak penting tetapi segera.
           -   Tidak penting dan tidak segera.

Kita tidak boleh mengubah masa tetapi boleh mengubah perkara yang dilakukan dalam masa tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails