Tuesday, January 1, 2013

Matlamat Hidup


Apa yang kita nak sebenarnya????


   




 Berapa lamakah lagi masa yg aku ada Ya Allah...


 tepuk dada tanya iman ....




... fikir-firkanlah...

Yang ni??????



 atau yang ni????


 apa2 pun perlu seimbang ...



Sunday, October 28, 2012

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH



Memandangkan Kursus Pengurusan Jenazah jarang sekali diadakan untuk para pelajar maka kami tenaga pengajar bagi subjek AA201 - Pend. Islam 2 mengambil keputusan untuk membuat sendiri bengkel berkenaan... tapi hanya TEORI SAHAJA... dr segi PRAKTIKAL sebenarnya rasanya diri ini belum mampu lagi.
Oleh itu pada hari Sabtu 29 Sept & 9 Okt 2012 yang lepas Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah  melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah bagi Modul AA 201 kepada semua pelajar semester 2 SESI JUN 2012 (kira-kira 500 org pelajar dr pelbagai jabatan). Ini adalah kali terakhir kami bersama modul ini.   Sedih rasanya...

 sempat lagi posing...



 alhamdulillah... dapat peruntukan...


 pelajar sedang memotong kain kafan

 mula aplikasikan apa yg telah dipelajari dlm kelas...



 ini dia "model jenazah"







 setiap kumpulan "menghasilkan 1 jenazah"


 pelajar sedang solat jenazah



Kalau ramai yang tanya kenapa baru sekarang terasa nak buat sedangkan sebelum ini buat de' je... Peralatan .... ya itu adalah kekangannya... Alhamdulillah kali ini kami berjaya membeli peralatan yang lengkap dalam kuantiti yg banyak utk digunakan kpd pelajar... tapi sedihhhhhhh... sebab mulai Sesi Dis 2012, pelajar mula didedahkan dengan silibus yg baru...

Peralatan yang ada tidak dibazirkan... kami gunakan pula utk program CSR.  TUNGGUUUUU!!!!!


Monday, October 8, 2012

KENANGAN RAYA 2012






KENANGAN ....

Sudah lama rasanya tak update blog ni... entah kenapa petang2 begini rasanya "gian" pulak.
Raya tahun 2012 adalah kenangan yang paling bermakna buat diriku sekeluarga kerana pada kali ini kami menyambut bersama2 saudara baru iaitu anak muridku yang baru memeluk Islam. Dia mendaftarkan Islam adalah agamanya secara rasminya 20 Julai 2012. Aku merasa bertanggungjawab membawanya pulang utk meraikan hari kemenangan ini bersama-sama di Kg. Batangan, Marang Terengganu.

wajahnya begitu tenang sekali....
semoga kamu mendapat restu dr ke2 ibubapa mu suatu hari nanti...



Bersama Khadijah dan Scolastica



Khadijah dan Nur Sha'adiqah Abdullah


 3 anak saudara


 loving couple


 Semoga bahagia hingga ke akhir hayat



 Inilah family yg tak berapa nak besar.
w/pun bil ahli kluarga tak ramai tp alhmadulillah tetap meriah...

Saturday, June 2, 2012

REHLAH DI SEKAYU

Alhamdulillah.... HARI CUTI BERIKUTNYA...

Tempat pilihan yang berikutnya adalah HUTAN LIPUR SEKAYU.




Hutan Lipur Sekayu - memang dah lama tak datang sini. Kali terakhir waktu sekolah dulu. Rupanya telah banyak perubahan dilakukan kat sini. Tapi sayang.... kebersihan seolah-olah seperti diabaikan. Sikap pengujung yang buang sampah merata2 amat mengecewakan. 


Cantik tempat rehat yang disediakan



Sejuk cuaca kat sini




Ni dia... biasalah kalau kat rumah terkurung je... tapi bila balik kampung mereka bebas. Tengok la tu. Sampai je... buka selipar... terus turun main air. Ohhhhhh... kesiannya kat anak2 Ambe ni. Seolah2 tak pernah jumpa air. Maklumlah kalau kat JB tu hanya biasa pergi ke Hutan Bandar je.


"Umi... nak mandi lama sikit..."

Fatin & Arif...


Faiqah & Firdaus



Kat sini mereka belajar berenang???? hmmmm...



"Tak boleh jadi ni... Ambe pun nak join la jugak..."



Makin ramai pengujung




Sihatnya....


"Abah... tolongggggg..."



"Ayah Su... tungguuuuuuu.... nak ikut...."



"Sudah2 la Faqihah oi.. x larat dah ni..."



Aik... Tok Ki pun sama naik dgn cucu2..



Tak padan dengan kecik... tp semangat mengalahkan org tua... walaupun bibir dah biru, tapi masih lagi bersemangat. Ni kecik2 cili padi ni...


Tok??? hanya tungu kat atas je...


Bila tengok anak2 gembira, hati rasa sungguh berbaloi balik kampung kali ni. Insyaallah lain kali bali satu family lagi seronok. INSYAALLAH....

Friday, June 1, 2012

TAMAN TAMADUN ISLAM


Cuti kali ni, Ambe dah rancang dgn keluarga nak jalan2 di sekitar Terengganu. Cuti kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Si Suami kerana mengizinkan kami balik kg dalam tempoh yg agak lama jika dibandingkan dgn cuti2 sebelum ini.

Nama je anak Ganu, tapi tak pernah pun lg sampai ke tempat2 bersejarah, tempat2 peranginan yang telah banyak berubah. Tak pe kali ni Ambe akan mulakan. Insyaallah... sesuai dgn cuti yg ada, buat la apa apa yang patut.

Tempat tujuan pertama adalah.... jeng..jeng...jeng... TAMAN TAMADUN ISLAM.





Pintu masuk ke Taman Tamadun Islam



"Assalamualaikum mok! Ambe sapa doh ni..."


Anak bujang Ambe yg sulung... alahai kurusnya....


Monumen Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Masjid ini dibina pada tahun 1958. Diberi nama Masjid Sultan Ali Saifuddin mengambil sempena nama Sultan Brunei yang ke 28. Ianya direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.



Tak larat nak berjalan... naiklah tram...



Monumen Taj Mahal, Agra, India

Maharaja Mughal ke5, Shah Jahan telah membina istana Taj Mahal ini bagi mengenang kisah cinta abadinya bersama isterinya yang tercinta Mumtaz Mahal. Bila kita sampai ke TTI ini, kita akan diberi penerangan mengenai sejarah Istana Taj Mahal ini melalui tayangan video.



lupa????????


Kincir air




Di hadapan Monumen Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin


Monumen Masjid Sheikh Lutfaalah, Iran




Monumen Citadel Aleppo, Syria

Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.

Monumen Masjid Al-Haram, Mekah

Masjid ini adalah tempat yang paling suci bagi Umat Islam di seluruh dunia. Di sinilah umat Islam  di seluruh dunia berkumpul untuk mengerjakan haji.


Monumen Masjid Suleyman, Turki

Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.



Masjid Kristal, Terengganu

Sayangnya tak dapat naik bot untuk pusing2 di sepanjang sungai Terengganu. Merajuk sakan anak2. Nak buat macam mana datang pun dah hampir pukul 4 petang, Hari Jumaat pulak tu. Bot tutup pukul 6.00 ptg. Tak sempat... tak pe.. lain kali kita sambung "pengembaraan" kita ye...

Sudah lama jadi anak Terengganu, baru kini berpeluang melawat tempat2 bersejarah macam ni. Nampak gayanya kena tambah cuti lagi ni sebab nak explore lebih lagi kat negeri sendiri. Bukannya selalu dapat cuti balik kg. Alang2 orang dah bagi izin balaik ni, gunalah setiap peluang yang ada. Harap2 dapat la datang lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails