Sunday, December 18, 2011

HARI KELUARGA TOK MAN

Family Tok Man - Sebenarnya telah lama Ambe & sepupu2 merancang untuk mengumpulkan ahli keluarga Tok Man dalam satu majlis. Pada asalnya rancangan untuk mengadakan Hari Keluarga ini ialah pada 25 Disember 2011. Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka terpaksa diawalkan pada 17 DISEMBER 2011.


Inilah baju bigboss Ambe - Tok Man


Majlis ni diadakan pada hari yang sama dengan majlis kesyukuran meraikan kelahiran cucu Mak Cik (ala yang diatas tu la - Nur Idrianee & Nurqhaireen) macam kembar kan. Bezanya hanya 27 hari aje (kalau tak silap lah... Kalau silap.. Jue & Eja....ampunnnnnnnnn!!!! )


Inilah baju kami (anak cucu Tok Man. Terima kasih banyak2 Jay kerana sanggup menerima tempahan Ambe ni. Alhamdulillah semua berpuashati dengan mutu kain yang dipilih. Baju ni sebenarnya 3-4 bulan sebelum program sudah siap. Itu ada yang tak muat saiz la... baju hilang la... ada juga yang belum ambil lagi w/pun program dah selesai....


Tok Man (Seman b.Abdullah).

Orang yang paling banyak jasanya pada keluarga kami. Sebenarnya Ambe lebih rapat dengan keluarga sebelah mak berbanding dengan keluarga sebelah ayah. Rasa2nya jika ada masalah, Ambe lebih selesa luahkan pada ahli2 keluarga sebelah mak. Alhamdulillah... hubungan kami setakat ini masih rapat w/pun masing2 tinggal berjauhan. Semoga Allah merestui ukhwah dalam family ini. amin..


Inilah dia kek coklat sumbangan Lieya... terima kasih banyak2 Ya, kerana banyak menyokong dan membantu program ini berjalan lancar. Sebenarnya selain drp Lieya, Matt juga banyak membantu agar program ini berjalan lancar. Terima kasih Matt.. Nampak wajah Tok Man sedih sedikit, mungkin dia tak sangka kot... apa2 pun kami bahagia dan enjoy dengan program ini.


Antara wajah2 yang ceria....
Biasanya kenangan seperti ini tak dapat dilupakan. Terutama jika ada dikalangan kami mula meninggalkan dunia ini. Tok... kami amat merinduimu... Semoga aruah Tok ditempatkan bersama golongan mukmin yang menjadi pilihan Allah... Al-Fatihah....


Sebahagian keluarga yang hadir.


Cucu2 Tok Man. Sebahagian drpnya....


Cicit2 Tok Man - ini hanya sebahagian. Yang lain2 tak jumpa cari gambar.


Tok Man memotong kek... 83 TAHUN.... dah tua rupanya.. tp masih kuat lagi.. masing2 tak sabar menunggu kek.. yummy..yummy...


Mok Long - Mak Ambe le - 2 anak je (1P:1L) .


Mok Ngoh - 3 anak semua lelaki


Pok Rie - 2 anak setakat ini (1L:1P).


Pok Nong - 4 anak semua lelaki


Pok De - 7 anak (4 L: 3 P)


Mok De - 5 anak (3 L : 2 P)


Mok Ngoh menyampaikan hadiah pada Tok Man. Mok Ngoh adalah orang yang paling rapat dengan Tok Man. Mana2 Mok Ngoh pergi Tok Man pasti ada. (Jangan salah faham deh... anak2 yang lain pun rapat juga. hehehe...


Sebahagian drp keluarga yang hadir. Yang tak dapat datang ialah si kembar Mok Ayu & Mok Aya serta Pok Die. Mereka bukan saje2 tak nak hadir tp keadaan yang tidak mengizinkan. Insyaallah lain kali kita akan berkumpul lagi... Sungguh seronok jika diimbas kembali situasi pada ketika ini... hilang penat lelah... amat2 berbaloi. Memang komitmen yang diberikan oleh Keluarga Tok Man bagi menjayakan program ini amat2 tinggi... TERIMA KASIH SEMUA....


Walaupun acara kali ini agak ringkas tapi berjaya mencapai matlamat iaitu berkumpul dalam satu majlis. Biarlah majlis ini tidak seglamour yang dianjurkan oleh orang lain. Tp kami memang enjoy dan happy. Malah ada yang mengCADANGkan agar menjadikan program ini sebagai acara tahunan ( ini kena fikir betul2 ni kalau betul2 nak buat... hehehe..)


Masing2 ceria... Bila lagi nak posing... masa ni la kan......


Inilah keluarga Ambe... tak cukup korum... suami tak dapat balik... huk..huk..huk... sedihnya...


Ini pulak adalah anak & menantu Tok Man.

Dan yang terakhir... Tok Man & Cucu cicitnya...


TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA AMBE UCAPKAN PADA SEMUA AHLI KELUARGA TOK MAN YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI. KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, YANG BANYAK MEMBANTU SAMA ADA DARI SEGI MATERIAL, TENAGA & MORAL, HANYA ALLAH SAHAJA YANG MEMBALASNYA.

Friday, December 16, 2011

Majlis Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan (P.I.S)

Mohon maaf la... tak dapat nak ceritakan mengenai Majlis Pengisytiharan P.I.S dengan lebih detail. Pada ketika perasmian kami staf PJB berada di belakang... gimik??? tak sempat nak rakam...


Menjujung Kasih...
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim
Ibni Almarhum Sultan Iskandar


Sebelum bergerak ke dewan.... sempat jugak si Parahsakthi berposing.... Macam model pula bila dia berposing... apa salahnya menceriakan rakan setugas... Betul tak kawan2...???


Sementara menunggu ketibaan Duli Tuanku


Berada di bawah khemah pameran pelajar & khemah pengisytiharan P.I.S


Sempat bersama VVIP dalam majlis Santapan Diraja. Tapi jika anda perasan ada dua tempat santapan. Yang staf lelaki bersantap di Pantry JPA, yang terpaksa masuk memenuhi khemah pengisytiharan dapatlah bersantap dalam Dewan Serbaguna. Hmmm... tp lagi berselera nampaknya mereka yang makan kat pantry....


Kenderaan Duli Tuanku Sultan Ibrahim


BANYAK LAGI GAMBAR2 YANG MENARIK. TAPI TIDAK BOLEH UPLOAD KAT SINI. MAAF YE...





Friday, December 9, 2011

MESYUARAT PEMURNIAN KURIKULUM JPA




Ambe mengharapkan biarlah ini terakhir dalam penggubalan kurikulum ini. Rasa penat... penat bukan kerana malas tapi kerana tak larat nak ganti kelas. Pelajar2 pun asyik merungut je.... itu yang tak tahan...


Inilah flight yang bawak kami ke Sabah. Boleh tahan harga tiket... Nampak gayanya kalau kena keluarkan kos sendiri mahu pokai poket... nasib baik le ... bukan kedekut eh... tp keadaan kewangan belum mengizinkan...


Di sinilah kami akan berkampung selama lebih kurang 4 hari ini. Promenade Hotel, Kota Kinabalu. Memang penganjur telah memilih tempat yang sesuai. Dikelilingi tempat shopping... alahai lagi banyak la duit yang melayang. Hee...



Cantik kan... ini pemandagan dari dalam bilik hotel.


Sesi "perbincangan"


perlu fokus... jika tidak...tak siap


serius tu...


KJ menyelesaikan masalah jabatan secara jarak jauh


Masa yang terluang, kami tak biarkan kosong. Mulalah kaki melangkah ke pasar2 yang ada berhampiran hotel. Bukan senang nak datang ke sini. Masing2 sedang memilih barang2 yang mahu dibawa pulang ke semenanjung.


Berpinar2 mata... tak tau nak pilih mana satu.. last2 balik tangan kosong. Hmmmm...


Penat berjalan... rehat jap...


Sempat posing... sebelum bertolak ke Kundasang.


Dalam perjalanan. Hepinya Prasanna ni..


Rambang mata... banyak sangat barang2 kat sini...


Gunung Kinabalu...


Dapat juga panjat menara w/pun gayat..





Penat memanjat bukit. Demi nak pengalaman melalui titian gantung... redahlah jugak.


Alhamdulillah....


Dalam hati Allah saja yang tau...





Selepas penat mendaki bukit... kami dibawa singgah ke Taman Kinabalu. Pada ketika ini terasa sangat sakit kaki. Itulah akibatnya.. warm up tidak... latihan pun tak ada... joging pun kadang2... tiba2 terus memanjat.. cam ne urat tidak terkejut... Sakitnya Allah saje yang tau..




Sementara menunggu bas datang untuk menghantar kami ke lapangan terbang... Apa macam???? ada tokoh tak??? Semoga Prasanna akan dapat jugak menimang zuriat sendiri satu ketika nanti...


Tak sabar untuk samapai ke JB..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails