Sunday, December 18, 2011

HARI KELUARGA TOK MAN

Family Tok Man - Sebenarnya telah lama Ambe & sepupu2 merancang untuk mengumpulkan ahli keluarga Tok Man dalam satu majlis. Pada asalnya rancangan untuk mengadakan Hari Keluarga ini ialah pada 25 Disember 2011. Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka terpaksa diawalkan pada 17 DISEMBER 2011.


Inilah baju bigboss Ambe - Tok Man


Majlis ni diadakan pada hari yang sama dengan majlis kesyukuran meraikan kelahiran cucu Mak Cik (ala yang diatas tu la - Nur Idrianee & Nurqhaireen) macam kembar kan. Bezanya hanya 27 hari aje (kalau tak silap lah... Kalau silap.. Jue & Eja....ampunnnnnnnnn!!!! )


Inilah baju kami (anak cucu Tok Man. Terima kasih banyak2 Jay kerana sanggup menerima tempahan Ambe ni. Alhamdulillah semua berpuashati dengan mutu kain yang dipilih. Baju ni sebenarnya 3-4 bulan sebelum program sudah siap. Itu ada yang tak muat saiz la... baju hilang la... ada juga yang belum ambil lagi w/pun program dah selesai....


Tok Man (Seman b.Abdullah).

Orang yang paling banyak jasanya pada keluarga kami. Sebenarnya Ambe lebih rapat dengan keluarga sebelah mak berbanding dengan keluarga sebelah ayah. Rasa2nya jika ada masalah, Ambe lebih selesa luahkan pada ahli2 keluarga sebelah mak. Alhamdulillah... hubungan kami setakat ini masih rapat w/pun masing2 tinggal berjauhan. Semoga Allah merestui ukhwah dalam family ini. amin..


Inilah dia kek coklat sumbangan Lieya... terima kasih banyak2 Ya, kerana banyak menyokong dan membantu program ini berjalan lancar. Sebenarnya selain drp Lieya, Matt juga banyak membantu agar program ini berjalan lancar. Terima kasih Matt.. Nampak wajah Tok Man sedih sedikit, mungkin dia tak sangka kot... apa2 pun kami bahagia dan enjoy dengan program ini.


Antara wajah2 yang ceria....
Biasanya kenangan seperti ini tak dapat dilupakan. Terutama jika ada dikalangan kami mula meninggalkan dunia ini. Tok... kami amat merinduimu... Semoga aruah Tok ditempatkan bersama golongan mukmin yang menjadi pilihan Allah... Al-Fatihah....


Sebahagian keluarga yang hadir.


Cucu2 Tok Man. Sebahagian drpnya....


Cicit2 Tok Man - ini hanya sebahagian. Yang lain2 tak jumpa cari gambar.


Tok Man memotong kek... 83 TAHUN.... dah tua rupanya.. tp masih kuat lagi.. masing2 tak sabar menunggu kek.. yummy..yummy...


Mok Long - Mak Ambe le - 2 anak je (1P:1L) .


Mok Ngoh - 3 anak semua lelaki


Pok Rie - 2 anak setakat ini (1L:1P).


Pok Nong - 4 anak semua lelaki


Pok De - 7 anak (4 L: 3 P)


Mok De - 5 anak (3 L : 2 P)


Mok Ngoh menyampaikan hadiah pada Tok Man. Mok Ngoh adalah orang yang paling rapat dengan Tok Man. Mana2 Mok Ngoh pergi Tok Man pasti ada. (Jangan salah faham deh... anak2 yang lain pun rapat juga. hehehe...


Sebahagian drp keluarga yang hadir. Yang tak dapat datang ialah si kembar Mok Ayu & Mok Aya serta Pok Die. Mereka bukan saje2 tak nak hadir tp keadaan yang tidak mengizinkan. Insyaallah lain kali kita akan berkumpul lagi... Sungguh seronok jika diimbas kembali situasi pada ketika ini... hilang penat lelah... amat2 berbaloi. Memang komitmen yang diberikan oleh Keluarga Tok Man bagi menjayakan program ini amat2 tinggi... TERIMA KASIH SEMUA....


Walaupun acara kali ini agak ringkas tapi berjaya mencapai matlamat iaitu berkumpul dalam satu majlis. Biarlah majlis ini tidak seglamour yang dianjurkan oleh orang lain. Tp kami memang enjoy dan happy. Malah ada yang mengCADANGkan agar menjadikan program ini sebagai acara tahunan ( ini kena fikir betul2 ni kalau betul2 nak buat... hehehe..)


Masing2 ceria... Bila lagi nak posing... masa ni la kan......


Inilah keluarga Ambe... tak cukup korum... suami tak dapat balik... huk..huk..huk... sedihnya...


Ini pulak adalah anak & menantu Tok Man.

Dan yang terakhir... Tok Man & Cucu cicitnya...


TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA AMBE UCAPKAN PADA SEMUA AHLI KELUARGA TOK MAN YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI. KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, YANG BANYAK MEMBANTU SAMA ADA DARI SEGI MATERIAL, TENAGA & MORAL, HANYA ALLAH SAHAJA YANG MEMBALASNYA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails