Saturday, January 15, 2011

Kerja Sampai Bila Pun Tak Habis.....

Suasana ruang kerja


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sudah lama benar rasanya tiada coretan di sini. Almaklumlah masa yang ada tidak mengizinkan Ambe menjenguk blog ini (amboi... sibuk mengalahkan menteri). Sebenarnya bukan masa yang tak ada tetapi masa tersebut digunakan untuk membuat tugas-tugas lain.

Bila sebut pasal tugas ni kan, semua orang ada tugas & tanggungjawab masing-masing. Kalau kita tidak tahu bagaimana cara untuk mengagihkan masa untuk menyelesaikan tugas-tugas yang ada, maka sesungguhnya kita memang rugi. Ini adalah peringatan untuk diri Ambe sendiri sebenarnya. Maklumlah kadang-kadang kita ni lalai. Jika tiada orang yang mengingatkan kita, nescaya berterusanlah kelalaian itu ( nauzubillahi min zaalik ). Oleh kerana itu sekiranya ada rakan,sahabat,keluarga ,jiran atau sesiapa sahaja yang menegur kesilapan kita, maka kita harus mengucapkan terima kasih kepadanya & seterusnya melahirkan kesyukuran kepada Allah kerana tidak membiarkan kita terus melakukan kesilapan ( alahai... ceramah la pulak ).

Bukan apa, kali ni Ambe nak kongsi sikit dgn sahabat-sahabat mengenai tanggungjawab ini. Mulai Sesi Disember 2010 ni, kami di Jabatan Pengajian Am mula terasa bebanan tugas. Masa yang ada terasa amat singkat sekali. Bayangkan nak buat soalan-soalan kuiz, ujian, dan sebagainya, terkejar-kejar. Kadang-kadang terasa juga bila rakan-rakan sebut "ni tak buat lagi, itu tak buat lagi..." tapi nak buat macam mana semuanya ada tugas masing- masing.

Kali ini, semua staf Unit agama mengajar antara 18 hingga 21 jam seminggu setiap seorang. Kalau sebelum ini kami melihat rakan-rakan Unit Bahasa yang memikul bebanan itu, bertungkus lumus untuk menyiapkan tugas masing-masing, tapi pada kali ini unit kami pula yang merasa bebanannya. Itu baru P&P belum masuk lagi bebanan tugas sampingan yang lain. Ada juga tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh unit pentadbiran tetapi diberi kepada pensyarah untuk melakukannya dan sebagainya lagi.

InsyaAllah selagi mampu untuk menjalankannya maka "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" akan buat. Tetapi kan kita ni manusia biasa. Ada masa kita kuat dan ada masa kita kehilangan motivasi. Begitu juga , ada dikalangan kita yang ringan tulang menolong rakan dan ada jugak.... yang seronok melihat rakan yang tak menang tangan untuk melaksanakan tugas mereka. Bukan nak tolong.... tapi mengata lagi ada lah. Ada dikalangan kita yang mempunyai masalah keluarga terpaksa ketepikan dulu untuk memberi ruang kepada tugas-tugas yang dirasakan amat penting di jabatan. Ambe memang tabik spring kepada orang-orang yang macam ini. Tetapi tidak ramai orang yang mempunyai sikap sebegitu rupa. Malah ada dikalangan rakan-rakannya sendiri menujukkan rasa tidak puas hati. Bagaimana nak menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti itu???. Ada cadangan??? Selagi ada PHD (Perasaan Hasad Dengki ), maka selagi itulah sesebuah jabatan (tempat kerja) tidak akan aman. Suasana kerja juga tidak selesa. Ambe bukan apa, cuma kesal dengan sikap segelintir orang-orang seperti itu. Mana-mana tempat ada.

Apa-apa pun setiap tugas yang diamanahkan kepada kita, maka laksanakanlah dengan penuh tanggungjawab serta ikhlas melakukannya. Janganlah "eleh...kalau aku buat dapat apa?". Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan pasti ada "PEGAWAI ATASAN" ( siapa lagi kalau bukan ALLAH ) yang memerhatikannya. Itulah di akhir nanti akan menentukan sama ada kita akan dapat "BONUS" atau SEBALIKNYA.

Walau bagaimanapun kita harus ingat, kita ni bukan robot. Bekerja sepenuh masa. Badan kita pun perlu kepada rehat yang cukup. Buatlah mengikut kemampuan masing-masing dan dalam masa yang sama kita perlu jaga kualiti yang dihasilkan. Kerja ni sampai bila-bila pun tak habis. Bagi yang berkeluarga "ingatlah ...jangan terlalu asyik dengan kerja hingga lupa kepada keluarga". Kerja hilang boleh dicari...tetapi kalau keluarga yang hilang???????? Fikirlah sendiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails