Friday, September 17, 2010

OOO...BA.....LIK KAMPUNG....


Syukur Alhamdulillah, kali ni cuti raya Ambe ( 8 hari tu ) diluluskan. Terima kasih pada Ketua Jabatan Ambe. Oleh kerana cuti raya yang Ambe dan suami agak lama , maka panjang la pulak langkahnya. Tempat tujuan Ambe seperti biasa JOHOR - TERENGGANU - PERAK - KUALA LUMPUR - JOHOR. Semua keluarga kedua-dua belah pihak amat gembira bila mendengar berita ni. Almaklumlah kami amat jarang sekali pulang ke kampung halaman.


Jalan menuju ke kebun getah

Semasa kat Kampung Batangan, sempat jugak la kami jenguk-jenguk kebun getah ayah. Kasihan kat ayah, sepatutnya pada usianya sekarang, dia cuma berehat kat rumah. Tapi tau-tau aje la, orang tua ni mana betah sangat duduk kat rumah tu. Nanti semua urat demam dan sakit. Hmmmm... nak buat macam mana...



Muhammad Aiman - ambil peluang.


Masa ni la dia tunjuk segala kemahiran. Kalau duduk kat Pasir Gudang tak dapat bebas seperti di kampung. Masa-masa yang ada dia akan habiskan bersama Tok Ki nya. Nampak sangat darah Tok Ki yang mengalir dalam badannya.


Ek..Eh..ingatkan Aiman je, rupanya si bapanya pun sama.



Agaknya la, kalau suami Ambe duduk kat kampung serta menoreh getah..betah atau sebaliknya. Hmmm... sama-samalah menunggu....





Orang yang tak pernah bebas. Tiba-tiba dapat peluang. Apa lagi...Arif!!!! berhenti!!!! Jangan "dihentam" pokok tu...Tok Ki nya dah mula menjerit... Ada ke patut...pokok getah yang baru je nak membesar, dia buat seperti bertarung dengan "Power Rangers". Namanya budak-budak...kan... Sabar...sabar... Ketika ni, patah juga le sepohon dua anak getah tu...Tapi bukan "kerja" budak-budak ni le...



Sambil memegang parang..apa agaknya yang difikirkan oleh si Aiman ni???




Ada gaya tak????




Cantik jugak anak-anak getah ni. Orang yang berbudi dengan tanah dapat untung yang berlipat ganda/melimpah. Cuba le...



2 beranak duduk bersama sambil memikirkan masa depan. Heee....




Hari Raya... sempat jugak kami posing




Posing dengan anak-anak serta anak saudara




Arif & Aiman berposing atas Restoran Jejantas Air Keroh




Cantikkkkkk....









Harap-harap lain kali, dapat cuti panjang lagi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails