Monday, January 5, 2015

SELAMAT DATANG TAHUN 2015

ALHAMDULILLAH...

Syukur padaMu Ya Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

Dah lebih setahun Ambe menyepi...ni baru berpeluang utk menjenguk laman blog ni...
Waduh... macam-macam peristiwa yang berlaku pada tahun 2014.. Antaranya:
  •  Kehilangan pesawat MH370
  •  Pesawat terhempas MH17
  •  Isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible
  •  Isu yang melibatkan penghinaan terhadap agama Islam dalam laman sosial
  •  Isu 'I want to Touch a Dog'
  •  Di akhiri dengan Kejadian banjir  di Kelantan, Terengganu dan Pahang
Isu-isu ini banyak memberi pengajaran kepada kita sebenarnya. Kadang-kadang kita terlalu leka dengan urusan harian hingga terlupa seketika apa yang berlaku di sekeliling kita. Apabila berlaku peristiwa-peristiwa seperti ini, kita semua "TERSENTAK" apa yang berlaku.

Isu Kehilangan Pesawat MH370 dan MH17 yang terhempas, jelas menunjukkan tanpa mengira agama, bangsa dan juga negara... Masing-masing saling bekerjasama memberikan bantuan serta sokongan moral kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Di sini kita boleh melihat bertapa akrabnya hubungan di antara satu sama lain melalui cetusan-cetusan luahan perasaan, semangat dan motivasi yang diberikan di laman sosial, tempat-tempat tumpuan umum dan sebagainya serta diiringi dengan doa mengikut agama masing-masing. Inilah yang berlaku, apabila ditimpa sesuatu musibah maka kita perlu hulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan tanpa wujud sebarang perasaan prejudis. Dan tidak dinafikan juga wujud segelintir individu yang cuba mengambil peluang di atas musibah yang berlaku. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.

Manakala Isu-isu yang berkaitan dengan penghinaan terhadap agama Islam juga, dilihat semakin menjadi-jadi. Senang-senang aje mengutuk tentang agama Islam di laman sosial. Ada yang menangguk di air keruh. Memanipulasi isu, menokok tambah cerita, memalsukan fakta, menjadi hakim yg tak bertauliah dan sebagainya.... Sepatutnya masyarakat secara umumnya perlu menjaga perpaduan di antara kaum, khususnya di negara kita ini. Perpaduan ini tidak akan wujud jika tiada persefahaman. Oleh itu marilah kita sama-sama memupuk perpaduan di antara kita. Janganlah saling cuba mencari kesilapan dan kesalahan, menghina, mencaci, menjatuhkan maruah, dan sebagainya dalam kalangan masyarakat. Jangan cuba menjentik isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama dan juga kaum serta hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan. Sesungguhnya isu-isu seperti ini boleh membawa kepada perpecahan, perbalahan dan juga pergaduhan dalam kalangan masyarakat umum. 

Tahun 2014 diakhiri dengan TRAGEDI BANJIR besar yang melanda pantai timur. Paling teruk yang menerima ujian ini adalah Kelantan, kemudian Terengganu dan juga Pahang. Setiap musibah yang diturunkan oleh ALLAH adalah ujian. Ujian yang menentukan tahap kesabaran dan juga penerimaan takdir serta tahap redha seseorang individu.  Mungkin ada yang beranggapan ... "ala... tak kena atas batang hidung sendiri boleh la cakap..."  memang la.. orang yang menjadi mangsa sahaja yang lebih memahaminya, sedangkan orang yang melihat hanya boleh melahirkan perasaan simpati dan juga empati. Walau bagaimanapun jika dilanda musibah seperti ini, kita perlu bersangka baik pada ALLAH. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Kita (bukan mangsa) sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras jangan sesuka hati menjatuhkan hukuman. Contoh: "..ala banyak sangat buat salah dan maksiat, padanlah... itulah... bla..bla...bla.. Siapakah kita untuk menjatuhkan hukuman????... setiap yang berlaku ada hikmahnya.... Apa yang penting??? KERJA...SAMA... kita perlu saling memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira parti politik, darjat keturunan, perbezaan agama atau kaum.. Sumbanglah apa yang kita mampu...tenaga...wang..sokongan moral...dan tidak lupa DOA...

Diharapkan pada tahun 2015 ini, tiada lagi musibah-musibah yang dasyat. Walau apapun kita ni hanya hambaNYa yang lemah . Kita hanya mampu merancang dan juga berdoa tapi yang menentukannya adalah ALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails