Friday, June 1, 2012

TAMAN TAMADUN ISLAM


Cuti kali ni, Ambe dah rancang dgn keluarga nak jalan2 di sekitar Terengganu. Cuti kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Si Suami kerana mengizinkan kami balik kg dalam tempoh yg agak lama jika dibandingkan dgn cuti2 sebelum ini.

Nama je anak Ganu, tapi tak pernah pun lg sampai ke tempat2 bersejarah, tempat2 peranginan yang telah banyak berubah. Tak pe kali ni Ambe akan mulakan. Insyaallah... sesuai dgn cuti yg ada, buat la apa apa yang patut.

Tempat tujuan pertama adalah.... jeng..jeng...jeng... TAMAN TAMADUN ISLAM.





Pintu masuk ke Taman Tamadun Islam



"Assalamualaikum mok! Ambe sapa doh ni..."


Anak bujang Ambe yg sulung... alahai kurusnya....


Monumen Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Masjid ini dibina pada tahun 1958. Diberi nama Masjid Sultan Ali Saifuddin mengambil sempena nama Sultan Brunei yang ke 28. Ianya direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.



Tak larat nak berjalan... naiklah tram...



Monumen Taj Mahal, Agra, India

Maharaja Mughal ke5, Shah Jahan telah membina istana Taj Mahal ini bagi mengenang kisah cinta abadinya bersama isterinya yang tercinta Mumtaz Mahal. Bila kita sampai ke TTI ini, kita akan diberi penerangan mengenai sejarah Istana Taj Mahal ini melalui tayangan video.



lupa????????


Kincir air




Di hadapan Monumen Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin


Monumen Masjid Sheikh Lutfaalah, Iran




Monumen Citadel Aleppo, Syria

Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.

Monumen Masjid Al-Haram, Mekah

Masjid ini adalah tempat yang paling suci bagi Umat Islam di seluruh dunia. Di sinilah umat Islam  di seluruh dunia berkumpul untuk mengerjakan haji.


Monumen Masjid Suleyman, Turki

Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.



Masjid Kristal, Terengganu

Sayangnya tak dapat naik bot untuk pusing2 di sepanjang sungai Terengganu. Merajuk sakan anak2. Nak buat macam mana datang pun dah hampir pukul 4 petang, Hari Jumaat pulak tu. Bot tutup pukul 6.00 ptg. Tak sempat... tak pe.. lain kali kita sambung "pengembaraan" kita ye...

Sudah lama jadi anak Terengganu, baru kini berpeluang melawat tempat2 bersejarah macam ni. Nampak gayanya kena tambah cuti lagi ni sebab nak explore lebih lagi kat negeri sendiri. Bukannya selalu dapat cuti balik kg. Alang2 orang dah bagi izin balaik ni, gunalah setiap peluang yang ada. Harap2 dapat la datang lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails