Thursday, August 20, 2009

AL-MUBARAK DATANG LAGI


Alhamdulillah, aku amat bersyukur pada Mu Ya ALLAH, krn Kau telah melanjutkan usiaku sehingga hari ini, serta memberi peluang untuk menyambut kedatangan bulan almubarak ini. RAMADHAN adalah bulan yg penuh keberkatan. Umat Islam sentiasa menunggu2 kedatangannya, krn pada waktu ini setiap amalan yg dilakukan akan mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda. Mereka berlumba2 melakukan amal ibadat. Pada waktu ini jugalah, ramai yg membuat amal jariah. Oleh krn itu, kita sebagai hambaNya perlu bersyukur kepadaNya, krn diberi peluang menambah amalan & jgn melepaskan peluang ini dgn melakukan perkara yg sia2.

Baru2 ni, di sebuah majlis keraian - "Assalamualaikum!!!!!, saya datang nak minta sumbangan.......". Jawab salah seorang dr tetamu yg ada: "Awak datanglah pd bulan puasa nanti ye...." Terkejut aku mendengarnya. Apa maksudnya tu? Adakah hanya pada bulan ramadhan sahaja kita boleh beramal, beri sumbangan atau membuat amal jariah? Bulan2 lain tak boleh beramal jariah ke? Atau sebab bulan ramadhan pahala berlipatganda, maka mereka hanya menunggu bulan yg mulia ini utk membuat amal jariah? Sebenarnya mereka silap, amal jariah ini boleh dilakukan pada bila2 masa sahaja. Jgn kerana mendengar guruh di langit, air dlm tempayan dicurahkan, yg dikejar tak dapat malah yg dikendong berciciran. Manalah kita tau, kita sempat atau tidak, berjumpa dgn bulan almubarak itu. Semua itu bergantung kpd kehendak Allah. Andai kata kita hanya menunggu bulan ramadhan saja utk membuat amal jariah, tiba2 kita tak diberi kesempatan itu oleh Allah, maka siapa yg rugi?

Jadikanlah bulan almubarak ini sebagai perintis untuk penambahbaikan amalan kita. Dan beristiqamahlah selepas itu... dan terus...terus...terusssssssssss. Jgn pula berbuat baik dlm bulan ramadhan sahaja... Habis ramadhan ... habis amalan... akhirnya kembali pada tabiat yg asal. Sebenarnya ini adalah sebagai peringatan kepada diriku yg setiasa alpa dgn kehidupan dunia ini. Astaghfirullah.................

Akhir kata : PINTU GERBANG RAMADHAN TELAH DIBUKA, SINARILAH HARI2NYA DGN CAHAYA AL-QURAN, TERANGILAH MALAM2 DGN BUTIR2 BINTANG DOA DAN IBADAH. BAKAR PELITA MALAMNYA DGN KELAZATAN BERZIKIR & BERTAHAJJUD KEPADANYA. MALAM ITU PANJANG, JANGAN PENDEKKAN DGN TIDUR, SIANG ITU TERANG , JGN GELAPKAN DGN DOSA, HATI ITU KONTANG, SUBURI DGN ZIKRULLAH. MUDAH-MUDAHAN ACUAN PERISAI KETAQWAAN JUA YG AKAN KITA RAIH SEBAGAI GANJARAN.




....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dari Kami sekeluarga....













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails