29 Mei 2010 ( Sabtu ) - "Assalamualaikum Wan Zek, buat apa? Awak ada kat rumah ke ? Jauh tak rumah awak dr Batu Pahat? Berapa lama perjalanan dr Batu Pahat ke Johor Bahru...." Itulah antara ayat2 yg keluar dr si pemanggil. Amat...amat...amat.. terkejut sekali dan juga amat..amat...gembira ketika menerima panggilan telefon drp sahabat karib ketika belajar kat Universiti Malaya (UM) dulu iaitu Sabehah Bt Hashim. Masih terkenang2 apa yg berlaku ketika berada di Kolej Keempat ( Bestari ) - salah sebuah kolej kediaman yg ada kat UM. Hmmm... semua itu tetap menjadi kenangan Ambe...
Akhirnya kami buat keputusan utk berjumpa je di mana2 tempat yg agak senang bagi kedua2 belah pihak. Tol Skudai...yg menjadi saksi pertemuan pertama kali kami. Ye lah kami mula terputus hubungan sejak tamat belajar di UM pada tahun 1996. Itulah kali terakhir kami jumpa. Walau bagaimanapun syukur pd Allah kerana tahun 2010 ( lupa lak tarikhnya ) kami mula jumpa kembali di alam maya melalui Face Book. Tak sangka pula pada 29 Mei 2010, lebih kurang pukul 2.00 petang kami bersua muka. Alhamdulillah...
Apa agaknya yg mereka bincangkan....senyum simpul je tu...
Dia tetap tak berubah, sama seperti dulu jugak.
Dr kiri :
Muhd.Aiman, Muhd.Arif Farhan, Muhd.Afiq Afnan & Muhd.Firdaus
Ini lak Puteri Iwanie ( anak Behah )
Muhd.Aiman, Muhd.Arif Farhan, Muhd.Afiq Afnan & Muhd.Firdaus