Saturday, September 24, 2011

Bengkel Semak Semula Kurikulum

21 - 23 SEPTEMBER 2011
- ALLSON HOTEL NILAI



Teraju utama Transformasi kurikulum PI,PM & tamadun
Us.Mohd Azli B.Adnan & Hj.Muhd Nasir B.Zain


Ini pulak tauke TITAS
Ustz. Asmahan Mokhtar & Ustz. Junnaini Johan


"Cam ne lah penerimaan member2 bila silibus ni digunakan nanti..."
... hanya suka kerja2 di belakang tabir je...


Ala kesiannya.... melepaskan penat "memerah otak" jap...
Ustzh Nor Azmin Mohamad Salleh


"Isk..isk..isk.. mesej kat sape lak tu..."
Engku Razinawaty Engku Chik


Tekunnya Siti Maryam ni...
"terlalu berhati2... sampai pening member2 yang lain". Heee...


Belakang Kiri:
Siti Maryam (PUO), Noraini (PTSB), Dina (PJB),
Nor Azmin (PSA), Wan Zakiah (PJB), Junnaini (PSA), Asmahan (PSAS), Engku Razinawaty (PKB), Farahdiba (PJB)
Depan kiri :
Hj. Muhd Nasir (POLIMAS), Mohd Azli (PSIS),
Kamaruddin (PSA)

Friday, September 16, 2011

FESTIVAL KESENIAN ISLAM

15 SEPTEMBER 2011
POLITEKNIK JOHOR BAHRU


Banner - simple je tapi menarik (bagi Ambe le)


Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama dengan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Festival Kesenian Islam Politeknik 2011 peringkat zon selatan. Tema festival yang diadakan kali kedua ini ialah Transformasi ke arah Kecemerlangan.

Peserta yang mengambil bahagian dalam festival ini, selain daripada Politeknik Johor Bahru (PJB) adalah Politeknik Merlimau (PMM) , Politeknik Melaka (PM), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Mersing (PMJ) dan Politeknik Nilai.Dalam festival kali ini, sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu pertandingan azan, nasyid, syair dalam Bahasa Arab dan bercerita dalam Bahasa Inggeris .


Pentas pertandingan Azan & Syair Arab (Cantik tak???)


Gaya seorang Muazin


Peserta2 azan bersama dengan hakim


Bagi acara syair pula peserta dikehendaki untuk mendeklamasikan sajak 20 hingga 30 baris yang berasaskan tema.

Peserta2 Syair, pensyarah pengiring & hakim

Johan
syair Bahasa Arab: Suriani Binti Ab. Rani (Politeknik Johor Bahru), Naib Johan : Nik Farhana Binti Muhamad (Politeknik Merlimau), Tempat ketiga : Siti Aisyah Sakinah Binti Azman ( Politeknik Port Dickson)


Jasa2 hakim yg memberi sumbangan dalam FKI tidak dapat kami membalasnya.


Sempat lagi posing...

Sebahagian daripada pensyarah yang bertugas pada hari tersebut. Alhamdulillah, wakil dr PJB menjadi juara kali ini. Semua tersenyum kerana PJB dapat meneruskan perjuangan ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Politeknik Port Dickson pada Oktober nanti.


Pentas Pertandingan Bercerita & Nasyid

Pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Cerita yang dipersembahkan hendaklah tentang sirah nabi-nabi. Acara ini terbahagi kepada 2 kategori: lelaki dan perempuan.


Peserta2 "Bercerita", pensyarah pengiring & hakim

Sedikit Info mengenai Pertandingan Nasyid:

Acara nasyid, setiap kumpulan dikehendaki mendendangkan satu lagu yang berunsurkan tema dan satu lagu pilihan yang berunsurkan nilai murni Islam, erti keimanan, patriotik atau keagamaan. Iringan muzik dipersembahkan secara live dengan penggunaan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo dan darbuka.


Kumpulan Mirwah (PJB)


Kumpulan Nur Al-Amin ( PM)


Kumpulan D'Sufi (PPD)


Kumpulan ????? (PMJ)
- sory la ye.. lupa pulak nama kumpulan...


Johan :Kumpulan Nur Al-Amin (Politeknik Merlimau), Naib johan : Kumpulan D’ Sufi (Politeknik Port Dickson) & Tempat ketiga : Kumpulan Mirwah (Politeknik Johor Bahru).



Ustaz Mohd Hamdi Yaacob sedang membaca doa
ketika Majlis Perasmian Penutup FKI



Majlis Perasmian Penutup Festival Kesenian Islam ini telah disempurnakan oleh Datuk Haji Mohlis bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Datuk Haji Mohlis bin Jaafar
menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Sebahagian drp penonton yang hadir.


LEPAS NI ADA BEBERPA PROGRAM LAGI YANG SEDANG MENUNGGU...

Selagi kita berpegang kepada:

SAYA YANG MENURUT PERINTAH


Selagi itulah kita perlu melaksanakan setiap tugas yang diberikan.


Marilah kita sama2 berjuang dengan niat yang ikhlas, bukan kerana mengharapkan ganjaran semata-mata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails