Sunday, May 30, 2010

Jumpa Kembali

29 Mei 2010 ( Sabtu ) - "Assalamualaikum Wan Zek, buat apa? Awak ada kat rumah ke ? Jauh tak rumah awak dr Batu Pahat? Berapa lama perjalanan dr Batu Pahat ke Johor Bahru...." Itulah antara ayat2 yg keluar dr si pemanggil. Amat...amat...amat.. terkejut sekali dan juga amat..amat...gembira ketika menerima panggilan telefon drp sahabat karib ketika belajar kat Universiti Malaya (UM) dulu iaitu Sabehah Bt Hashim. Masih terkenang2 apa yg berlaku ketika berada di Kolej Keempat ( Bestari ) - salah sebuah kolej kediaman yg ada kat UM. Hmmm... semua itu tetap menjadi kenangan Ambe...

Akhirnya kami buat keputusan utk berjumpa je di mana2 tempat yg agak senang bagi kedua2 belah pihak. Tol Skudai...yg menjadi saksi pertemuan pertama kali kami. Ye lah kami mula terputus hubungan sejak tamat belajar di UM pada tahun 1996. Itulah kali terakhir kami jumpa. Walau bagaimanapun syukur pd Allah kerana tahun 2010 ( lupa lak tarikhnya ) kami mula jumpa kembali di alam maya melalui Face Book. Tak sangka pula pada 29 Mei 2010, lebih kurang pukul 2.00 petang kami bersua muka. Alhamdulillah...





Asalnya nak bawak Behah & keluarganya pergi jalan2. Tetapi masalahnya mana tempat nak pergi ya. Pergi Danga Bay ke? Angsana? pusing2 bandar JB?...itulah lain kali kena rajin2 ronda bandar JB ni...Malu...malu.. nama je duduk Johor dah lebih 10 tahun tp kalau orang tanya mana tempat yg menarik kat JB ni? Tak tau nak jawab. Suami lak gelabah punya pasal sampai salah masuk jalan. Jalan dekat jd jauh lak. Hee... pengalaman yg berharga tu.. Apa2 pun pertemuan ini tak boleh disia2kan. Perlu cari tempat yg sesuai utk kongsi2 cerita. Masa tak boleh dibazirkan begitu sahaja. Last... Restoran Singgah Selalu dekat Danga Bay yg menjadi pilihan. Sebaik sahaja sampai di restoran, hujan turun teramat le lebatnya sampai banjir ( JB ni biasalah kalau hujan lebat, air akan naik dgn cepatnya). Sambil2 bercerita, sambil makan. Alangkah seronoknya....





Anak2 Behah dan anak2 Ambe sedang seronok bermain bersama2.



Ini pulak suami Behah si Zabri (kiri) & suami Ambe Azhar (kanan)
Apa agaknya yg mereka bincangkan....senyum simpul je tu...



Ini lah sahabat Ambe, Sabehah Hashim.
Dia tetap tak berubah, sama seperti dulu jugak.



Dr kiri :
Muhd.Aiman, Muhd.Arif Farhan, Muhd.Afiq Afnan & Muhd.Firdaus



Ini lak Puteri Iwanie ( anak Behah )



Sempat bergambar sebelum berpisah.
W/pun hanya beberapa jam sahaja bersua muka, rindu dah terubat. Semoga persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin...



Senyum je...w/pun penat...terima kasih tak terhingga Ambe ucapkan kerana turut sama menyertai pertemuan ini.


Antara wajah2 yg kepenatan...w/pun penat tp tetap seronok



INSYALLAH...jika diizinkan kita akan berjumpa lagi...


Friday, May 21, 2010

Lawatan Premier JPA ke UKM & TV3

20 Mei 2010 - Kami ( hampir 1 jabatan ) bertolak ke Kuala Lumpur atas tiket LAWATAN PREMIER JPA . Lawatan ini diuruskan oleh Ustaz Khairul Nizam b. Mohd Khalid & semua AJKnya. Terima kasih sahabat2 semua. Perancangan utk lawatan ni sebenarnya sudah lama. Alhamdulillah semua berjalan lancar w/pun sebelum ni ada pindaan tarikh. Apa2 pun semua lancar. Kami mula bertolak jam 2.50 petang...


KHAMIS - 20 Mei 2010



Afifah (baju merah) berwajah ceria ketika menghantar rombongan kami. Dia bertolak pagi (21 Mei 2010 ) dgn flight krn anaknya menyusu badan. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu amat besar sekali.


Us.Khairul Nizam - Ketua rombongan kami, menyemak senarai nama peserta rombongan.

Nurul Hana ceria je... "mana tempat duduk yg strategik ni...". Kat belakang Hana tu siapa ek.. Alahai siap dgn cermin mata hitam lagi. Tanggalkan dulu la... cermin mata tu. Nanti nak cari tempat duduk tak nampak lak. Hee...



Noi : "Makluman semua....Siapa yg tidur saya ambil gambar dia dlm keadaan yg pa....ling cantik"


Julia & Arnie



Shikin & Hana

Senyum sokmo - Roslina


Best friend : Noi & Sook Yee


Ainoor & Rohamiah



Ibu & anak : K.Farah & Faizuddin

Nora & Helen

Wajah ayu seorang isteri - Nurul Huda

Sempat lagi posing - di R & R Machap

Sambung semula perjalanan, hmm..semua ceria

Antara wajah2 yg ceria : NG, Azmi & Us. Hamdi

Setelah agak lama travel & setelah berpusing2 mencari tempat penginapan kami - lebih kurang jam 8.30 malam, Alhamdulillah sampai juga kami ke tempat penginapan.


Sempat lagi posing sementara tunggu utk dinner. Masih ceria w/pun penat. Masing2 menunggu di mana akan ditempatkan.



Nape sugul je Fidah???? Sabor deh, kejap lagi kita makan...


Antara hadiah yang kami kumpulkan. Hadiah ni nanti akan ditukarkan mengikut no.cabutan.



Mak oiii... besarnya hadiah yg Sook Yee dapat.

Ni lah tempat penginapan Ambe, Rohamiah, Zanarita & Nor Maheran Sebuah rumah ni ada 2 bahagian. 1 bahagian ada 2 bilik ( hanya RM 100.00 ). Ok la kongsi 4 orang ( sorang hanya bayar RM 25.00 je ) tu.


Cantik ... sesuai le dgn harga yang kami bayar ( RM 25.00 seorang ).


Kerusi utk bersantai. Sebenarnya ada lg peralatan lain spt. TV & peti ais


Simple je...sesuai le dgn kos yg dikeluarkan.

Eh..eh.. tiba2 je ada jiran sebelah meluru masuk ke bahagian kami. Siap buat spot check lagi. Kot2 le bilik kami lebih baik drp bilik dia. Isk..isk..isk.. tak kusangka ada juga org yg macam tu... Sepatutnya kita harus terima seadanya berbaloi dengan kos yg dikeluarkan...Ya Allah jauhilah kami drp sifat HASAD & DENGKI SESAMA MANUSIA. Amin...


JUMAAT - 21 Mei 2010

Wajah KJ yg ceria...Pn.Farahdiba bt Md.Said

Nape la dgn Nizam ni...? Serius je...

Noor Hanizah,Noraini & Loo Sook Yee - Tak sabar2 nak ke UKM

"Niza...makan dulu la...lepas tu baru posing loo..."

Jom bergambar dulu...


"Lelong!! lelong!!!...sapa punya baju ni...??? Kot ye pun nak pergi UKM, jgn le.. tinggalkan baju ni..."

Sesi 1- UKM

Alhamdulillah , sampai juga akhirnya ke UKM.

Sempat lagi berposing kat Fakulti Pendidikan UKM

Masing2 menunggu taklimat...

Tim.Dekan Fakulti Pendidikan UKM - Dr. Nor Azah Bt Mohd Nordin

Pengurusan Seminar Yang Berkesan - Itulah taklimat yg.diberikan oleh Dr.Nor Azah kpd. kami. Ya Allah bertapa ceteknya ilmu Ambe bila mendengar taklimat yang disampaikan oleh beliau. Nampak gayanya jika nak sambung belajar kena buat persediaan yg cukup ni. Kalau tidak...sia2 je nampaknya. Banyak ilmu yg dikongsikan kpd kami. Kami juga didedahkan secara detail bagai mana hendak mengendalikan sesebuah seminar di peringkat Kebangsaan ataupun International.



Sebagai tanda terima kasih drp pihak JPA kpd Fakulti Pendidikan UKM yg sudi menerima kami sebagai tetamu mereka.



DALAM PERJALANAN KE TV3

Kot ye pun teringat kat Cik Abang...telefon je la. Jgn malu2 Pn. Rohamiah oiiii...



Aik...dengar ke???? Gelak je...Ni mesti nak perkenakan orang...hmmmm


Sesi 2 - TV3

Akhirnya... sampai jugak ke sini...


Masing2 menunggu jemputan drp pihak TV3.



Sementara menunggu Ally Iskandar tiba


Haaaaaa... sukanya mereka ni...


Ally Iskandar - kecil molek orangnya, friendly.
Memang sesuai menjadi perantara TV3





Eh..eh..Happynya K.Farah & Nizam...Dpt bergambar dgn Ally le katakan. Hee..


Sesi bergambar dgn Ally - Giliran ustaz2..


Berebut2 nak duduk kat sebelah Ally... - Unit Bahasa


Unit Agama


Tangan siapa ni ye..?

Ally meninggalkan kami setelah memberi taklimat secara ringkas mengenai bidang pengacaraan


Sebelum beredar, posing le dulu mana2 tempat yg sesuai


Ambe pun tumpang juga 2 kaki. Hee...


Isk..isk... malu la pulak. Hmmm...


Si Azmi ni pun sama...Alahai control hensom lak dia.


Nizam tel driver...Mana lah demo ni, tak sampai2 lagi..


CUKUP LA TU. DAH BANYAK GAMBAR DI UP LOAD KAT SINI.
NANTI ORANG BORING LAK... JUMPA LAGI.........


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails