Saturday, May 28, 2011

JOMMMMM.......

29 MEI 2011

Bersama anak2 melepaskan tension sekejap di Bukit Layang-Layang P.Gudang. Seronok bila lihat anak2 dengan cerianya berlari2 sambil bermain....

Di sini telah banyak perubahan yang berlaku sebenarnya...Ambe je yang kurang tahu...


Antara landskap yang menarik perhatian. Manakala nun jauh di bawah sana adalah tempat permainan bagi anak-anak. Jangan pulak mak/bapak budak yang ambik alih...hmmmm...tu pun ada jugak orang dewasa yang ambil kesempatan (cth; main kekuda- kekuda ke @ ada nama lain?, jongkang-jongkit ).




Airnya tenang.... Amat sesuai utk riadah bersama keluarga... bila habis satu tasik untuk pusing/joging... (sebenarnya berjalan aje) berpeluh satu badan. Berbaloi-baloi.... hmm...tak percaya?????? Cubalah!!! Kalau rasa nak mandi boleh jugak. Kalau tenggelam pandai2 lah selamatkan diri...



Ini satu lagi landskap yang menarik..tapi sayangnya kalau pergi lewat sikit...semua tempat telah 'ditempah''. Kadang-kadang yang duduk hanya seorang atau dua aje..tapi 'booking' sampai orang lain tidak boleh 'kacau'. Sebelum buat sesuatu tu, fikir -fikirkanlah orang lain sama ye...



Antara 'peminat' tepian tasik...



Sempat lagi santai....macam lepak kat rumah la pulak...


Kesiannya burung tu...tak ada kawan..
terbang le sekor2..


Ini je lah tempat riadah yang paling popular bagi kami kat sini.

Friday, May 20, 2011

PENATNYA.................

Rasa2nya kalau ikutkan perasaan, mahu pencen awal je. Agak2nya ada tak lagi option baru dalam Skim DH ni? Andai diberi pilihan pencen awal, Ambe adalah salah seorang di antaranya (agaknya la kot). Kenapa ek sampai terkeluar macam tu sekali....????????

Sebenarnya tugas seorang pendidik/guru/pensyarah atau apa sahaja nama yang diberikan dalam bidang pendidikan ini telah begitu jauh tersasar dari matlamat asalnya. Kalau dulu kita banyak tumpukan pada cara untuk mendidik pelajar, (dalam kelas terutamanya) tapi kini tugas mengajar/mendidik tu telah jatuh ke nombor berapa? Entahlah... Sebabnya banyak sangat tugas2 sampingan yang terpaksa dibuat. (pendapat peribadi sahaja ni, tak ada kena mengena denagan mana2 pihak sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia).

Kadangkala terpaksa utamakan tugas2 sampingan yang melampau2 melebihi tugas pendidik/guru yang sebenarnya. Ini menyebabkan bebanan tugas yang amat2 berat. Kalau tidak mampu melaksanakannya...faham2 lah sendiri.

Contohnya kalau seorang pensyarah diberikan tugas mengajar minimun 16 jam tapi jangan lupa ada yang melebihi 20 jam tau. Bagaimana mahu membuat persiapan P&P yang baik jika dibebani dengan tugas2 sampingan (yang sebahagiannya adalah tanggungjawab orang lain). Hidup sekarang hanya nak mengejar target/KPI/ apa sahaja namanya, menyebabkan masing2 berlumba2 untuk mengejar impian sendiri. Isk..isk..apa yang Ambe melalut ni... sebenarnya nak ceritakan benda lain.

Ok lah...minggu ni betul2 memenatkan...kadang2 stress...lepaskan geram kat anak2 di rumah (Kesiannya...dahlah masa dengan anak2 tu kurang). Bayangkan...pagi dalam pukul 7.30 pagi dah keluar hantar anak2 ke sekolah & tadika, lepas tu terus ke tempat kerja...tak jauh pun dalam 10 - 15 minit dah boleh sampai. Saja datang awal, sebab takut kelam kabut jika sampai betul2 pukul 8.00 pg (walau pun ramai yang buat begitu - mereka dapat rancang masa dengan baik tak apa), tapi kalau Ambe...tak boleh...kalau sampai lambat mesti kelam kabut punya...pegang itu tak kena, pegang ini tak kena... balik pulak dalam pukul 6.00 ptg atau lebih baru keluar dari pejabat (siapkan kerjalah konon - tapi tak habis2 jugak) Lepas tu nak ambik anak kat taska lagi. Sampai rumah dah hampir2 pukul 7.00 malam, nak hantar anak tuisyen lagi (kerja sekolah anak sendiri pun tak sempat nak tengok - mohon maaf cikgu2) hmmm...kena tambah ilmu pengurusan masa ni...

2 hari pergi seminar penyelidikan...rasa2nya Ambe salah pilih seminar kot...Faham2 sendirilah dalam 2 hari seminar hanya dapat sedikit sahaja input ( bukan salah penceramah tau, penceramah yang dipilih adalah orang2 yang hebat, tapi malangnya peserta yang datang tak hebat - Ambe la tu ). Kalau ada yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat Master & PhD memang bagus datang ke seminar ni.

Hari yang berikutnya masuk pejabat balik...aduh...banyaknya kena buat. Pagi mesyuarat... lepas tu ada taklimat CLO,PLO...lepas tu kena buat beberapa laporan... lepas tu...lepas tu... lepas tu.... akhirnya lepas tu kena buat jadual waktu...yang buat jadual kat jabatan induk ni pun satu...slot yang diberi agak sukar nak masukkan slot jabatan lain (jabatan yang tertentu aje ye bukan semua) . Memang pening...masa nak buat jadual pulak tak sampai 1 hari (banyak kerja lain nak kena buat). Dah..kena sambung hari cuti...(makkkkkkkk....kena korbankan cuti hujung minggu). Ambe tahu ada yang kurang senang cuti hujung minggu dicuit, tapi nak buat macam mana, tugas kena siapkan. Kalau tidak orang lain tak boleh buat jika kita tak habiskan....maaf le Ita, Ayu... sebab Ambe telah cuit cuti hujung minggu kalian...

Anak2 dah mula bising... kerja2 kat rumah tetap kena buat, kain baju nak dicuci... penatnya...........

Ya Allah, hamba berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, hamba berlindung padaMu dari kelemahan & kemalasan, hamba berlindung padaMu dari sikap pengecut & bakhil dan hamba berlindung padaMu dari cengkaman hutang & penindasan orang. Amin...amin...Ya Rabbal'alamin.

Thursday, May 5, 2011

HARI SUKAN & POTLUCK JPA



5 Mei 2011 - HARI SUKAN JPA


Tahniah kepada Biro Kebajikan JPA kerana berjaya menganjurkan Program Hari Sukan ni. Seronok sangat-sangat. Walaupun penat , permainan tetap diteruskan. Antara game yang berjaya dihabiskan hari ni adalah bola jaring (perempuan), futsal (lelaki), bola tampar (campur2), badminton (lelaki & perempuan), ping pong (lelaki & perempuan), congkak (perempuan), dam ular (perempuan), baling tin (sebenarnya baling cawan guna bola sebab tin tak ada), ceper dan bola tampar.


Permainan Bola Jaring:

NorMaheran & Poogan (org kuat Team B)


Arnie Chiah Liling ( Susah nak kawal dia ni)


Mimi Aineen
(satu2nya pengadil yg menggunakan payung ketika bertugas)


Jay,Fatin & Poogan
(tak sabor menyerang pasukan lawan masing2)


Ainun Juhariah
(Awal2 lagi dah pancit. kakinya krem, kasihan kat dia, berjalan terhenjut2, sukan punya pasalkan)


Inilah juaranya (Team A ), TAHNIAH diucapkan. Team B jangan putus asa, tahun depan kita lawan lagi...


Team B, walau kalah tetap senyum...ala..bermain ni hanya untuk suka2 je... maklumlah kami semua ni bukannya pemain profesional pun. Hee.. saje2 asah bakat yang ada.


Sebahagian drp warga JPA mengabadikan kenangan.


Happyyyyyyyyyyy!!!!!!!!



Nurulhana, Siti Noraini, Norashikin & Arnie
Masing2 kepenatan selepas menghabiskan tenaga tadi.


Meja ping pong yang jadi mangsa...jangan lupa kemas pulak tu...


Aini,Hana & Zarimah
Air secawan!!!
Ala...tak sangka la pula, ada pengawal .


Permainan Congkak:

Papan Congkak


Awal2 lagi dah kalah dengan si Farha ni... ape nak buat...bukan rezeki Ambe..


Rafidah & Shah Rulbani


Tengok tu.. macam mana gaya juara bertahan main congkak.



Permainan Ping Pong:

Parahsakthi & Poogan


Permainan Dam Ular:

Khusyuknya "MENGULAR". Hee...


Permainan Dam Haji:

Aksi Juara (Jay) & Naib Juara (Nurul Hana) Dam Haji.


Permainan Baling Tin:

Mohd Hafeez...Satu2nya wakil lelaki dalam permainan baling tin. Nape boleh jatuh ni Hafezz???? Itulah....lain kali jangan nak menyakat orang...


Permainan Ceper:

Sanggup beli 5 botol air semata2 nak ambil tutup botol utk digunakan bagi permainan CEPER. Khusyuk betul la demo2 ni..



6 Mei 2011 _ POTLUCK JPA


Masing2 sudah bersetuju untuk membuat potluck. Ambe memang tabik pada warga JPA ni, kalau bab makan masing2 sanggup bersusahpayah menjayakannya. TAHNIAH KEPADA WARGA JPA .



Tengok je si Dina tu, Ambe rasalah kalau dia yang asah pisau tu, memang tak tajam. Tunggu je la...Hee..jangan marah...gurau je...

Kaum lelaki warga JPA telah pupus. Ini je la yang masih ada kat JPA ni.


Hmmm...sempat lagi berposing...Cepat2 la wei....tak sabar dah ni. Dari tadi tahan perut...


Sedapnya...


Antara menu yang ada... Bagi mana2 staf yang tidak ada pada hari ni jangan jeles ye...jemputlah cuci mata. Heee...


Ambe panggil kuih ni "Lompat Tikam". Ntah la..kat mana dapat nama ni.



Antara pencuci mulut... Banyak lagi gambar2 yang lain sebenarnya... tapi banyak sangat nak uplod kat sini. Selebihnya tengok je kat FB ye...


Fatin...hang nak buat apa dengan pisang tu????


Hmmm.. Orang sibuk nak sediakan makanan, depa ni pulak sibuk posing.

Sabar menunggu....


Jay @ Rosmawati Mohd Amir (pengacara majlis - macam penyanyi pulak AMbe tengok )

Majlis dah sampai ke penghujungnya...Sesi penyampaian hadiah kepada Fatin Nabilah btAbdul Wahid - Pelajar USIM yang menjalani praktikal di Jab.Peng.Am.


Khusyuknye demo ni menjamu selera.


Eh..tak leh jadi ni... semua menjamu selera. Ambe pun nak join gak. Bye!!!!!!!!!!

Sunday, May 1, 2011

GELAGAT KANAK2 TADIKA AT-TAUFIQ











SANTAI.......



1 MEI 2011 - HUTAN BANDAR JB

Sebelum tu, Ambe ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada anda semua. Semua ada tugas & tanggungjawab masing2. Kadangkala terfikir juga, jika surirumah bercuti rehat tentu anak2 terpaksa cari makan sendiri kan.. hee... hee...



Sungguh ceria "mereka"ni semua


Sempena cuti umum hari ni, Ambe membawa anak2 "bercuti" ke TAman Hutan Bandar. Asalnya nak balik kampung bila cuti kali ni..tapi atas sebab2 yg tertentu, terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir. Anak2 dah mula mogok...terpaksa cari jalan untuk "merawat luka". Paksa suami ambil cuti semata2 untuk bawa anak2 "makan angin". Hee...tu dia...makan angin kat mana tu??????? Kat mana lagi...kat sini je... HUTAN BANDAR.



Tengok le...bukan hanya "manusia" je yang datang kat sini, tapi dinasour pun suka tempat ni.



Inilah tempat rehlah yang boleh Ambe & anak2 bersantai. Nak pergi ke tempat yang jauh sikit...tak larat pulak bila tengok jalan 'jam' memanjang. Sebenarnya di Johor ni banyak tempat2 peranginan yang menarik, terpulang kepada individu sama ada nak pergi atau sebaliknya. Bak kata pepatah "kalau hendak seribu daya, tapi kalau tak nak tu macam2 alasan yang dicari. Termasuk lah Ambe ni hah....



Along & Arif sungguh seronok.
Aksi apa lagi yang mereka nak cuba ni????



Macam2 aksi...



Gunasebaik mungkin peluang yang ada.




Hmmm...Dah tak ingat dunia....bila jumpa air.

Saturday, April 16, 2011

IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG





16 April 2011 - Bertempat di Sek. Keb. Kota Masai

Kejayaan pelajar bukan hanya bergantung kepada guru-guru/ pensyarah-pensyarah/ warga pendidik sahaja, akan tetapi ibu bapa/keluarga turut sama memainkan peranan bagi membentuk anak-anak yang cemerlang. Perhatian dan sokongan ibu bapa mampu memberi semangat kepada mereka. Sehubungan dengan itulah maka, pihak sekolah bersama PIBG mengadakan Program Motivasi Peningkatan Keibubapaan.

Sebelum Hari Program:

Along: "Umi, esok semua ibubapa Tahun 6 SKKM dikehendaki datang ke Program Motivasi Peningkatan Keibubapaan". Ambe: "Ada surat tak? atau saje-saje ni!!!. Along: "surat tak de!!!.(Hee...bukan apa nak kan kepastian je...) Ambe: "Kalau Umi tak pergi, boleh tak? (sebenarnya memang nak pergi pun...). Malam terus SMS guru kelas tanyakan pasal program tu...Terima kasih Cikgu Rohaniza, kerana berikan maklumat yang detail pasal program tu. Maklumlah bila surat tak sampai kat tangan ibu bapa (mungkin along yang hilangkan) agak sukar sikit untuk mendapatkan maklumat mengenainya...


CARA MENGENALI ANAK ANDA:


Marilah kita sama-sama membuat semakan...
  • Apakah watak kartun/ warna/ makanan/ hobi kegemaran anak kita?
  • Apakah perkara yang dia suka/ tidak suka?
  • Bagaimanakah keadaannya apabila dia berperangai baik/ nakal?
  • Apakah kelebihan/ kelemahannya?
  • Siapakah yang paling mudah berbicara dan memahaminya?
  • Bagaimanakah kita tahu sama ada anak kita gembira/ sedih?
Apakah keputusan yang kita dapat? Jika kita gagal menjawab sebahagian besar daripada soalan-soalan di atas, kita perlu berbuat sesuatu dengan segera. Mengenali anak kita dengan lebih baik adalah langkah pertama yang penting bagi memastikan kita berjaya memupuk kebolehan dan potensi anak kita.


HARAPAN YANG TINGGI

Apakah yang kita inginkan daripada anak kita?
  • Cuba bandingkan harapan kita terhadap anak kita dan harapan kita sendiri.
  • Senaraikan 5 perkara yang kita inginkan daripada anak kita, kemudian tanya anak kita: "Jika ibu seorang ahli silap mata yang boleh mengabulkan 3 permintaan, apakah yang kamu inginkan?" Senaraikan permintaannya...
Bandingkan dua senarai ini, kita akan dapati dunia anak kita dan dunia kita amat jauh berbeza. Mereka akan memberikan reaksi dan mengharapkan perkara yang berbeza dari dunia ini.


Mana-mana ibu bapa yang tidak hadir dalam program ini memang rugi besar (mungkin mereka ada urusan lain/halangan). Masing-masing ada t/jawab sendiri kan... Alhamdulillah Ambe diberi kesempatan waktu untuk hadir. Inilah tajuknya.


Hebatnya bila tengok tajuk...


Penceramahnya: En Ishak bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena Alang Ishak Alang Ahmad, merupakan Pengerusi Keusahawanan UTM dan juga seorang kaunselor yang hebat. Seronok mendengar celoteh beliau yang mana beliau menyampaikannya dalam keadaan yang santai, rasanya kursus ini terlalu singkat bagi kami. Banyak input yang diberi untuk diamalkan. Hanya terpulang kepada peserta sama ada mahu praktikkannya atau tidak.

Alang Ishak Alang Ahmad

Di sini saya kongsikan apa yang telah disentuh dalam modul ini. Di antara isi kandungannya ialah:

salah satu slide yg dipaparkan...

  • 10 langkah menjadi ibu bapa terhebat
  • Ibu bapa derhaka
  • Mendidik anak
  • Strategi '7S" ibu bapa hebat anak cemerlang
  • Perundingan keluarga
  • Petua mengekalkan ingatan
  • Modul semak dan selak

10 LANGKAH MENJADI IBUBAPA TERHEBAT
  • Sayangi Agama - Ini adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan kita kerana agama adalah panduan utama dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Jangan sesekali membelakangkan agama, semata-mata mahu memenuhi hawa nafsu kita.
  • Sayangi anak - Setiap ibubapa perlu menyayangi anak masing -masing , penuhi keperluan anak-anak (keperluan fizikal & emosi/kerohanian). Peluklah anak ketika tidur jika boleh setiap malam.
  • Sayangi pasangan - Suami isteri perlu sama-sama menjalankan t/jawab masing-masing. Tidak boleh menyerahkan t/jawab mengurus & mendidik anak hanya pada pasangan semata-mata, kerana suami & isteri mempunyai t/jwbnya tersendiri ( 1/3 bapa, 1/3 ibu & 1/3 guru).
  • Sayangi ibu bapa - Perlu menyayangi & mendapat restu/redha dari ibu bapa. Setiap tindakan yang kita lakukan jika mendapat keredhaan ibubapa maka semua urusan yang kita buat akan mendapat keredhaan dari Allah.
  • Sayangi rumah - Walau sesibuk manapun mencari rezeki, kita perlu tetap pulang ke rumah. Pastikan keluarga dalam keadaan yang baik dan memenuhi keperluan2 yang sepatutnya dimiliki oleh keluarga.
  • Sayangi jiran - perlu menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran kerana sekiranya berlaku sesuatu/masalah kepada kita, jiran-jiran tidak akan berdiam diri.
  • Sayangi rakan & kerjaya - bina kerjaya yang baik serta mewujudkan hubungan yang baik sesama rakan sekerja, tidak menimbulkan perasaan iri hati antara satu sama lain, elakkan dari bersifat sombong & tinggi diri dan lain-lain lagi sifat2 yang negatif.
  • Sayangi ilmu - sentiasa mencari ilmu selagi hayat dikandung badan. Ilmu tidak pernah cukup (makin kita cari ilmu, makin banyak lagi yang perlu dipelajari). - kadangkala makin belajar mengenai sesuatu perkara, makin banyak kita merasa kekurangannya.
  • Sayangi usia - Perlu pandai merebut peluang. Usia yang ada tidak perlu disia-siakan. Gunakan usia yang ada dengan melakukan ibadat dan juga amalan @ perbuatan yang bermanfaat/ peluang peniagaan dan sebagainya.

IBU BAPA DERHAKA

Kita tidak boleh menjadi ibu bapa yang "sempurna". Kita hanya boleh menjadi ibu bapa yang terbaik mungkin dengan asuhan yang seimbang. Untuk menjadi ibu bapa yang baik, kita perlu arif dalam menangani karenah anak2.
  • Sebut nama anak - Elakkan menyebut nama2 yg tidak elok.
  • Adab - jaga perkataan2 yang akan disebut. Elakkan menyebut perkataan2 yg negatif. Kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu dan bapa itu adalah doa. Jika ibubapa menyebut perkataan2 yang negatif (cth. bodoh, pemalas, jahat dll), itu bermakna ibubapa mendoakan anaknya menjadi seorang yang bodoh, pemalas dan jahat.
  • Sekolah - pendidikan adalah salah satu dari t/jawab yang perlu diberikan kepada anak2.
  • Makanan - berilah makanan yang halal dan terbaik untuk anak2.

MENDIDIK ANAK
  • 70% Pendidikan anak2 adalah t/jawab ibu bapa - membina watak anak2. Ini bermakna pendidikan yang diberi di rumah lebih banyak mempengaruhi tingkahlaku anak2.
  • 30% Pendidikan secara formal diberikan oleh pihak sekolah - membina otak. Guru2 hanya membantu ibubapa dalam memberi pendidikan tambahan terutama ilmu2 yang diajar di sekolah .

STRATEGI '7S' IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG
  • Sayang menyayangi antara satu sama lain.
  • Sekatan dan sukatan (bagaimana cara) - jika memberi kebebasan pada anak2, perlu melihat setakat mana batasannya. Pastikan anak tahu apa yang boleh dan tidak boleh lakukan. Cth: boleh pergi ke taman permainan tapi mesti balik sebelum maghrib.
  • Study dengan cara bijak - Paling penting cara pembelajaran yang diamalkan. Setiap anak, masing2 ada caranya sendiri. Sebaik2nya waktu belajar bermula pukul 8 malam.
  • Santai bersama keluarga - Jalankan aktiviti2 yang sesuai dilakukan bersama2 dengan keluarga. Sekali sekala pergilah bercuti bersama keluarga. Melalui aktiviti2 yang dilakukan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.
  • Semaikan bakat kepimpinan - Memberi anak2 sedikit t/jawab di rumah. Cth. anak yang sulung perlu menjaga adik2 dan perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Ibubapa boleh memilih kerjaya berdasarkan bakat anak2.
  • Sumbangan kepada masyarakat - Bawa anak2 turut menyertai aktiviti2 bersama masyarakat. cthnya bawa anak2 ke rumah orang2 tua, pusat serenti, lawatan ke penjara dan lain2 tempat yang boleh memberi pengajaran yang berguna pada anak2.
  • Serahkan kepada Tuhan - akhir sekali, setelah kita telah berusaha dengan sedaya upaya untuk membentuk anak2 supaya menjadi anak2 yang soleh, cemerlang di dunia akhirat. Jangan lupa kita berserah & bertawakkal kepada Allah. Jangan hanya tawakkal sahaja tanpa berusaha ( itu dah salah konsep tu).

PERUNDINGAN KELUARGA

  • Buka hati - ibu bapa perlu mencari masa yang sesuai dan duduk bersama dengan anak2, luahkan segala masalah/ perasaan yang tidak puas hati di antara ahli keluarga dan cuba mengatasinya. Pada ketika ini, buangkan semua ego yang ada, kerana tujuan sesi ini adalah untuk membuang segala perasaan tidak puashati dikalangan ahli keluarga bagi membina sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang.
  • Tawar menawar - ibu bapa perlu ada sikap tawar menawar dengan anak2. Cthnya. "Along boleh tengok tv tapi dengan syarat kemas dulu bilik Along ni". "Adik boleh beli buku cerita tapi dengan syarat buku cerita dalam Bahasa Inggeris".
  • Waktu strategik - Cari masa yang sesuai / berkualiti / tenang untuk memberi nasihat & semangat pada anak2. Cthnya; ketika waktu makan, hantar anak ke sekolah & lain2.
  • Berkorban - ibu bapa perlu berkorban untuk menjadikan anak2 cermerlang. Cthnya; jangan kedekut untuk mengeluarkan belanja bagi membeli keperluan pelajaran anak2.
  • Mencari bintang kesayangan - Setiap anak ada keistimewaan masing-masing. Cthnya..mungkin anak kita kurang pandai dalam pelajaran tapi dia berbakat dalam bidang lukisan, sukan dan sebaginya. Ibu bapa pastikan apakah bakat yang ada pada anak (mungkin Juara Pesta Pantun, Juara Pidato, Juara Berserita, Juara Sukan dll).
  • Merenjis air mawar - Berikan pujian & penghargaan . Jangan berat mulut untuk menyebut perkataan "terima kasih, bagus, pandai, usaha lagi, bertuah"dan lain2 . Sebut dengan jelas kejayaan/kebaikan yang telah mereka lakukan. Sentuh hati mereka dengan cara menceritakan kisah2 sejarah tentang perjuangan2 nabi/tokoh2 ilmuan yang berjaya dan jangan lupa ingatkan mereka tentang pentingnya sifat keikhlasan dalam diri anak2. Biasakan dengan mengadakan jamuan (walaupun kecil) untuk meraikan bersama ahli keluarga.
  • Memaksimakan potensi - ibu bapa perlu melihat /mengenali potensi/bakat (minat @ kesukaan) yang ada pada anak & bantu mereka untuk mengembangkan lagi potensi dari sudut ilmu, kemahiran, pengalaman, kecemerlangan dan ketangkasan yang ada pada mereka.

PETUA MENGEKALKAN INGATAN
  • Amalkan ilmu dalam masa 48 jam.
  • Jangan labelkan diri pelupa
  • Menyebut sesuatu perkara itu , 3 kali secara bersuara
  • Apa yang dilakukan secara praktikal/amalan
  • Makan makanan yang boleh menguatkan ingatan.
  • Otak memerlukan oksigen yang cukup.

MODUL SEMAK DAN SELAK
  • Namakan anak - Semak nama anak (cara panggilan nama memberi makna yang baik @sebaliknya)
  • Tingkahlaku - Semak tingkahlaku anak, jika ada yang buruk/negatif cuba perbaiki dengan kadar segera.
  • Sakhsiah diri - semak solat anak2 betul @ sebaliknya, kehadiran ke sekolah, pergaulan dengan kawannya dan lain2.
  • Kemahiran belajar - Selak cara anak2 belajar.
  • Selak bag - Apa isi kandungan yang ada dalam beg sekolah? Keluarkan semua barang2 dalam beg sekolah.
  • Semak Jadual Belajar
  • Selak buku latihan - jika ada latihan yang tidak dihabiskan, tanya guru & kawan2nya ( cuba dalam tempoh 1 bulan secara berterusan - tengok hasilnya).
  • Semak aktiviti harian - Sekolah harian, sekolah agama, riadah, mengaji al-Quran, menonton TV.

JOM SAMA-SAMA BERUBAH:
  • Ubah amalan biasa ; KEBIASAAN - AMALAN - BUDAYA
  • Ubah emosi ; EMOSI - TINDAKAN - PRAKTIK
  • Ubah keperluan dan suasana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails