Wednesday, October 19, 2011

Gara-Gara Keretapi

Bila tengok surat pergi Bengkel Kurikulum ke Penang, fikiran mula risau. Kali ni bukan Ambe sorang yang terlibat dr PJB, tp termasuk Dina, K.Farah, Rohamiah dan juga Julia. Rasa2nya setakat ni tak pernah lagi fikiran bercelaru seperti ini. Fuhhh... kelam kabut gila... masing2 tertanya2.. nak pergi macam mana? nak naik apa? kereta? bas? flight? keretapi? mana satu? Kalau kereta...kereta siapa? siapa sanggup nak memandu? larat ke nak memandu jauh2 macam tu?

Masing2 buat penilaian....

Kalau naik flight cepat sampai... tp harganya mahal... cukup ke bajet? (ala tau2 je la... awal2 bulan ni.. hee..) timbul persoalan nak naik siang ke malam? Kalau malam murah sikit...tp siapa yang nak hantar ke airport? Kalau siang mahal sikit... tengok dulu cara lain kot ada...

Kalau naik bas lambat jugak sampai?... Duduk je... tak leh jalan2 dlm bas.... (pernah naik bas pergi Perlis... bertolak malam tapi sampai petang esoknya... sebab bas rosak... serik rasanya...)

Kalau naik kereta... kereta siapa? 5 orang tu... nak jalan jauh mungkin perlu 2 buah kereta. Ada yang tak sanggup drive...

Hmmm... pilihan seterusnya... Ambe punya pendapat la... ala...susah2 sangat naik keretapi la... boleh tak? rehat sikit (konon) sambil menanda kertas... lagipun... Ambe tak pernah naik keretapi... kalau jadi.. ni la kali pertama Ambe naik keretapi jauh2 seumur hidup ni..(teruk kan????) Masa ni la Ame dok tengok masing2 berkerut2 muka sambil memikir... Isk...isk.. lama dok mikir. Akhirnya... K.Farah: Ok gak naik keretapi...try..., Dina : isk..isk.. penat tu.... tak ada cara lain ke? Kalau semua setuju saya ikut je... Yah : Yah ikut je..., Julia: saya nak naik flight... penatlah duk dalam keretapi....

OK... Keputusan dah dapat.... pergi penang naik keretapi...... balik pulak dengan flight... JENG... JENG...JENG....

Inilah kenderaanya..


Ini lah ceritanya...

Malam sebelum bertolak... "K.Wan.... aku tak jadi gi la... Anas demam... menangis dok berenti ni... bimbang la jugok nok tinggal". Itu lah kata2 dr Dina.... "tak pe lah... keluarga lebih penting dalam saat cam gini. Kalau jadi apa2 kat keluarga menyesal tak sudah kita"... tak gitu kengkawan???

Esoknya.... Ambe turun dari rumah pukul 6.00 pg, sampai kat kompleks P.Gudang ambik teksi pukul 6.30 & sampai kat JB Central tepat pukul 7.00 pg. Alahai driver teksi ni pulak turunkan Ambe kat Stesen KTM yang lama... tak pe la... bukan jauh pun JB Central tu... lagipun awal lagi.

Maka tunggulah kat situ... tak sabar ni... nak rasa keseronokan naik keretapi. Hmm.. macam budak2 lak. Hahaha...

Mula bertolak pukul 8.50 pg....

Bila dah separuh perjalanan mula rasa boring... ingatkan bila sampai kat mana stesen yang disinggah boleh la turun... rupa2nya tak... lagilah rasa boring... hmmm..... dah mula rasa menyesal. Dah jenuh jalan2 kat dalam ni ha... Tapi pujuk hati... ada hikmahnya ni, kenapa Allah gerakkan hati naik keretapi ni... terimalah dengan redha... sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan... Pukul 3.00 petang baru samapai kat KL Central....

Kami teruskan perjalanan... dalam pukul 8.00 malam .... Ambe terdengar suara seorang pegawai yang bercakap melalui walkie talkie "... ada tanah runtuh kat Behrang... tak boleh bergerak dulu... mungkin tunggu dalam pukul 9.00 baru bergerak setelah selesai kerja2 pembersihan tanah runtuh... " Alamak!!!!! pukul berapa ni baru sampai Butterworth????? Hmmm... sambil2 menunggu, kami sempat jugak la (terlebih sempat sebenarnya...) makan2...


Senyum???? Dalam hati... Allah saja yang tau... heee..


makan... jangan tak makan...


Akhirnya 12.10 am, sampai di Butterworth. Jauh jugak rupanya. Feri dah tiada waktu ni... terpaksalah naik teksi...
Bila tanya berapa harga ke Hydro Hotel? RM 80.00. Fuhhhh... setelah berbincang dgn K.Farah & Yah... ok lah...

Dan pukul 1.00 am lebih, barulah sampai ke sini....


Hydro Hotel.... hmmm.... kau sungguh mencabar kami...


sampai je... terus landing


amat sesuai bawak family, bilik di sini memang luas...


Pantai Feringgi memang cantik...
terfikir ketika ni, kalau semua keluarga ada... alangkah syoknya...


Tercapai jugak hajat K.Farah ke pantai.


Pantai di sini memang banyak batu...


Hari 1, tempat beli jeruk kat kedai Pak Ali


walau penat travel, kerja tetap kena teruskan


masing2 tau tugas sendiri, sambil2 makan kuaci


bersama pensyarah pakar yg jadi penyemak


syoknya makan kuaci..


"sape yg nak kuaci ni ambik la ye..."
macam la kuaci hak Ambe.



Us.Azli berbaju hijau (..Allah... tagline yg biasa keluar dr mulutnya a/bila ada member2 yg perkenakannya)


sedang kusyuk selesaikan saki baki kerja yg belum siap


Us. Azli & Us. Yusni... seriusnya... apa yg dibincangkan tu????


senyum... dah dapat keputusan agaknya


"Alhamdulillah!! sudah siap yg ni..."


Us.Yusni : "Bersedia la semua utk orientasi kurikulum nanti ye..."


Sembang apa la pulak ni...

Tapi ketika ni kami semua (Ambe, K.Farah & Yah) sudah pun sampai di JB.


Ambe mengucapkan jutaan terima kpd semua yg ambilalih tugas mengasuh dan menjaga anak2 Ambe setiap kali Ambe "outstation" terutama: 1. Suami (Azhar B.Arifin) yang sanggup berkorban masa & tenaga 2. Keluarga yang sentiasa memberi sokongan & Kawan2 seperjuangan yang banyak membantu. 3. Semua mama di Taska Nur Fitrah yg menjaga Along & Angah 4. Semua ustazah di Tadika & Taska At-Taufiq yang mengajar & menjaga Firdaus


SESUNGGUHNYA JASA2 KALIAN MEMANG TAK DAPAT AMBE BALAS. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN GANJARAN YANG TAK TERHINGGA KEPADA KALIAN SEMUA. SESUNGGUHNYA AMBE AMAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA DAPAT MENGENALI & BERSAMA2 DENGAN KALIAN DI DUNIA INI. HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA.


AMBE DOAKAN :
" YA ALLAH! KAU MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, YA ALLAH! KAU RAHMATILAH HIDUP MEREKA, YA ALLAH!, KAU MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA & YA ALLAH! KAU JAUHI MEREKA DARI SEGALA PERKARA YANG BOLEH MEMUDARATKAN MEREKA, YA ALLAH! KAU RAHMATILAH HUBUNGAN SIRATULRAHIM ANTARA KAMI INI. AMIN... YA RABBA 'ALAMIN...

Saturday, September 24, 2011

Bengkel Semak Semula Kurikulum

21 - 23 SEPTEMBER 2011
- ALLSON HOTEL NILAI



Teraju utama Transformasi kurikulum PI,PM & tamadun
Us.Mohd Azli B.Adnan & Hj.Muhd Nasir B.Zain


Ini pulak tauke TITAS
Ustz. Asmahan Mokhtar & Ustz. Junnaini Johan


"Cam ne lah penerimaan member2 bila silibus ni digunakan nanti..."
... hanya suka kerja2 di belakang tabir je...


Ala kesiannya.... melepaskan penat "memerah otak" jap...
Ustzh Nor Azmin Mohamad Salleh


"Isk..isk..isk.. mesej kat sape lak tu..."
Engku Razinawaty Engku Chik


Tekunnya Siti Maryam ni...
"terlalu berhati2... sampai pening member2 yang lain". Heee...


Belakang Kiri:
Siti Maryam (PUO), Noraini (PTSB), Dina (PJB),
Nor Azmin (PSA), Wan Zakiah (PJB), Junnaini (PSA), Asmahan (PSAS), Engku Razinawaty (PKB), Farahdiba (PJB)
Depan kiri :
Hj. Muhd Nasir (POLIMAS), Mohd Azli (PSIS),
Kamaruddin (PSA)

Friday, September 16, 2011

FESTIVAL KESENIAN ISLAM

15 SEPTEMBER 2011
POLITEKNIK JOHOR BAHRU


Banner - simple je tapi menarik (bagi Ambe le)


Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama dengan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Festival Kesenian Islam Politeknik 2011 peringkat zon selatan. Tema festival yang diadakan kali kedua ini ialah Transformasi ke arah Kecemerlangan.

Peserta yang mengambil bahagian dalam festival ini, selain daripada Politeknik Johor Bahru (PJB) adalah Politeknik Merlimau (PMM) , Politeknik Melaka (PM), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Mersing (PMJ) dan Politeknik Nilai.Dalam festival kali ini, sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu pertandingan azan, nasyid, syair dalam Bahasa Arab dan bercerita dalam Bahasa Inggeris .


Pentas pertandingan Azan & Syair Arab (Cantik tak???)


Gaya seorang Muazin


Peserta2 azan bersama dengan hakim


Bagi acara syair pula peserta dikehendaki untuk mendeklamasikan sajak 20 hingga 30 baris yang berasaskan tema.

Peserta2 Syair, pensyarah pengiring & hakim

Johan
syair Bahasa Arab: Suriani Binti Ab. Rani (Politeknik Johor Bahru), Naib Johan : Nik Farhana Binti Muhamad (Politeknik Merlimau), Tempat ketiga : Siti Aisyah Sakinah Binti Azman ( Politeknik Port Dickson)


Jasa2 hakim yg memberi sumbangan dalam FKI tidak dapat kami membalasnya.


Sempat lagi posing...

Sebahagian daripada pensyarah yang bertugas pada hari tersebut. Alhamdulillah, wakil dr PJB menjadi juara kali ini. Semua tersenyum kerana PJB dapat meneruskan perjuangan ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Politeknik Port Dickson pada Oktober nanti.


Pentas Pertandingan Bercerita & Nasyid

Pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Cerita yang dipersembahkan hendaklah tentang sirah nabi-nabi. Acara ini terbahagi kepada 2 kategori: lelaki dan perempuan.


Peserta2 "Bercerita", pensyarah pengiring & hakim

Sedikit Info mengenai Pertandingan Nasyid:

Acara nasyid, setiap kumpulan dikehendaki mendendangkan satu lagu yang berunsurkan tema dan satu lagu pilihan yang berunsurkan nilai murni Islam, erti keimanan, patriotik atau keagamaan. Iringan muzik dipersembahkan secara live dengan penggunaan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo dan darbuka.


Kumpulan Mirwah (PJB)


Kumpulan Nur Al-Amin ( PM)


Kumpulan D'Sufi (PPD)


Kumpulan ????? (PMJ)
- sory la ye.. lupa pulak nama kumpulan...


Johan :Kumpulan Nur Al-Amin (Politeknik Merlimau), Naib johan : Kumpulan D’ Sufi (Politeknik Port Dickson) & Tempat ketiga : Kumpulan Mirwah (Politeknik Johor Bahru).



Ustaz Mohd Hamdi Yaacob sedang membaca doa
ketika Majlis Perasmian Penutup FKI



Majlis Perasmian Penutup Festival Kesenian Islam ini telah disempurnakan oleh Datuk Haji Mohlis bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Datuk Haji Mohlis bin Jaafar
menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Sebahagian drp penonton yang hadir.


LEPAS NI ADA BEBERPA PROGRAM LAGI YANG SEDANG MENUNGGU...

Selagi kita berpegang kepada:

SAYA YANG MENURUT PERINTAH


Selagi itulah kita perlu melaksanakan setiap tugas yang diberikan.


Marilah kita sama2 berjuang dengan niat yang ikhlas, bukan kerana mengharapkan ganjaran semata-mata.

Tuesday, July 26, 2011

HARI KOMUNITI JALAN MANGGA

23 - 24 Julai 2011 : Taman Permainan Jalan Mangga

KRT Jalan Mangga telah menganjurkan 1 program bagi merapatkan hubungan di antara ahli2nya di Jalan Mangga. Walaupun kehadiran penduduk yang datang kurang memberangsangkan, tetapi suasana tetap meriah.

Riadah 1 Komuniti - itulah tema yang diberi.

Namanya riadah kan... tentulah semua acara ada kaitan dengan riadah...


Sesi Pendaftaran
Ramai yang mengambil bahagian

Antara acara yang dipertandingkan:
  • Acara Golongan kanak2:
- Mewarna
- Tiup belon (ni yg biasa la - tiup belon sampai pecah)
- Kaki belon (belon diikat di kaki - Peserta perlu mempertahankan belon , pastikan peserta lain tidak dapat memijak belon yang diikat di kaki tersebut).
- Pancing botol
- Bawa bola pingpong dalam sudu
- Ayam bertelur
- Panjat tiang licin
- Lari dalam guni

Acara Golongan Dewasa
- Terompah gergasi
- Tarik upih
- Hantu makan bola
- Tarik tali
- Panjat tiang licin
- Gusti lengan

AJK sedang bertungkus lumus



Memanaskan badan melalui senamrobik
sebelum meneruskan pertandingan


Tak sangka "Along" dah masuk alam dewasa


Masing2 memberi sokongan yg padu
kpd peserta yang mengambil bahagian


Terompah gergasi, hmmm.. susahhhhh...


kiri...kanan...kiri...kanan...


Cepat...Alongggggg... cepat....



Firdaus sedang tunggu giliran...


"Isk... aku boleh jadi juara ke?"
Antara yg berjaya di peringkat saringan




Kenal tak ni?

Teringat zaman kanak2 dulu. Inilah antara permainan yang sering dilakukan oleh Ambe dan kawan2 semasa zaman kanak2 dulu. Tarik upih... hmmm... upih pinang... mana nak cari lagi di zaman moden ni???? Kesian pada anak2 zaman sekarang , banyak permainan tradisional yg mereka tak tahu...


Tak sabar nak tarik...


Hmmm.... Semuanya golongan veteran.


Mak oi... lajunya... dah patah balik???????


"Bersediaaaa.... mulaaaaaaaa!!!!!!!"


"Kenapa hang lari laju sangat ????


Bersiap sedia utk "makan" bola



Makannn.. jangan tegok je...


Dah makan kena "muntah"kan semula


Macam mana cara permainan hantu makan bola?

Jom sama2 kita saksikan....




Sebenarnya banyak lagi permainan... tapi sayang... tak rakam... bateri habisss... huk..huk...huk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails