Sunday, October 25, 2009

KARNIVAL KECEMERLANGAN POLITEKNIK ( 2 )

Majlis Perasmian Karnival Kecemerlangan Politeknik 2009 & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Politeknik Dengan Universiti dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato' Seri Khalid Nordin.






Inilah orang penting ketika sesi menyambut tetamu. Tugas yang dilaksanakan secara bidan terjun. Siapa lagi kalau bukan Ainoor Mahfuzah (baju oren ) serta gengnya. Kesian kat depa2 ni, dah le sebelum majlis bertungkus lumus dengan menghantar kad jemputan , semasa majlis pun terpaksa sambung tugas lain pulak. Tak pe lah Ainoor, ini adalah tanggungjawab kita sebagai penjawat awam. Di mana sahaja kita berada, jika dipanggil bertugas terpaksalah kita akur...






Ini pulak Pn. Eliza, Ketua Unit Peperiksaan PJB, sedang sibuk menyemak senarai kehadiran tetamu dan dalam masa yang sama merangkap urusetia dalam majlis ni."Siapa lagi yang belum daftar ni... Majlis kejap lagi dah nak mula..."




Suasana mula kelam kabut sebab tetamu sudah sampai.





Banyak lagi kerusi kosong. Biasa lah mana-mana majlis yang diadakan jika tetamu belum sampai, terpaksalah diisi dengan pegawai / staf tuan rumah. Hee...hee... Bila tetamu sampai, maka kembalilah semula ke tempat asal.





Ucapan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik.





Ucapan Perasmian Menteri Pengajian Tinggi.




Wartawan merakam proses menandatangani memorandum.




Senarai Penerima Watikah. Mereka adalah dari wakil-wakil industri atau syarikat serta hotel yang banyak menyumbang bakti kepada PJB. Ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap mereka. Jangan lupa orang yang berada di hujung sekali samada di sebelah kiri (Us.Mohd Zohdi - Jab.Peng.Am) atau kanan (En Yusdi - Jab. Hospitaliti ) adalah warga PJB yang menjadi wakil kepada Penerima Watikah yang tidak hadir.





Majlis perasmian dan menandatangani memorandum sudah selesai.




Apabila ibu bertugas, maka anak-anak terpaksa diletakkan ditempat lain supaya tidak mengganggu majlis yang sedang berlangsung. Tempat yang menjadi perlindungan sementara adalah booth Kaunseling . Terima kasih banyak2 kepada pelajar - Hayati Al-Falah , kerana sudi melayan karenah anak-anak kami. Bukan senang dank mengawal mereka ni.






Antara cenderamata yang disediakan oleh booth-booth yang mengambil bahagian.













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails