Friday, July 31, 2009

SEKOLAH AGAMA KOTA MASAI

Ni le Sek.Agama Kota Masai tempat Muhammad Aiman & Muhammad 'Arif Farhan tuntut imu agama. Pihak sekolah menyewa tempat di ruangan rumah kedai dgn bayaran sewa RM 10.00 sebulan bagi seorang pelajar. Cuba bayangkan kalau ada 6 org anak yang belajar di sini, dah berapa?Sekolah ni memang padat dgn pelajar. Sesi pagi bermula pd :
  • 7.15 pg - 8.45 pg
  • 8.45 pg - 10.15 pg
  • 10.15 pg - 11.45 pg ( ni sesi Arif )

Manakala sesi petang pula adalah:

  • 2.15 ptg - 3.45 ptg ( ni pulak sesi Aiman )
  • 3.45 ptg - 5.15 ptg
  • 5.15 ptg - 6.45 ptg


Deretan kedai yg jadi sekolah sementara. Jln masih lengang sbb pelajar blm keluar kelas lagi, manakala sesi yg berikutnya baru menapak...


Ni la masalah yg dihadapi oleh ibubapa, bila sek. di rumah kedai. Apalagi kaya raya lah tuan kedai tu. Kalau beli makanan tak pe jugak, ini tidak. Nak tau biasanya apa yg mereka buat ( berdasarkan kpd pengalaman anak ), mereka ni akan masukkan duit dlm kotak yg byk bola plastik tu. Nampak tak kotak yang berwarna merah kat sebelah kiri pelajar perempuan tu, itulah kotak utk budak2 tikam bola yg ada kat dlm tu. Caranya mudah je, masukkan duit 50 sen, pusing suis, keluar bola & di dalamnya hanya ada mainan yg kecil. Tak berbaloi dgn duit yg habis.


Tengok tu, berlumba2 nak tikam.



Kat sini jugak ada siber cafe atau lebih mesra alam CC. Ramai le jgk pelajar yg lepak kat situ.



Ni la van yg banyak berjasa pd budak2 sek. Ingat tau bukan free, tp berbayar. RM25.00 sebulan. Itu kalau dekat le spt Jln Nenas, Jln Pulasan, Jln Tembikai,Jalan Kuini, Jln Mangga. Tp harganya akan berubah ikut pasaran kalau jaraknya jauh drp tu.

Budak2 dah mula sibuk. Ada yg baru datang & ada yg dah habis sesi belajar. Maka aku pun dah habis juga la waktu "bertugas" buat sementara waktu.







Thursday, July 30, 2009

UJIAN BUATKU


Entah kenapa aku rasa ingin luahkan perasaan ... Tak sepatutnya aku buat cam ni kot, tak sesuai barangkali. Tp......... nak kongsi dgn sape lg ek...Sejak aku cuti ( mula 27 Jul 2009 ), maka bermula sesi sebagai driver hntr anak2 ke sekolah. Penat juga la ... 7 kali setiap hari berulang-alik antara sek.agama & sek . keb. Aku tabik spring la pd semua surirumah yg buat tugas rutin tanpa jemu. Bab2 hantar ni tak pe lagi, tp yg tak tahan tu.... ni ha tuan yg empuya badan atas tu selalu je hilang...
HARI PERTAMA ( SELASA ) ; jeng...jeng...jeng...
Bila time balik pukul 11.50 lebih kurang, drebar pun pergi la nak menjemput anak kesayangannya dgn penuh gumbira , tp bila sampai je... tengok tinggal 2 - 3 orang je yg tinggal. Hati dah mula risau. Takut peristiwa lama berulang kembali. Dulu masa umurnya 3 thn dah hilang dlm majlis kenduri kahwin adik ipar. Tempatnya ( rumah pengantin perempuan ) pulak amat asing bagi kami. Arif ni.. ketika tu ada dgn ayahnya. Entah mcm mana berlaku salahfaham. Ketika sedap2 jamu selera... Aku tanya"Arif mana?". Ayahnya jwb"Td dia kata nak pergi kat umi". Sudah...... Kami pakat cari tp tak jumpa.Tiba2... ade sorang adik tu, bila tengok kami kalut2....Cerita apa yg patut. Dia bgtau ada sorang budak jln kaki kat tmn tu. Jarak dr rumah pengantin ke tmpt tu, ada la dalam 1 km lebih. Nasib baik jumpa. Mulanya nak marah tp tak jadi bila tengok mukanya merah & penat, peluh mencurah2 kecian la pulak. Itu cerita 6 tahun yg lepas. Hari ni buat semula perangai lama. Bila dia keluar kelas, tgk aku tak de terus buat keputusan sendiri dgn naik van sekolah. Pandai pulak tu suruh pak cik tu hantar kat rumah. Aku ni pulak sibuk cari, pusing 4-5 kali, dr sekolah - taska - rumah. Last2 dah pukul 12.20 tgh balik rumah. Buka je pintu pagar, tengok kasut sekolah anak bertuah... isk..isk..isk...
HARI KEDUA ( RABU ):
Time hantar tak de masalah,tp time ambil tu....... Hari ni aku datang awal la sikit 11.40 pg. Dia kata keluar 11.45. Ok lah. Kat sek. agama ni parking nye susah..penuh dgn bas & van sekolah. Tu yg payah... Tp bila sampai je... sama mcm hari pertama. Tinggal budak2 yg sama 2 - 3 orang, may be tunggu van kot. Apa lagi hati dah .... Pusing le cari. Nak pergi taska dah malu... Takut Liza & K.Ina cakap tak pandai jaga anak ( memang pun .... ). Tapi kali ni tak le lama sangat. Dalam pukul 12.05 minit, gerak hati nak pergi Petronas Kota Masai 2. Tu... dia... sedapppppppp... je duk lepak kat situ. Fulamakkkkkkk ujiannn...ujian...
HARI KETIGA ( KHAMIS ):
Sek agama... alhamdulillah ... tak de masalah. Tp... kat sek. keb... Dlm pukul 3.00 lebih kurang tel. berdering "Pn. saya cg Azilah nak maklumkan anak puan Muhammad Arif Farhan tak buat kerja sekolah yg sy berikan sejak hari selasa lagi..." Aik... macam mana aku boleh terlepas pandang... Rase2 ye dah semak. Semua dah ok....... Apa2 pun aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Cg Azilah krn perihatin pada pelajarnya... Begitu juga, terima kasih banyak2 kpd semua guru yg mengajar anak2 ku dari buta huruf sampai la seperti sekarang. Tugas mereka mendidik bukannya senang... aku amat memahaminya kerana aku juga adalah pendidik...
PERINGATAN BUAT DIRIKU YG SENTIASA ALPA.
'ANAK2 ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERHARGA. IA ADALAH AMANAH ALLAH. JAGA DAN DIDIK LAH MEREKA DENGAN SEBAIK2NYA".
Ya Allah ... berikanlah aku kesabaran dalam mendidik mereka . Ya Rahman...Ya Rahim.....jadikanlah mereka anak2 yg soleh. Aminnnn.

RAHSIA SOLAT 5 WAKTU

Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi, 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Sedikit peringatan untuk kita semua:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." ( Al-Baqarah: ayat 155)


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." ( Al-Baqarah: ayat 286)

IMAN SEMUT vs IMAN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Saturday, July 25, 2009

Tasik Perdana Taman Bukit Dahlia

Ni lah tempat rekreasi yg baru bagi kami selain drp Bukit Layang-layang. Susah nak cari tempat utk melepak bersama keluarga. Pantai pulak jauh dr Pasir Gudang. Yang paling dekat dgn PG ni adalah Tanjung Puteri selain drp Danga Bay. Seronok lah jugak datang sini, tak ramai lagi pengunjung Tasik Perdana ni sebab masih lagi dalam pembinaan. Tempat ni dekat je, ala sebelah rumah kawan kita tu....Rohamiah.... Kalau dah penat joging / sukan, blh le singgah jap kat rumah dia minum air ek... Coppp... ala Yah jgn marah deh... gurau je.. Heee........
Sape2 yg teringin nak menyepak orang tu... datang la... Ramai remaja & dewasa yg datang ke padang ni. Mereka datang tu bukan nak sepak orang tp nak main bola.

Ni pulak tempat bermain bola keranjang, tp sayang... belum siap lagi.


Bila lah nak siap, tak sabo budak2 nak main...


Pokok apa ni? Tak tau nama la. Lalang kot.......


Cantik tak? Tak teringin ke nak bwk keluarga dtg sini di hujung2 minggu.


Rekreasi ialah penggunaan masa lapang utk keseronokan, bersama keluarga @ aktiviti bukan kerja lain. Waktu berekreasi biasanya adalah di hujung minggu ( Sabtu dan Jumaat/Ahad ). Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badan dan minda. Kebiasaannya, rekreasi adalah dlm bentuk:

  • Sukan/permainan
  • Hobi
  • Melancong/bercuti











Thursday, July 23, 2009

KURSUS PROTOKOL & ETIKET SOSIAL


Ini JSI ( Jaafar Sidik Ibrahim ) . Dia lah penceramah utama di sepanjang kursus ini.


Penganjur Kursus : PKM
Jgn salah faham ye, PKM tu bukan Parti Komunis Malaya tp Politeknik Kota Melaka.


Cuba tengok kakak kita ni, tekun je belek buku. Buku apa lak tu?
Nampak cam buku resepi je. Heee.......

Seriusnye Pak ustaz ni. Bukan apa, lepas ni kena present...




TERTIB DI MEJA JAMUAN (MENU BARAT)


1. PENGGUNAAN PERALATAN
- Bermula dari arah luar kiri dan kanan ke arah dalam
- Diikuti peralatan yg berikutnya.
- Pisau di sebelah kanan
- Garfu di sebelah kiri
- Gelas minuman berada di sebelah kanan di hadapan pisau
- Piring roti di sebelah kiri
- Sudu & garfu dessert berada di hadapan pinggan
- Dinner napkin atas pinggan di hadapan kita

2. PENGGUNAAN DINNER NAPKIN
- Letak di atas peha
- Ucapkan terima kasih jika pelayan membantu
- Wanita melekapkan ke bibir
- Diguna sekiranya batuk/mengeluarkan sesuatu dr mulut
- Letakkan di atas kerusi sekiranya keluar seketika.
- Diletakkan di atas meja sebaik selesai menjamu hidangan.



3. PENGGUNAAN ALAT ( CUTLERY )
- Tidak memegang peralatan seperti memegang pensil.
- Pisau di tangan kanan, garfu di tangan kiri
- Ulunya di tapak tangan, batangnya di antara jari telunjuk dengan jari hantu & ibu jari
- Garfu di tangan kiri dlm keadaan telengkup
- Garfu/sudu sahaja hala ke mulut.
- Makanan dipotong dlm bentuk chewable portion
- Ganti peralatan bersih jika jatuh ke lantai
- Menarik perhatian pelayan utk mendpt perkhidmatan.
- Selesai makan, garfu & pisau diletak rapat ( jam 6.00 ) dgn mata pisau hala ke dalam. Garfu dlm keadaan telentang.
- Elak dr membelek2 peralatan di atas meja jamuan.

SELAMAT MENCUBA....


HERO-HERO KU





Arif , Jom kita lumba nak? Ayah & Umi tak de ni. Mana tau, kot2 menang dapat motor sebuah.









Seronok dapat berkumpul macam ni sekali sekala. Masing2 sibuk nak bercerita. Tengok tu! Si Kenit pun tak sabor2 nak menyampuk.








Ini lah guard di rumah kami. Siapa lagi kalau bukan Firdaus. Dia ni lah yang jadi ketua & beri arahan... "Tunggu jap... ikut turn le.. bila nak ambil makanan tu. Apa la korang ni, tak de disiplin ke?









"Ha, cuba tengok, hensem tak? Boleh jadi model kan......."










"Arif, yang ni ayu tak?











"Berapalah duit belanja sekolah yang ayah bagi hari ni? Kalau dapat lebih, boleh gak belanja kawan. Nampaknye... dalam mimpi jelah... Nasib....Nasib.......









"Ini lah kereta idaman hatiku. Comel tak? Ini kereta betul ye... bukan kereta mainan tau".










Mana la dia orang ni? Dari tadi lagi tunggu, tak muncul2 pun lagi. Ni yang nak marah ni.













"Along..Along... Cuba teka ni berapa?










Ini adalah telatah hero2 ku yg selalu membuat tindakan di luar dugaan. Yg selalu menguji kesabaran dan juga yg selalu membuat graf darahku tak menentu. Dah tengokkan , macam2 gelagat yg ada. Inilah penghibur hatiku......... Kadang2 rasa geram..kadang2 lucu2... kadang2...isk!!!!!! tak leh nak cakap la..... tapi x pe.

Kursus Untuk Hilangkan Stress Di Tempat Kerja





Ni sebahagian drp aktiviti yg kami perlu ikuti ketika menghadiri kursus.










Tempat penginapan kami.....

Gambar kenangan bersama2 dgn member.
Seronok gak sekali sekali keluar kursus, lepaskan tension. Hari2 kerja x lihat dunia luar boleh bengap jugak kepala ni.



Wednesday, July 22, 2009

7 PERKARA YANG MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI

Perkara terbaik yang patut anda lakukan diwaktu pagi adalah:


1. Bersyukur
Bersyukur sebab anda diberi peluang untuk meneruskan hidup. Anda juga masih ada kesempatan untuk membuat yang terbaik.


2. Tekad bermotivasi
Niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.


3. Dekatkan diri dengan sesi motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media.


4. Mulakan dengan Bismillah sebelum membuat sesuatu
Andai kata anda seorang pekerja, mula dengan bismillah ketika punch card nak masuk kerja dan akhiri dengan alhamdulillah ketika punch card ketika keluar, semoga anda dijauhkan daripada bisikan syaitan.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari masuk ke kelas, duduk , buka buku dan semuanya mulai dengan bismillah.


5. Set Target Kemajuan diri sendiri
Set target apa yang anda mahu capai, jika boleh setiap hari.


6. Lihat warna cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi ceria. Dekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna cerah, sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan harapan dengan kemaafan
Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tidak puas hati, geram, sakit hati dan sewaktu dengannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails