Thursday, July 30, 2009

UJIAN BUATKU


Entah kenapa aku rasa ingin luahkan perasaan ... Tak sepatutnya aku buat cam ni kot, tak sesuai barangkali. Tp......... nak kongsi dgn sape lg ek...Sejak aku cuti ( mula 27 Jul 2009 ), maka bermula sesi sebagai driver hntr anak2 ke sekolah. Penat juga la ... 7 kali setiap hari berulang-alik antara sek.agama & sek . keb. Aku tabik spring la pd semua surirumah yg buat tugas rutin tanpa jemu. Bab2 hantar ni tak pe lagi, tp yg tak tahan tu.... ni ha tuan yg empuya badan atas tu selalu je hilang...
HARI PERTAMA ( SELASA ) ; jeng...jeng...jeng...
Bila time balik pukul 11.50 lebih kurang, drebar pun pergi la nak menjemput anak kesayangannya dgn penuh gumbira , tp bila sampai je... tengok tinggal 2 - 3 orang je yg tinggal. Hati dah mula risau. Takut peristiwa lama berulang kembali. Dulu masa umurnya 3 thn dah hilang dlm majlis kenduri kahwin adik ipar. Tempatnya ( rumah pengantin perempuan ) pulak amat asing bagi kami. Arif ni.. ketika tu ada dgn ayahnya. Entah mcm mana berlaku salahfaham. Ketika sedap2 jamu selera... Aku tanya"Arif mana?". Ayahnya jwb"Td dia kata nak pergi kat umi". Sudah...... Kami pakat cari tp tak jumpa.Tiba2... ade sorang adik tu, bila tengok kami kalut2....Cerita apa yg patut. Dia bgtau ada sorang budak jln kaki kat tmn tu. Jarak dr rumah pengantin ke tmpt tu, ada la dalam 1 km lebih. Nasib baik jumpa. Mulanya nak marah tp tak jadi bila tengok mukanya merah & penat, peluh mencurah2 kecian la pulak. Itu cerita 6 tahun yg lepas. Hari ni buat semula perangai lama. Bila dia keluar kelas, tgk aku tak de terus buat keputusan sendiri dgn naik van sekolah. Pandai pulak tu suruh pak cik tu hantar kat rumah. Aku ni pulak sibuk cari, pusing 4-5 kali, dr sekolah - taska - rumah. Last2 dah pukul 12.20 tgh balik rumah. Buka je pintu pagar, tengok kasut sekolah anak bertuah... isk..isk..isk...
HARI KEDUA ( RABU ):
Time hantar tak de masalah,tp time ambil tu....... Hari ni aku datang awal la sikit 11.40 pg. Dia kata keluar 11.45. Ok lah. Kat sek. agama ni parking nye susah..penuh dgn bas & van sekolah. Tu yg payah... Tp bila sampai je... sama mcm hari pertama. Tinggal budak2 yg sama 2 - 3 orang, may be tunggu van kot. Apa lagi hati dah .... Pusing le cari. Nak pergi taska dah malu... Takut Liza & K.Ina cakap tak pandai jaga anak ( memang pun .... ). Tapi kali ni tak le lama sangat. Dalam pukul 12.05 minit, gerak hati nak pergi Petronas Kota Masai 2. Tu... dia... sedapppppppp... je duk lepak kat situ. Fulamakkkkkkk ujiannn...ujian...
HARI KETIGA ( KHAMIS ):
Sek agama... alhamdulillah ... tak de masalah. Tp... kat sek. keb... Dlm pukul 3.00 lebih kurang tel. berdering "Pn. saya cg Azilah nak maklumkan anak puan Muhammad Arif Farhan tak buat kerja sekolah yg sy berikan sejak hari selasa lagi..." Aik... macam mana aku boleh terlepas pandang... Rase2 ye dah semak. Semua dah ok....... Apa2 pun aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Cg Azilah krn perihatin pada pelajarnya... Begitu juga, terima kasih banyak2 kpd semua guru yg mengajar anak2 ku dari buta huruf sampai la seperti sekarang. Tugas mereka mendidik bukannya senang... aku amat memahaminya kerana aku juga adalah pendidik...
PERINGATAN BUAT DIRIKU YG SENTIASA ALPA.
'ANAK2 ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERHARGA. IA ADALAH AMANAH ALLAH. JAGA DAN DIDIK LAH MEREKA DENGAN SEBAIK2NYA".
Ya Allah ... berikanlah aku kesabaran dalam mendidik mereka . Ya Rahman...Ya Rahim.....jadikanlah mereka anak2 yg soleh. Aminnnn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails