Wednesday, July 22, 2009

7 PERKARA YANG MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI

Perkara terbaik yang patut anda lakukan diwaktu pagi adalah:


1. Bersyukur
Bersyukur sebab anda diberi peluang untuk meneruskan hidup. Anda juga masih ada kesempatan untuk membuat yang terbaik.


2. Tekad bermotivasi
Niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.


3. Dekatkan diri dengan sesi motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media.


4. Mulakan dengan Bismillah sebelum membuat sesuatu
Andai kata anda seorang pekerja, mula dengan bismillah ketika punch card nak masuk kerja dan akhiri dengan alhamdulillah ketika punch card ketika keluar, semoga anda dijauhkan daripada bisikan syaitan.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari masuk ke kelas, duduk , buka buku dan semuanya mulai dengan bismillah.


5. Set Target Kemajuan diri sendiri
Set target apa yang anda mahu capai, jika boleh setiap hari.


6. Lihat warna cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi ceria. Dekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna cerah, sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan harapan dengan kemaafan
Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tidak puas hati, geram, sakit hati dan sewaktu dengannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails