Monday, September 28, 2009

GOTONG ROYONG

Assalamualaikum, baru kini ada peluang untuk up date blog ni. Seronok bila melihat semangat gotong royong yang masih dikekalkan di kampung. Alhamdulillah di kampung Ambe masih dikekalkan lagi tradisi ni sejak turun temurun. Ambe bayangkan , bagaimana jika orang2 tua ni dah tiada, siapa yang akan meneruskan tradisi ni agaknya?




Gotong royong ni biasanya bermula pada awal pagi, lebih kurang pukul 7.30 pagi & akan tamat sebelum pukul 12.00 t/hari. Kalau lewat nanti kesian pulak pd tetamu yg datang. Anda boleh lihat sendiri bagaimana sebelum proses penyembelihan sehingga ke proses melapah daging.



Yang ni pulak, proses melapah daging kerbau. Biasalah di kampung Ambe ni kalau ada kenduri, binatang yg tumbang tu adalah kerbau /lembu. Bila lihat kerangka kerbau tu, teringat pulak Ambe, macam mana agaknya kerangka kita ye, kalau musuh kita buat cam tu? Hee...hee...saje je




Bapa/pemuda tugasnya melapah daging manakala ibu/pemudi tugasnya menyiapkan makanan utk petugas2 sukarelawan ni serta mengemas peralatan2 yg digunakan. Biasanya tugas memasak utk jamuan tetamu adalah dari kalangan lelaki ( amalan biasa di kampung Ambe le ).

Saturday, September 19, 2009

HARI2 TERAKHIR

2 Minggu Sebelum Cuti Raya : Bahagian Keceriaan JPA ( diketuai oleh Ust. Zohdi & The Gengnye ), menghias ruang kerja pensyarah. W/pun bilik ni agak kecil tapi tetap ceria. Bila tengok hasilnya, baru le terasa sikit suasana nak sambut raya. Dlm masa yg sama terasa sedih sebab Ramadhan akan berakhir.... Entah le, tahun depan sempat ke tidak sambut Ramadhan lagi.







Minggu Terakhir Sebelum Cuti Raya : KJ menyarankan agar JPA memberikan sedikit penghargaan kepada individu serta unit2 yang banyak memberi bantuan & pertolongan kpd kami selama ini. W/pun ia tak sebesar mana , tp kami ikhlas memberinya. Antaranya kad raya, hamper kuih , kamus dll.





Hari2 Terakhir Sebelum Cuti Raya : Sunyi nye kat JPA ni. Ramai dah pulang ke kg. Yang tinggal antaranya Kuldip, Ambe, Baizura, Praba, NG, Sook Yee, Azmi, Nizam, Jana, Joe & Shah. W/pun mood utk bekerja dah menrurun tp t/jwb tetap jalan. Masing2 sibuk menyiapkan kerja2 yg belum beres. Nanti senang bila naik kerja. Tak de la lagi kerja yg bertangguh. Ehm...ehm...



Tengok si Praba tu, sampai tertidur. Jangan salah faham ye, ini waktu rehat tau. KJ jgn mare.
NG : Amoi!!!! Cepat kejut kan Praba... Kak Wan & Kuldip ada kat depan tu.
Sook Yee : Ala, biarkan aja la. Dia sedang syok mimpikan mak we nye tu... Hee...hee...
Azmi : Angkat aje, letak kat luar. Kalau nak saya boleh tolong angkat kan.




















Wednesday, September 16, 2009

KHATAM AL-QURAN

Tanggal 16 September 2009 ( Rabu ), bertempat di Dewan Kuliah Utama PJB. Kami warga JPA telah mengadakan aktiviti khatam al-Quran. Ini adalah program Khatam Al-Quran yg julung2 kali diadakan di JPA. Syabas diucapkan kepada semua warga JPA amnya dan Unit Agama khususnya. InsyaAllah program ini akan menjadi aktiviti tahunan JPA.


Ini adalah sumbangan ahli2 yang mengambil bahagian termasuklah bunga telur, beg dan segala isi kandungan serta makanan.



Tak sangka murahnya rezeki di bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah.



Atas ( Mohd Hafeez, Ust.Hamdi, Ust.Zohdi )
Bawah ( Faridatuljana,Masitah, Intan & Pn.Farahdiba )


Atas ( Ambe,Dina, Rohamiah, Sy.Nurul Huda, Khairul Nizam, Hosni)
Bawah (Roslina, Shah Rulbani)







Ini lah KJ kami Pn.Farahdiba bt Md Said, yg banyak menyokong & membantu kami. Beliau seorang yg tegas tp sebenarnya baik hati ( bukan bodek ye... hee... tp kenyataan). Tak leh cakap banyak sangat, nanti ada orang komplen.






Tuesday, September 15, 2009

SANTAPAN ROHANI

Assalamualaikum!!!!!!
Dah lama bebenor rasanya tak up date blog ni. Almaklumlah sejak 2-3 minggu ni, sibuk sikit dengan tugas2 yang diamanahkan. Biasa la, kekadang datang serentak tak menang tangan dibuatnya. Apa2 pun amanah yang dipikul terpaksa diutamakan terlebih dahulu, baru lah fikirkan fasal lain, betul tak teman2? Kali ni hambe nak kongsi la sikit pasal Program Pembudayaan Ilmu yang dianjurkan oleh Unit Agama JPA,PJB.
Gurindam le sikit...Hemmm...hemmm...
Tersebutlah kisahhhh...
Sebahagian staf mula mengambil tempat untuk mendengar tazkirah dalam Program Pembudayaan Ilmu yang dianjurkan oleh Unit Pend.Islam & Moral di DKU,PJB. Program ini diadakan dua kali sebulan. "Mana tempat yang selesa nak duduk ni???






Tengku Nadzion mengambil peluang membaca buletin yg diedarkan. Di belakang sekali, Ust.Roslan sedang membuat pemantauan. Terima kasih pd Ust. Lan & the geng yg bertungkus lumus menerbitkan buletin tersebut. "Cepat le datang ke DKU ni, program dah nak mula......"





Depan: En. Khairulazam dr JH - "Cik Wan! bila nak start. Kami dah tak sabar nak dengar tazkrirah ni..."
Tengah: En Bakar dr JRKV - "Eh... Sabooo le... malu kat ustaz tu hah... , tunggu yang lain2 sampai... jap lagi, mula le..."


Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Masih ramai yang berminat menyertai majlis2 ilmu seperti ini...




Kusyuk mendengar... inilah di antara barisan pengurusan yang turun padang En Sahul Hamed ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PJB ). Terima kasih En. Sahul kerana memberi sokongan... Bila melihat beliau sama2 turut menyertai program ni, kami makin bersemangat untuk meneruskan perjuangan seperti ini. Itu pun kalau boleh dikatakan perjuangan le...Hee...hee...hee...perasan lak...





Haa... yang ini pula ( depan sebelah kiri ) , adalah Timbalan Pengarah Akademik PJB - Pn.Hjh Norazian. Teringat lagi, waktu mula2 beliau datang ke PJB dulu. Satu perjumpaan khas diadakan dengan semua ustaz & ustazah di Unit Agama, beliau ingin mengetahui apakah program @ aktiviti2 yang bercorak keagamaan yang diatur untuk staf di PJB. Program ini adalah salah satu progam yang telah dirancang dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Penceramah yang dijemput adalah terdiri drp ABIM,JAIJ dan tenaga pengajar di Unit Agama sendiri.




Ni pulak salah seorang penceramah ( JAIJ ) yang dijemput dalam program wacana ilmu ni. "Awat Husni... macam nak lentokkk je... kontrol...kontrol...wahai mata tolong la bg kerjasama kat aku ni... Janganla buat hal pd waktu2 begini......" . Sabor la ye Husni...Gurau je. "LIDAH SEORANG YANG BIJAK BERADA DI BELAKANG HATINYA, NAMUN LIDAH PENDUSTA BERADA DI DEPAN HATINYA. ITULAH SEBABNYA ORANG BIJAK AKAN SELALU MEMIKIRKAN SETIAP KATA YANG AKAN DIUCAPKANNYA".









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails