Tuesday, September 15, 2009

SANTAPAN ROHANI

Assalamualaikum!!!!!!
Dah lama bebenor rasanya tak up date blog ni. Almaklumlah sejak 2-3 minggu ni, sibuk sikit dengan tugas2 yang diamanahkan. Biasa la, kekadang datang serentak tak menang tangan dibuatnya. Apa2 pun amanah yang dipikul terpaksa diutamakan terlebih dahulu, baru lah fikirkan fasal lain, betul tak teman2? Kali ni hambe nak kongsi la sikit pasal Program Pembudayaan Ilmu yang dianjurkan oleh Unit Agama JPA,PJB.
Gurindam le sikit...Hemmm...hemmm...
Tersebutlah kisahhhh...
Sebahagian staf mula mengambil tempat untuk mendengar tazkirah dalam Program Pembudayaan Ilmu yang dianjurkan oleh Unit Pend.Islam & Moral di DKU,PJB. Program ini diadakan dua kali sebulan. "Mana tempat yang selesa nak duduk ni???






Tengku Nadzion mengambil peluang membaca buletin yg diedarkan. Di belakang sekali, Ust.Roslan sedang membuat pemantauan. Terima kasih pd Ust. Lan & the geng yg bertungkus lumus menerbitkan buletin tersebut. "Cepat le datang ke DKU ni, program dah nak mula......"





Depan: En. Khairulazam dr JH - "Cik Wan! bila nak start. Kami dah tak sabar nak dengar tazkrirah ni..."
Tengah: En Bakar dr JRKV - "Eh... Sabooo le... malu kat ustaz tu hah... , tunggu yang lain2 sampai... jap lagi, mula le..."


Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Masih ramai yang berminat menyertai majlis2 ilmu seperti ini...




Kusyuk mendengar... inilah di antara barisan pengurusan yang turun padang En Sahul Hamed ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PJB ). Terima kasih En. Sahul kerana memberi sokongan... Bila melihat beliau sama2 turut menyertai program ni, kami makin bersemangat untuk meneruskan perjuangan seperti ini. Itu pun kalau boleh dikatakan perjuangan le...Hee...hee...hee...perasan lak...





Haa... yang ini pula ( depan sebelah kiri ) , adalah Timbalan Pengarah Akademik PJB - Pn.Hjh Norazian. Teringat lagi, waktu mula2 beliau datang ke PJB dulu. Satu perjumpaan khas diadakan dengan semua ustaz & ustazah di Unit Agama, beliau ingin mengetahui apakah program @ aktiviti2 yang bercorak keagamaan yang diatur untuk staf di PJB. Program ini adalah salah satu progam yang telah dirancang dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Penceramah yang dijemput adalah terdiri drp ABIM,JAIJ dan tenaga pengajar di Unit Agama sendiri.




Ni pulak salah seorang penceramah ( JAIJ ) yang dijemput dalam program wacana ilmu ni. "Awat Husni... macam nak lentokkk je... kontrol...kontrol...wahai mata tolong la bg kerjasama kat aku ni... Janganla buat hal pd waktu2 begini......" . Sabor la ye Husni...Gurau je. "LIDAH SEORANG YANG BIJAK BERADA DI BELAKANG HATINYA, NAMUN LIDAH PENDUSTA BERADA DI DEPAN HATINYA. ITULAH SEBABNYA ORANG BIJAK AKAN SELALU MEMIKIRKAN SETIAP KATA YANG AKAN DIUCAPKANNYA".









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails