Program IKRAM telah dirancang bermula bulan Mei 2010 lagi. Alhamdulillah program bersama rakyat ini berjaya dilaksanakan pada 2 Oktober 2010 di Dewan Serbaguna PJB. Asalnya program ini dirancang dengan simple aje...tapi setiap kali perjumpaan ada saja pertambahan idea. Sampaikan budget asal yang ciput telah meningkat hingga ke ratusan ribu.
Sebelum Program IKRAM 2010 bermula... Us.Roslan sebagai Pengarah Program IKRAM mencadangkan sesi bergambar bersama2 dgn semua staf JPA... Berikut antara sebahagian gambar yang sempat di upload...sama2 kita saksikan ...
En.Azmi,Us.Roslan,Us.Nizam,Us.Hosni & Us.Hamdi
Ni sesi serius le pulak. Masing2 kontrol hensem...pilih le mana2 yg berkenan...Bila memikirkan pasal program ni, masing2 kecut perut. Maklumlah tak ada sebarang peruntukan la katakan. Tapi dengan berkat usaha semua staf dapat le jugak sumbangan terutama Felda Johor Bulkers. Mereka dengan berbesar hati menyumbang sebanyak RM 16 ribu. Duit itulah yang banyak membantu kami. Sepanjang sebelum program ini berlangsung, kami menghadapi pelbagai cabaran & rintangan. Hinggakan sampai satu tahap... ada staf yang give up. Walau bagaimanapun dengan semangat dan motivasi yang diberikan oleh Ketua Jabatan serta rakan2 antara satu sama lain serta semangat kerjasama yang ditunjukkan, alhamdulillah berjaya juga akhirnya.