Sunday, July 17, 2011

MESYUARAT PERMURNIAN KURIKULUM

Seminggu sebelum bertolak - Bila terima surat mengenai Mesyuarat Permunian Kurikulum P.Islam, P.Moral & Tamadun Islam di PSA... hati dah mula risau. Perkara pertama sekali yang dilihat dalam surat tersebut, dengan siapa aku akan pergi???????... Ya Allah ... sorang je dari PJB... Alahai cam ne nak pergi ni? Naik apa? Kalau bawak kereta suami bagi ke? Boleh ke aku bawak kereta? Tak sesat ke?... Isk... banyak betul persoalan yang bermain difikiran.

Kenapa lak tak risau??? Kalau sebelum ni, pergi kursus, seminar, mesyuarat dan lain2 masih lagi ada teman2 yang lain. Ini??? sorang.. Dah lah time2 cam ni orang ramai risau pasal "PERHIMPUNAN BERSIH"... sama ada BERSIH ke TAK BERSIH ke... itu bukan masalah Ambe sebenarnya... tapi yang jadi masalah.... adakah "BERSIH" ini akan mengganggu perjalanan Ambe nanti.. itu baru masalah Ambe. Hee...

Alhamdulillah... bila telefon Azlina di PSA... "perhimpunan tu tak sampai kot kat sini K.Wan... Buat masa ni... Kami kat sini tak de apa2 pun... aktiviti masih berjalan seperti biasa je.."


11 Julai 2011 - Perjalanan ke PSA

Ingatkan dapatlah bertolak mengikut jadual yang dirancang... hmm.... rupa2nya tersasar jauh, Pukul 10 pg baru bertolak... cuba... mula dari P.Gudang ke h/way Senai, Alhamdulillah tiada masalah. Tapi bila masuk je Shah Alam... hmm... mula lah mengulangi kes2 "SESAT" ni. (Sebelum ni pun bila drive ke KL atau mana2 tempat yang dituju memang sesat. Tak sah kalau tak sesat. Itu yang fobia....) Pukul 3.00 ptg dah sampai kat SEREMBAN. ok la tu.. tp bila masuk je Shah Alam.. mula la kelabu asap... Orang yang jadi sasaran Ambe ialah....


Azlina bt Mahamud (Ex-PJB)
Penunjuk arah (GPS Ambe la ni)


Masa kat R&R, Azlina tel "Kalau dah masuk EXIT Shah Alam, bagitau la Na, nanti kalau K.Wan tak tau jalan ,Na gi ambik K.Wan. dah tak jauh tu... dalam 1 jam lebih je lagi K.Wan sampai la... " Tak pe Na, K.Wan cuba cari dulu... nanti kalau sesat K.Wan tel Na deh..."

Tapi "sombong" punya pasal (sebenarnya tak nak menyusahkan hee...), kan dah sesat... akhirnya sempat juga la merasa bayar tol dengan jurutol yang sama... 3 kali pusing tempat yang sama tapi berlainan arah... akhirnya... "Na, K.Wan dah tak tau sampai kat mana ni... tapi kat depan ni ada SUBANG PARADE" (kalau tak silap - kalau silap maaf le..). "Tak pe.. K.Wan tunggu situ nanti Na gi ambik"..


"Tu la.. Na nak gi ambik awal2 lagi tak nak... he..."


Akhirnya... lebih kurang pukul 6.30 sampai ke PSA. Alhamdulilah...


Engku Razinawaty
Kawan lama semasa belajar kat UM dulu


Asmahan Mokhtar
Teman seperjuangan (Ex-PJB)


Mahnesa A.Kadir
Ex-PJB


Yusma Yusoff
Ex-POLIMAS (sekarang di BPK JPP)


12 Julai 2011 - Sesi Perbincangan bermula..


...bersemangat sungguh depa ni
mendengar "ceramah" Pn. Yusma ...



... ini pula sesi " lontaran idea"
di antara Us. Yusni & Us. Nasir..


Sesi pembentangan ...
oooppssssss... lupa lak nama us. ni.



...Khusuknya...


... sempat lagi posing...



Masa terluang...

Pergi GIANT bersama2 dengan anak2 Kak Asmahan...

Sempat lagi "drive troly"...


Rasydan & Ar-Razi



Ambe mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Azlina Mahamud... Terima kasih Na... hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 Na selama ini... Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails