Thursday, May 5, 2011

HARI SUKAN & POTLUCK JPA



5 Mei 2011 - HARI SUKAN JPA


Tahniah kepada Biro Kebajikan JPA kerana berjaya menganjurkan Program Hari Sukan ni. Seronok sangat-sangat. Walaupun penat , permainan tetap diteruskan. Antara game yang berjaya dihabiskan hari ni adalah bola jaring (perempuan), futsal (lelaki), bola tampar (campur2), badminton (lelaki & perempuan), ping pong (lelaki & perempuan), congkak (perempuan), dam ular (perempuan), baling tin (sebenarnya baling cawan guna bola sebab tin tak ada), ceper dan bola tampar.


Permainan Bola Jaring:

NorMaheran & Poogan (org kuat Team B)


Arnie Chiah Liling ( Susah nak kawal dia ni)


Mimi Aineen
(satu2nya pengadil yg menggunakan payung ketika bertugas)


Jay,Fatin & Poogan
(tak sabor menyerang pasukan lawan masing2)


Ainun Juhariah
(Awal2 lagi dah pancit. kakinya krem, kasihan kat dia, berjalan terhenjut2, sukan punya pasalkan)


Inilah juaranya (Team A ), TAHNIAH diucapkan. Team B jangan putus asa, tahun depan kita lawan lagi...


Team B, walau kalah tetap senyum...ala..bermain ni hanya untuk suka2 je... maklumlah kami semua ni bukannya pemain profesional pun. Hee.. saje2 asah bakat yang ada.


Sebahagian drp warga JPA mengabadikan kenangan.


Happyyyyyyyyyyy!!!!!!!!



Nurulhana, Siti Noraini, Norashikin & Arnie
Masing2 kepenatan selepas menghabiskan tenaga tadi.


Meja ping pong yang jadi mangsa...jangan lupa kemas pulak tu...


Aini,Hana & Zarimah
Air secawan!!!
Ala...tak sangka la pula, ada pengawal .


Permainan Congkak:

Papan Congkak


Awal2 lagi dah kalah dengan si Farha ni... ape nak buat...bukan rezeki Ambe..


Rafidah & Shah Rulbani


Tengok tu.. macam mana gaya juara bertahan main congkak.



Permainan Ping Pong:

Parahsakthi & Poogan


Permainan Dam Ular:

Khusyuknya "MENGULAR". Hee...


Permainan Dam Haji:

Aksi Juara (Jay) & Naib Juara (Nurul Hana) Dam Haji.


Permainan Baling Tin:

Mohd Hafeez...Satu2nya wakil lelaki dalam permainan baling tin. Nape boleh jatuh ni Hafezz???? Itulah....lain kali jangan nak menyakat orang...


Permainan Ceper:

Sanggup beli 5 botol air semata2 nak ambil tutup botol utk digunakan bagi permainan CEPER. Khusyuk betul la demo2 ni..



6 Mei 2011 _ POTLUCK JPA


Masing2 sudah bersetuju untuk membuat potluck. Ambe memang tabik pada warga JPA ni, kalau bab makan masing2 sanggup bersusahpayah menjayakannya. TAHNIAH KEPADA WARGA JPA .



Tengok je si Dina tu, Ambe rasalah kalau dia yang asah pisau tu, memang tak tajam. Tunggu je la...Hee..jangan marah...gurau je...

Kaum lelaki warga JPA telah pupus. Ini je la yang masih ada kat JPA ni.


Hmmm...sempat lagi berposing...Cepat2 la wei....tak sabar dah ni. Dari tadi tahan perut...


Sedapnya...


Antara menu yang ada... Bagi mana2 staf yang tidak ada pada hari ni jangan jeles ye...jemputlah cuci mata. Heee...


Ambe panggil kuih ni "Lompat Tikam". Ntah la..kat mana dapat nama ni.



Antara pencuci mulut... Banyak lagi gambar2 yang lain sebenarnya... tapi banyak sangat nak uplod kat sini. Selebihnya tengok je kat FB ye...


Fatin...hang nak buat apa dengan pisang tu????


Hmmm.. Orang sibuk nak sediakan makanan, depa ni pulak sibuk posing.

Sabar menunggu....


Jay @ Rosmawati Mohd Amir (pengacara majlis - macam penyanyi pulak AMbe tengok )

Majlis dah sampai ke penghujungnya...Sesi penyampaian hadiah kepada Fatin Nabilah btAbdul Wahid - Pelajar USIM yang menjalani praktikal di Jab.Peng.Am.


Khusyuknye demo ni menjamu selera.


Eh..tak leh jadi ni... semua menjamu selera. Ambe pun nak join gak. Bye!!!!!!!!!!

Sunday, May 1, 2011

GELAGAT KANAK2 TADIKA AT-TAUFIQ











SANTAI.......



1 MEI 2011 - HUTAN BANDAR JB

Sebelum tu, Ambe ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada anda semua. Semua ada tugas & tanggungjawab masing2. Kadangkala terfikir juga, jika surirumah bercuti rehat tentu anak2 terpaksa cari makan sendiri kan.. hee... hee...



Sungguh ceria "mereka"ni semua


Sempena cuti umum hari ni, Ambe membawa anak2 "bercuti" ke TAman Hutan Bandar. Asalnya nak balik kampung bila cuti kali ni..tapi atas sebab2 yg tertentu, terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir. Anak2 dah mula mogok...terpaksa cari jalan untuk "merawat luka". Paksa suami ambil cuti semata2 untuk bawa anak2 "makan angin". Hee...tu dia...makan angin kat mana tu??????? Kat mana lagi...kat sini je... HUTAN BANDAR.



Tengok le...bukan hanya "manusia" je yang datang kat sini, tapi dinasour pun suka tempat ni.



Inilah tempat rehlah yang boleh Ambe & anak2 bersantai. Nak pergi ke tempat yang jauh sikit...tak larat pulak bila tengok jalan 'jam' memanjang. Sebenarnya di Johor ni banyak tempat2 peranginan yang menarik, terpulang kepada individu sama ada nak pergi atau sebaliknya. Bak kata pepatah "kalau hendak seribu daya, tapi kalau tak nak tu macam2 alasan yang dicari. Termasuk lah Ambe ni hah....



Along & Arif sungguh seronok.
Aksi apa lagi yang mereka nak cuba ni????



Macam2 aksi...



Gunasebaik mungkin peluang yang ada.




Hmmm...Dah tak ingat dunia....bila jumpa air.

Saturday, April 16, 2011

IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG





16 April 2011 - Bertempat di Sek. Keb. Kota Masai

Kejayaan pelajar bukan hanya bergantung kepada guru-guru/ pensyarah-pensyarah/ warga pendidik sahaja, akan tetapi ibu bapa/keluarga turut sama memainkan peranan bagi membentuk anak-anak yang cemerlang. Perhatian dan sokongan ibu bapa mampu memberi semangat kepada mereka. Sehubungan dengan itulah maka, pihak sekolah bersama PIBG mengadakan Program Motivasi Peningkatan Keibubapaan.

Sebelum Hari Program:

Along: "Umi, esok semua ibubapa Tahun 6 SKKM dikehendaki datang ke Program Motivasi Peningkatan Keibubapaan". Ambe: "Ada surat tak? atau saje-saje ni!!!. Along: "surat tak de!!!.(Hee...bukan apa nak kan kepastian je...) Ambe: "Kalau Umi tak pergi, boleh tak? (sebenarnya memang nak pergi pun...). Malam terus SMS guru kelas tanyakan pasal program tu...Terima kasih Cikgu Rohaniza, kerana berikan maklumat yang detail pasal program tu. Maklumlah bila surat tak sampai kat tangan ibu bapa (mungkin along yang hilangkan) agak sukar sikit untuk mendapatkan maklumat mengenainya...


CARA MENGENALI ANAK ANDA:


Marilah kita sama-sama membuat semakan...
  • Apakah watak kartun/ warna/ makanan/ hobi kegemaran anak kita?
  • Apakah perkara yang dia suka/ tidak suka?
  • Bagaimanakah keadaannya apabila dia berperangai baik/ nakal?
  • Apakah kelebihan/ kelemahannya?
  • Siapakah yang paling mudah berbicara dan memahaminya?
  • Bagaimanakah kita tahu sama ada anak kita gembira/ sedih?
Apakah keputusan yang kita dapat? Jika kita gagal menjawab sebahagian besar daripada soalan-soalan di atas, kita perlu berbuat sesuatu dengan segera. Mengenali anak kita dengan lebih baik adalah langkah pertama yang penting bagi memastikan kita berjaya memupuk kebolehan dan potensi anak kita.


HARAPAN YANG TINGGI

Apakah yang kita inginkan daripada anak kita?
  • Cuba bandingkan harapan kita terhadap anak kita dan harapan kita sendiri.
  • Senaraikan 5 perkara yang kita inginkan daripada anak kita, kemudian tanya anak kita: "Jika ibu seorang ahli silap mata yang boleh mengabulkan 3 permintaan, apakah yang kamu inginkan?" Senaraikan permintaannya...
Bandingkan dua senarai ini, kita akan dapati dunia anak kita dan dunia kita amat jauh berbeza. Mereka akan memberikan reaksi dan mengharapkan perkara yang berbeza dari dunia ini.


Mana-mana ibu bapa yang tidak hadir dalam program ini memang rugi besar (mungkin mereka ada urusan lain/halangan). Masing-masing ada t/jawab sendiri kan... Alhamdulillah Ambe diberi kesempatan waktu untuk hadir. Inilah tajuknya.


Hebatnya bila tengok tajuk...


Penceramahnya: En Ishak bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena Alang Ishak Alang Ahmad, merupakan Pengerusi Keusahawanan UTM dan juga seorang kaunselor yang hebat. Seronok mendengar celoteh beliau yang mana beliau menyampaikannya dalam keadaan yang santai, rasanya kursus ini terlalu singkat bagi kami. Banyak input yang diberi untuk diamalkan. Hanya terpulang kepada peserta sama ada mahu praktikkannya atau tidak.

Alang Ishak Alang Ahmad

Di sini saya kongsikan apa yang telah disentuh dalam modul ini. Di antara isi kandungannya ialah:

salah satu slide yg dipaparkan...

  • 10 langkah menjadi ibu bapa terhebat
  • Ibu bapa derhaka
  • Mendidik anak
  • Strategi '7S" ibu bapa hebat anak cemerlang
  • Perundingan keluarga
  • Petua mengekalkan ingatan
  • Modul semak dan selak

10 LANGKAH MENJADI IBUBAPA TERHEBAT
  • Sayangi Agama - Ini adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan kita kerana agama adalah panduan utama dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Jangan sesekali membelakangkan agama, semata-mata mahu memenuhi hawa nafsu kita.
  • Sayangi anak - Setiap ibubapa perlu menyayangi anak masing -masing , penuhi keperluan anak-anak (keperluan fizikal & emosi/kerohanian). Peluklah anak ketika tidur jika boleh setiap malam.
  • Sayangi pasangan - Suami isteri perlu sama-sama menjalankan t/jawab masing-masing. Tidak boleh menyerahkan t/jawab mengurus & mendidik anak hanya pada pasangan semata-mata, kerana suami & isteri mempunyai t/jwbnya tersendiri ( 1/3 bapa, 1/3 ibu & 1/3 guru).
  • Sayangi ibu bapa - Perlu menyayangi & mendapat restu/redha dari ibu bapa. Setiap tindakan yang kita lakukan jika mendapat keredhaan ibubapa maka semua urusan yang kita buat akan mendapat keredhaan dari Allah.
  • Sayangi rumah - Walau sesibuk manapun mencari rezeki, kita perlu tetap pulang ke rumah. Pastikan keluarga dalam keadaan yang baik dan memenuhi keperluan2 yang sepatutnya dimiliki oleh keluarga.
  • Sayangi jiran - perlu menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran kerana sekiranya berlaku sesuatu/masalah kepada kita, jiran-jiran tidak akan berdiam diri.
  • Sayangi rakan & kerjaya - bina kerjaya yang baik serta mewujudkan hubungan yang baik sesama rakan sekerja, tidak menimbulkan perasaan iri hati antara satu sama lain, elakkan dari bersifat sombong & tinggi diri dan lain-lain lagi sifat2 yang negatif.
  • Sayangi ilmu - sentiasa mencari ilmu selagi hayat dikandung badan. Ilmu tidak pernah cukup (makin kita cari ilmu, makin banyak lagi yang perlu dipelajari). - kadangkala makin belajar mengenai sesuatu perkara, makin banyak kita merasa kekurangannya.
  • Sayangi usia - Perlu pandai merebut peluang. Usia yang ada tidak perlu disia-siakan. Gunakan usia yang ada dengan melakukan ibadat dan juga amalan @ perbuatan yang bermanfaat/ peluang peniagaan dan sebagainya.

IBU BAPA DERHAKA

Kita tidak boleh menjadi ibu bapa yang "sempurna". Kita hanya boleh menjadi ibu bapa yang terbaik mungkin dengan asuhan yang seimbang. Untuk menjadi ibu bapa yang baik, kita perlu arif dalam menangani karenah anak2.
  • Sebut nama anak - Elakkan menyebut nama2 yg tidak elok.
  • Adab - jaga perkataan2 yang akan disebut. Elakkan menyebut perkataan2 yg negatif. Kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu dan bapa itu adalah doa. Jika ibubapa menyebut perkataan2 yang negatif (cth. bodoh, pemalas, jahat dll), itu bermakna ibubapa mendoakan anaknya menjadi seorang yang bodoh, pemalas dan jahat.
  • Sekolah - pendidikan adalah salah satu dari t/jawab yang perlu diberikan kepada anak2.
  • Makanan - berilah makanan yang halal dan terbaik untuk anak2.

MENDIDIK ANAK
  • 70% Pendidikan anak2 adalah t/jawab ibu bapa - membina watak anak2. Ini bermakna pendidikan yang diberi di rumah lebih banyak mempengaruhi tingkahlaku anak2.
  • 30% Pendidikan secara formal diberikan oleh pihak sekolah - membina otak. Guru2 hanya membantu ibubapa dalam memberi pendidikan tambahan terutama ilmu2 yang diajar di sekolah .

STRATEGI '7S' IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG
  • Sayang menyayangi antara satu sama lain.
  • Sekatan dan sukatan (bagaimana cara) - jika memberi kebebasan pada anak2, perlu melihat setakat mana batasannya. Pastikan anak tahu apa yang boleh dan tidak boleh lakukan. Cth: boleh pergi ke taman permainan tapi mesti balik sebelum maghrib.
  • Study dengan cara bijak - Paling penting cara pembelajaran yang diamalkan. Setiap anak, masing2 ada caranya sendiri. Sebaik2nya waktu belajar bermula pukul 8 malam.
  • Santai bersama keluarga - Jalankan aktiviti2 yang sesuai dilakukan bersama2 dengan keluarga. Sekali sekala pergilah bercuti bersama keluarga. Melalui aktiviti2 yang dilakukan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.
  • Semaikan bakat kepimpinan - Memberi anak2 sedikit t/jawab di rumah. Cth. anak yang sulung perlu menjaga adik2 dan perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Ibubapa boleh memilih kerjaya berdasarkan bakat anak2.
  • Sumbangan kepada masyarakat - Bawa anak2 turut menyertai aktiviti2 bersama masyarakat. cthnya bawa anak2 ke rumah orang2 tua, pusat serenti, lawatan ke penjara dan lain2 tempat yang boleh memberi pengajaran yang berguna pada anak2.
  • Serahkan kepada Tuhan - akhir sekali, setelah kita telah berusaha dengan sedaya upaya untuk membentuk anak2 supaya menjadi anak2 yang soleh, cemerlang di dunia akhirat. Jangan lupa kita berserah & bertawakkal kepada Allah. Jangan hanya tawakkal sahaja tanpa berusaha ( itu dah salah konsep tu).

PERUNDINGAN KELUARGA

  • Buka hati - ibu bapa perlu mencari masa yang sesuai dan duduk bersama dengan anak2, luahkan segala masalah/ perasaan yang tidak puas hati di antara ahli keluarga dan cuba mengatasinya. Pada ketika ini, buangkan semua ego yang ada, kerana tujuan sesi ini adalah untuk membuang segala perasaan tidak puashati dikalangan ahli keluarga bagi membina sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang.
  • Tawar menawar - ibu bapa perlu ada sikap tawar menawar dengan anak2. Cthnya. "Along boleh tengok tv tapi dengan syarat kemas dulu bilik Along ni". "Adik boleh beli buku cerita tapi dengan syarat buku cerita dalam Bahasa Inggeris".
  • Waktu strategik - Cari masa yang sesuai / berkualiti / tenang untuk memberi nasihat & semangat pada anak2. Cthnya; ketika waktu makan, hantar anak ke sekolah & lain2.
  • Berkorban - ibu bapa perlu berkorban untuk menjadikan anak2 cermerlang. Cthnya; jangan kedekut untuk mengeluarkan belanja bagi membeli keperluan pelajaran anak2.
  • Mencari bintang kesayangan - Setiap anak ada keistimewaan masing-masing. Cthnya..mungkin anak kita kurang pandai dalam pelajaran tapi dia berbakat dalam bidang lukisan, sukan dan sebaginya. Ibu bapa pastikan apakah bakat yang ada pada anak (mungkin Juara Pesta Pantun, Juara Pidato, Juara Berserita, Juara Sukan dll).
  • Merenjis air mawar - Berikan pujian & penghargaan . Jangan berat mulut untuk menyebut perkataan "terima kasih, bagus, pandai, usaha lagi, bertuah"dan lain2 . Sebut dengan jelas kejayaan/kebaikan yang telah mereka lakukan. Sentuh hati mereka dengan cara menceritakan kisah2 sejarah tentang perjuangan2 nabi/tokoh2 ilmuan yang berjaya dan jangan lupa ingatkan mereka tentang pentingnya sifat keikhlasan dalam diri anak2. Biasakan dengan mengadakan jamuan (walaupun kecil) untuk meraikan bersama ahli keluarga.
  • Memaksimakan potensi - ibu bapa perlu melihat /mengenali potensi/bakat (minat @ kesukaan) yang ada pada anak & bantu mereka untuk mengembangkan lagi potensi dari sudut ilmu, kemahiran, pengalaman, kecemerlangan dan ketangkasan yang ada pada mereka.

PETUA MENGEKALKAN INGATAN
  • Amalkan ilmu dalam masa 48 jam.
  • Jangan labelkan diri pelupa
  • Menyebut sesuatu perkara itu , 3 kali secara bersuara
  • Apa yang dilakukan secara praktikal/amalan
  • Makan makanan yang boleh menguatkan ingatan.
  • Otak memerlukan oksigen yang cukup.

MODUL SEMAK DAN SELAK
  • Namakan anak - Semak nama anak (cara panggilan nama memberi makna yang baik @sebaliknya)
  • Tingkahlaku - Semak tingkahlaku anak, jika ada yang buruk/negatif cuba perbaiki dengan kadar segera.
  • Sakhsiah diri - semak solat anak2 betul @ sebaliknya, kehadiran ke sekolah, pergaulan dengan kawannya dan lain2.
  • Kemahiran belajar - Selak cara anak2 belajar.
  • Selak bag - Apa isi kandungan yang ada dalam beg sekolah? Keluarkan semua barang2 dalam beg sekolah.
  • Semak Jadual Belajar
  • Selak buku latihan - jika ada latihan yang tidak dihabiskan, tanya guru & kawan2nya ( cuba dalam tempoh 1 bulan secara berterusan - tengok hasilnya).
  • Semak aktiviti harian - Sekolah harian, sekolah agama, riadah, mengaji al-Quran, menonton TV.

JOM SAMA-SAMA BERUBAH:
  • Ubah amalan biasa ; KEBIASAAN - AMALAN - BUDAYA
  • Ubah emosi ; EMOSI - TINDAKAN - PRAKTIK
  • Ubah keperluan dan suasana.

Wednesday, March 30, 2011

GELAGAT KETIKA UJIAN LISAN

Masing-masing berusaha untuk menjawab setiap soalan yang diajukan. Semua pelajar diagihkan sama rata dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi pilihan soalan dan tempoh yang tertentu sebelum dipanggil untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Yang penting mereka faham apa topik-topik yang telah dipelajari dalam kelas.







Masing-masing sibuk berbincang dan ingin menyelesaikan persoalan-persoalan yang diajukan. Pelajar2 kami memang sporting. Jika ada dikalangan kami yang silap sign, mereka akan perbetulkan.

Tuesday, March 22, 2011

DUNIA SEPI 1

Berkongsi pengalaman...

Kalau tak silap Ambe (kalau silap maaf le) , Sijil Kemahiran Khas mula ditawarkan di Politeknik Johor Bahru mulai tahun 2002. Kali pertama ditawarkan secara terbuka, sesiapa yang nak mengajar pelajar-pelajar istimewa tersebut, tiada seorang pun yang berani ( takut tak dapat mengajar dengan sempurna). Akhirnya secara relapaksa adalah seorang dua yang kena mengajar mereka.

Tidak lama selepas itu barulah diadakan kursus belajar bahasa isyarat. Kumpulan yang pertama dari Unit Agama ketika itu, jika tak silap antaranya ialah Wahidah & Rohamiah manakala kumpulan yang kedua pula ialah Ambe sendiri, Norliza, Farahdiba dan Prasanna.

Apa-apapun jika nak berkomunikasi dengan mereka, perlu khatam dulu A - Z. Ambe ni memang satu kelemahan adalah susah untuk melembutkan jari jemari ni. Bila tengok mereka guna sign laju je..rasa jelouse lak...



Ambe rasa sungguh bertuah kerana dapat bersama2 dengan pelajar-pelajar Khas . Alhamdulillah ... walau pun Ambe kurang mahir menggunakan 'sign language', tetapi dapat le juga berkomunikasi dengan mereka walau pun lambat ( biasanya mulut lebih laju dari tangan - walhal mengajar pelajar istimewa, normal la tu). Alhamdulillah sehingga ketika dan saat ini..jika Ambe salah guna sigan mereka akan perbetulkan. Memang tak kedekut ilmu... Mula mengajar kalau tak silap dari tahun 2005 hingga kini, tapi tak mahir-mahir hmm...


Salah satu cara / kaedah P&P yang Ambe gunakan ialah melalui lakonan (menguji setakat mana kefahaman mereka mengenai topik-topik yang diajarkan). Biasanya jika Ambe menggantikan kelas sepatutnya 2 jam sahaja akan mengambil masa sehingga 3 atau 4 jam ( tak sedar masa berlalu ).

Di bawah ini adalah contoh-contoh "lakonan mengenai tajuk NUSYUZ & TALAK".


LAKONAN 1:

Anda seorang suami yang bertanggungjawab, tetapi isteri anda tidak menghormati anda sebagai seorang suami. Pada suatu hari anda berjumpa dengan seorang kawan kepada isteri anda. Dia memaklumkan bahawa isteri anda telah mempunyai seorang anak sebelum berkahwin dengan anda. Anda merasa tertipu. Anda pergi ke pejabat agama untuk meminta nasihat. Pegawai agama menasihatkan supaya anda bersabar dan cuba menasihati serta menyiasat terlebih dahulu isteri anda dengan baik. Rupa2nya isteri anda bersikap kasar terhadap anda kerana ingin menutup malu kerana dia telah dirogol oleh salah seorang saudaranya. Setelah anda menceritakan bahawa anda akan menerima anaknya , barulah isteri anda menagis dan berubah sikap menjadi isteri yang baik dan menghormati anda.


Inilah pelakon2nya


Sedang berbincang antara "si Suami & si Isteri"



LAKONAN 2:

Anda seorang anak yang sentiasa melihat ibubapa anda sedang bergaduh di hadapan anda. Setiap kali anda cuba meleraikan pergaduhan tersebut, anda akan dimarahi oleh ibubapa anda. Pada suatu hari bapa anda telah menceraikan ibu anda. Anda cuba memperbaiki keadaan dengan memujuk supaya ibubapa anda kembali bersama semula. Pada mulanya rancangan anda gagal. Selepas anda melarikan diri dari rumah, barulah ibu bapa anda sedar mengenai kesilapan mereka. Mereka menyesal dan mencari anda. Akhirnya mereka berjumpa dengan anda yang sedang bergaul dengan kawan2 yang tidak berakhlak. Mereka membawa anda pulang ke rumah dan berjanji tidak akan bergaduh lagi.



Sebuah keluarga yang kembali bahagia



LAKONAN 3:

Anda sedang minum di kedai kopi. Tiba2 datang seorang lelaki yang mengatakan isteri anda sedang berada di rumah bersama dengan seorang lelaki. Anda pulang ke rumah dan berlaku pergaduhan dengan lelaki tersebut. Isteri anda mahu menjelaskan keadaan yang sebenar, tetapi anda tidak mahu mmendengarnya dan terus melafazkan talak 1. Setelah melafazkan talak, lelaki tersebut telah menampar anda. Anda terkejut. Kemudian isteri anda menjelaskan bahawa itu adalah adik lelakinya yang telah lama berada di luar negara. Anda rasa menyesal kerana bertindak tanpa berfikir panjang. Kemudian anda rujuk semula dengan isteri anda.


Sedang membuat rumusan mengenai lakonan mereka


"Menyesal kerana suami degil..."


LAKONAN 4:

Anda seorang suami yang tidak bertanggungjawab, suka mendera isteri tanpa sebab. Setiap kali anda menghadapi masalah di pejabat, anda akan melepaskan geram pada isteri. Pada suatu hari, setelah anda memukul isteri anda, isteri anda melarikan diri . Dia telah membuat aduan ke pejabat agama. Pegawai agama telah memanggil anda untuk berbincang. Anda berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan buruk tersebut. Akhirnya anda hidup bahagia bersama pasangan anda.



Minta maaflah, sebab tak boleh nak upload semua gambar. banyak sangat...


LAKONAN 5:

Anda telah menceraikan isteri anda melalui SMS. Isteri anda telah pulang ke rumah ibubapanya kerana merajuk dengan perbuatan anda itu. Setelah 1 tahun berlalu. Anda menyesal dan mencari isteri anda kembali untuk hidup bersama semula. Ketika berjumpa dengan isteri anda, anda rasa terkejut dan berlaku pergaduhan dengan seorang lelaki yang berada bersama2 dengan isteri anda. Rupa2nya itu adalah suami baru isteri anda. Anda rasa malu dan meminta maaf serta terus membawa diri.




LAKONAN 6:

Anda perlu melakonkan aksi seorang suami yang sedang mabuk dan telah melafazkan talak ke atas isterinya. Kemudian merasa menyesal di atas perbuatannya itu. Suami telah berjumpa dengan kawan baiknya untuk meminta nasihat. Akhirnya anda merujuk kembali dengan isteri anda.



LAKONAN 7:

Anda sedang menegmas bilik. Tiba-tiba anda mendapati sekeping kertas yang bertulis “aku telah menceraikan isteriku Aminah dengan talak 1. Apabila anda membaca tulisan tersebut, anda menangis. Pada waktu itu, suami anda berada di tempat kerja. Anda telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan. Suami anda menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menceraikan anda. Tulisan tersebut adalah milik kawan suami anda. Suami anda telah memanggil kawannya untuk menjelaskna keadaan yang sebenar. Kebetulan nama isteri kawan anda adalah sama dengan anda. Anda memohon maaf di atas perlakuan anda terhadap suami.



"Aksi suami memujuk isteri"


LAKONAN 8:

Anda suka bergurau senda dengan isteri anda. Pada suatu hari ketika anda dan isteri berjalan di sebuah supermarket, anda telah berjumpa kembali dengan kekasih lama anda. Secara bergurau anda memberitahu kepada isteri anda bahawa anda mahu berkahwin dengan kekasih anda. Isteri anda merajuk dan meminta supaya anda menceraikannya. Secara bergurau anda menceraikan isteri anda dengan talak 1. Anda menyesal kerana terlebih "bergurau". Kekasih anda memujuk anda supaya berbaik semula dengan isteri anda. Beliau juga telah menjadi kawan baik kepada isteri anda.


Suami sedang memujuk isteri


"Suami sedang memandu kereta"


PANDANGAN:

Sebenarnya mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Apa yang Ambe dapat katakan di sini, sebenarnya mereka adalah pelajar2 yang gigih walau pun mereka tidak sehebat pelajar-pelajar 'biasa' yang lain dalam bidang akademik, tetapi mereka memiliki kesungguhan untuk belajar . Biasanya jika diberikan tugasan, mereka akan cuba buat yang terbaik dengan syarat kita sendiri yang akan bersama-sama mereka membetulkan kesilapan dan apa yang perlu mereka buat. Mereka akan cuba betulkan ,Mereka sanggup datang ke kelas walau pun pada waktu malam (biasanya Ambe buat kelas ganti pada waktu malam kerana pada waktu siang berlaku pertindihan kelas - mereka tetap datang, mereka tinggal di asrama jadi tiada masalah).

Saturday, March 5, 2011

KONVOKESYEN PJB

KONVO HARI KE 2 (1 Mac 2011) - JRKV


Ambe saje ingin mengabadikan kenangan pelajar-pelajar khas di PJB ini. Antara pelajar-pelajar yang pernah berada di ingatan Ambe. Mereka ini begitu istimewa bagi Ambe...


Cantik bila lihat Hidayah (setelah memeluk Islam). Ambe sentiasa mendoakan semoga Hidayah Qarni sentiasa kekal dengan imej seorang muslimah. Ambe dapat tahu Hidayah memeluk Islam pun melalui laman web FB. Alhamdulillah...akhirnya menjadi salah seorang saudara seilslam. Masih terkenang-kenang sewaktu dia bergelar pelajar dulu. Waktu Ambe mengajar Pendidikan Islam, pelajar-pelajar moral tetap berada dalam kelas buat kerja masing-masing. Mereka tidak pernah mengganggu pelajar-pelajar yang lain..Pernah terdetik dalam hati Ambe.. bila melihat wajahnya... "Ya Allah kurniakan taufik dan hidayah baginya sekirannya itu adalah yang terbaik buat dirinya".

Alhamduulillah akhirnya... Allah betul-betul bagi hidayah padanya. Rasa betul-betul terharu dan sedih bila mengetahui tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang waktu sebelum memeluk Islam dan juga selepas memeluk Islam. Sekarang dia bahagia bersama dengan tiga buah keluarga yang dimilikinya. Semoga kebahagian tetap menjadi milih Hidayah hingga ke akhirat.

Selain dari Hidayah, masih ada seorang lagi pelajar yang banyak bertanyakan persoalan-persoalan mengenai Islam, walau bagaimanapun beliau telah berhenti belajar atas sebab-sebab yang tertentu. Ambe doakan semoga hatinya terbuka untuk menerima Islam dalam hidupnya. InsyaAllah...Hanya Allah sahaja yang tahu....



Seronok hati Ambe apabila melihat mereka berjaya. Sebahagian daripada mereka telahpun mendapat pekerjaan. Bagi mereka yang belum mendapat kerja...jangan berputus asa...rezeki ada di mana-mana. Anda perlu berusaha untuk mendapatkannya.



"Teringat zaman bergelar pelajar dulu"




Seronoknya mereka....



Semoga mereka semua mendapat kerjaya yang sesuai dengan apa yang mereka pelajari semasa di PJB dulu. Amin...

Monday, February 28, 2011

PERSIAPAN DEWAN & PENTAS

KONVOKESYEN KE 13 PJB

Buat pertama kalinya, bermula pada 28 Ferbuari hingga 3 Mac 2011, PJB membuat konvokesyen dalam PJB selama 4 hari berturut-turut ( bermula dengan JKM,JRKV,JKE dan berakhir dengan JPH).

Jabatan Pengajian Am (JPA), telah ditugaskan bagi bahagian Persiapan Dewan & Pentas. Alhamdulillah pada kali ini Ambe tidak terlibat secara langsung dalam tugasan ini. Walau bagaimanapun Ambe turut turun padang bagi memberi sokongan pada semua kawan-kawan yang terlibat.

Sepanjang menjalankan tugas / membuat persiapan dewan & pentas antaranya...



Cantik tak? Ini semasa majlis konvo berlangsung


Sebelah kiri: Ustaz Nizam (orang yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai persiapan pentas & dewan ini. manakala di sebelahnya pula En.Riduan (pembawa Cokmar) & Us. Fazrin (pengiring).


Macam pengantin pulak. Riduan, Fazrin & Hosni



Siapakah yang bakal duduk di kerusi atas pentas ni. Ada sesiapa yang teringin ??????



Ini pula Pn.Dina, begitu sibuk sekali menyusun piala-piala bagi menceriakan suasana dalam bilik VVIP. Cayalah... lain kali boleh bagi jawatan pengarah program pulak lepas ni....Jangan marah ye...



Keadaan dalam bilik VVIP begitu 'sesak' sekali dengan barang-barang...




Sapu jangan tak sapu...nanti kalau kerusi tu tak berkilat... siapa yang nak bertanggungjawab tu...



Nampak kemas bila kerusi telah di susun.




Cantik kan? Ini pula orkid-orkid yang dikumpulkan setelah habis konvo. Pokok-pokok ini akan dijual bagi sesiapa yang berminat datanglah ke JPA. Tak mahal pun cuma RM15.00 sahaja sepokok. Duit hasil penjualan pokok orkid ini akan dikembalikan semula ke pihak pengurusan PJB.



Pilih la mana-mana yang berkenan ye. Tujuan penjualan orkid ini adalah kerana tiada orang yang mahu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan serta tiada kos yang cukup untuk menjaganya (sebenarnya tidak berminat sebab tiada pengetahuan yang cukup mengenai cara-cara menjaganya). Alasan aje tuuuuuuuu....

Monday, February 7, 2011

SERONOKNYA JIKA DAPAT BALIK NEGERI SENDIRI...TAPI...

1 Januari 1999 - mula melapor diri di Politeknik Johor Bahru @ singkatannya PJB. Waktu itu, Ambe rasa seperti orang asing, maklumlah kali pertama berada di Johor Bahru sepanjang Ambe menjenguk dunia. Kesian kan...

Imbas kembali suatu ketika dulu...

Ketika sekolah rendah....."Makkk!!!! cikgu buat rombongan gi KL, boleh dok ikut?" "Bolehhhhh...tapi buat lah dulu keje2 yg mak suruh tu..." ( dengan penuh perasaan rajin...Ambe pun buatlah..apa sahaja yang mak suruh semua buat...tapi last2..mak cakap "..ala dok payah gi la...KL tu kan jauh..." hmmm...apa nak buat ikut je la ). Begitu juga ketika sekolah menengah.

Akhirnya ketika dapat belajar di UM, Ambe gunakan peluang waktu cuti semester utk menyertai program2 yang dianjurkan oleh persatuan ketika itu. Dalam masa yang sama dapat melihat tempat2 yang tak pernah Ambe pergi sebelum itu. Itulah orang2 tua cakap ..jauh berjalan luas pandangan. Betul tu... walau bagaimanapun sepanjang belajar dulu hanya beberapa buah negeri sahaja yang sempat Ambe jenguk.

Bila sudah masuk alam pekerjaan ini, lain pulak ceritanya, asyik nak balik negeri je.. itu lah sikap manusia.. tak pernah merasa puas dengan apa yang telah diperolehi...

Kembali semula ke PJB..

Ketika melapor diri waktu itu, Ambe berjumpa dengan Farahdiba Md Said (sekarang sudah menjadi Ketua Jabatan Ambe ), Prasanna a/p Kesavan (sekarang sedang menyambung pelajaran ke peringkat PHD...hmm...bila pulak lah Ambe nak ikut jejak kawan2 yang sambung belajar ni ), Asmahan Mokhtar ( sudah berpindah ), Fazilah ( sudah berpindah ) dan Kuldip Kaur ( sudah pindah ). Sekarang ramai antara kawan2 seperjuangan telah berpindah sama ada mereka sambung belajar, mengikut suami atau sengaja tukar angin mencari pengalaman yang lebih mencabar.

Antara kenangan yang tinggal bersama teman-teman perjuangan..


Ramai yang telah "hilang" dr PJB. mana2 wajah yg dibulatkan tu adalah antara mereka yang telah tiada lagi di JPA PJB. Antaranya: Prabagaran ( PUO ),Mohd Zohdi (PKB) , Rosmawati (PSP), Suhaila (Sek. Men. Keb. Tanjung Puteri Resort ), Loo Sook Ye (Sandakan), Noraini (PKK), Miryati (Putrajaya), Nur Afifah (PUO), Liyana (POLISAS), Nor Haniza (JH) dan Noorulziwaty (Teluk Intan). Sebenarnya ramai lagi yang telah berpindah termasuk Suraini Ripin (Muadzam Shah), Hafizah Yusof (Sabak Bernam), Wan Zamri, Hamdan Md Zain, Norliza Abd Rahman, Wan Noraini, Rohani Bakar (POLIMAS), Suiati Barning (PKM), Endon (PKT), Darmila Ali, (PKT), Rushidah (Teluk Intan), Hayati, Azizah (PKB) dan ramai lagi...sorry la kawan2 Ambe semua.... lupa lah nama masing2 yg lain... Huk..huk..huk..sedihnya...


Kak Mahnessa ( sekarang di PSA )


Kalau tengok gambar , ini sahaja staf lelaki yang wujud di JPA, tetapi sebahagiannya telah membawa diri masing2.


Sepanjang pemerhatian Ambe, mana2 kawan2 yang baru bertugas memang jauh bezanya dengan kawan2 yang dulu. Manakan nak sama..dari segi usia pun sudah nampak. Kalau dulu ramai yang bertugas di JPA ni adalah mereka yang berasal dari sekolah. Bukan seperti adik2 yang sekarang ni, baru posting terus masuk poli. Komitmen mereka pun berbeza ( bukan semua la hanya segelintir sahaja, tak dinafikan masih ada antara mereka yang memang cemerlang , prestasinya mantain sahaja ).

Apa sahaja yang kita lakukan... terpulang kepada NIAT kita sebenarnya. Jika kita kerja kerana mengejar pangkat dan kedudukan, insyaAllah itulah yang akan kita dapat... tapi kalau tak dapat tentu kita kecewa yang aaaamattttttt sangat kan. Perasaan pun tak tenteram, terutama bila tengok orang lain naik pangkat terlebih dahulu dari kita... NAUZUBILLAHI MINZALIK....

Jika kerja kerana ingin mengumpul harta... lupakanlah... terutama kalau kerja dengan kerajaan ( maaf le... tak dapat jadi kaya punyeeeeee...) sebab kerja dgn kerajaan ni bererti kita kerja untuk berbakti & berkhidmat kepada masyarakat. Kalau kerja dengan gaji yang tak seberapa...tapi dapat mengumpul harta yang bertimbun dan menjadi kaya raya.. faham2 je la... jgn salah faham lak ye...maksud Ambe...secara logiknya kalau tak berkemampuan adalah mustahil pada akal untuk bergaya mewah, KECUALI JIKA REZEKI ITU HALAL & BERKAT...

Jika kerja kerana ingin goyang kaki...(sorry le...terutama sekarang ni..banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Kadang2 tugas sampingan lagi banyak daripada tugas utama).


Jika kerja kerana terpaksa dan bukan dalam bidang yang diminati malah hanya pilihan terakhir... tungguuuuuuu...banyak masalah yang akan muncul nanti...heee... hmmm...fikir2kanlah...

Apa sahaja.... (peringatan untuk diri Ambe yang mudah alpa) yang penting niat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara, insyaAllah...Allah akan permudahkan segala urusan kita dan diberkati serta mendapat rahmat Allah s.w.t sentiasa. Aminnn.... sama2 lah kita mempraktikkan 'IKHLAS' dalam hidup harian kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails