Saturday, January 15, 2011

Kerja Sampai Bila Pun Tak Habis.....

Suasana ruang kerja


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sudah lama benar rasanya tiada coretan di sini. Almaklumlah masa yang ada tidak mengizinkan Ambe menjenguk blog ini (amboi... sibuk mengalahkan menteri). Sebenarnya bukan masa yang tak ada tetapi masa tersebut digunakan untuk membuat tugas-tugas lain.

Bila sebut pasal tugas ni kan, semua orang ada tugas & tanggungjawab masing-masing. Kalau kita tidak tahu bagaimana cara untuk mengagihkan masa untuk menyelesaikan tugas-tugas yang ada, maka sesungguhnya kita memang rugi. Ini adalah peringatan untuk diri Ambe sendiri sebenarnya. Maklumlah kadang-kadang kita ni lalai. Jika tiada orang yang mengingatkan kita, nescaya berterusanlah kelalaian itu ( nauzubillahi min zaalik ). Oleh kerana itu sekiranya ada rakan,sahabat,keluarga ,jiran atau sesiapa sahaja yang menegur kesilapan kita, maka kita harus mengucapkan terima kasih kepadanya & seterusnya melahirkan kesyukuran kepada Allah kerana tidak membiarkan kita terus melakukan kesilapan ( alahai... ceramah la pulak ).

Bukan apa, kali ni Ambe nak kongsi sikit dgn sahabat-sahabat mengenai tanggungjawab ini. Mulai Sesi Disember 2010 ni, kami di Jabatan Pengajian Am mula terasa bebanan tugas. Masa yang ada terasa amat singkat sekali. Bayangkan nak buat soalan-soalan kuiz, ujian, dan sebagainya, terkejar-kejar. Kadang-kadang terasa juga bila rakan-rakan sebut "ni tak buat lagi, itu tak buat lagi..." tapi nak buat macam mana semuanya ada tugas masing- masing.

Kali ini, semua staf Unit agama mengajar antara 18 hingga 21 jam seminggu setiap seorang. Kalau sebelum ini kami melihat rakan-rakan Unit Bahasa yang memikul bebanan itu, bertungkus lumus untuk menyiapkan tugas masing-masing, tapi pada kali ini unit kami pula yang merasa bebanannya. Itu baru P&P belum masuk lagi bebanan tugas sampingan yang lain. Ada juga tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh unit pentadbiran tetapi diberi kepada pensyarah untuk melakukannya dan sebagainya lagi.

InsyaAllah selagi mampu untuk menjalankannya maka "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" akan buat. Tetapi kan kita ni manusia biasa. Ada masa kita kuat dan ada masa kita kehilangan motivasi. Begitu juga , ada dikalangan kita yang ringan tulang menolong rakan dan ada jugak.... yang seronok melihat rakan yang tak menang tangan untuk melaksanakan tugas mereka. Bukan nak tolong.... tapi mengata lagi ada lah. Ada dikalangan kita yang mempunyai masalah keluarga terpaksa ketepikan dulu untuk memberi ruang kepada tugas-tugas yang dirasakan amat penting di jabatan. Ambe memang tabik spring kepada orang-orang yang macam ini. Tetapi tidak ramai orang yang mempunyai sikap sebegitu rupa. Malah ada dikalangan rakan-rakannya sendiri menujukkan rasa tidak puas hati. Bagaimana nak menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti itu???. Ada cadangan??? Selagi ada PHD (Perasaan Hasad Dengki ), maka selagi itulah sesebuah jabatan (tempat kerja) tidak akan aman. Suasana kerja juga tidak selesa. Ambe bukan apa, cuma kesal dengan sikap segelintir orang-orang seperti itu. Mana-mana tempat ada.

Apa-apa pun setiap tugas yang diamanahkan kepada kita, maka laksanakanlah dengan penuh tanggungjawab serta ikhlas melakukannya. Janganlah "eleh...kalau aku buat dapat apa?". Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan pasti ada "PEGAWAI ATASAN" ( siapa lagi kalau bukan ALLAH ) yang memerhatikannya. Itulah di akhir nanti akan menentukan sama ada kita akan dapat "BONUS" atau SEBALIKNYA.

Walau bagaimanapun kita harus ingat, kita ni bukan robot. Bekerja sepenuh masa. Badan kita pun perlu kepada rehat yang cukup. Buatlah mengikut kemampuan masing-masing dan dalam masa yang sama kita perlu jaga kualiti yang dihasilkan. Kerja ni sampai bila-bila pun tak habis. Bagi yang berkeluarga "ingatlah ...jangan terlalu asyik dengan kerja hingga lupa kepada keluarga". Kerja hilang boleh dicari...tetapi kalau keluarga yang hilang???????? Fikirlah sendiri...

Monday, October 4, 2010

IKRAM 3

Akhirnya .....inilah hasilnya. Sepanjang program IKRAM.


Staf yg banyak mencurahkan bakti pd JPA.



Semasa 'raptai'



Sepanjang program IKRAM...


Sebahagin drp peserta yg mengambil bahagian.



Di akhir program......


Orang2 penting...


Sekitar majlis IKRAM...


Sebelum majlis bersurai


APA2 PERKARA SEKALIPUN, JIKA ADA KERJASAMA, SIKAP TOLAK ANSUR SERTA TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN, INSYAALLAH SEMUANYA AKAN BERJAYA...


IKRAM 2

Program bermula pd jam 7.30 pg.....

Awal-awal lagi para peserta dah sampai

Kami amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada beberapa pihak yang banyak memberi kerjasa terutama dari segi menyediakan peserta Khatam Al-Quran kali ini. Antaranya pihak Sek. Keb. Kopok & Sek Keb Cahaya Baru. Bukan senang sebenarnya untuk mencari peserta ini. Tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga.



Sempat lagi mereka berposing ye? Sebahagian drp peserta mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan mereka di Politeknik Johor Bahru. Kami amat berharap di lain kali mereka akan datang lagi ke sini.


Isu apa agaknya yg rancak sangat dibualkan tu. Para pelajar mula berpusu2 ke Dewan Serbaguna PJB. Alhamdulillah program berjalan lancar.



Sedondon la pulak. Sempat bergambar sebelum program bermula. Dr Kiri: Nik Intan Baizura, Us.Mohd Hamdi, Azmi Sanap, Us. Khairul Nizam dan En. Noor Azmi Asmawi.


Us. Mohd Senusi Lebai Ismail - salah seorang tetamu VIP






Masing2 menunggu ketibaan VVIP




Pengerusi Program IKRAM ni: Us.Khairul Nizam & Nora Sahari




Peserta IKRAM

Sebahagian drp peserta sedang khusyuk menghayati bacaan Al-Quran yang diketuai oleh Us. Mohd Hamdi b. Yaacob, salah seorang drp pensyarah Jabatan Pengajian Am PJB.


Us. Mohd Hamdi


Tetamu Terhormat diiringi oleh Pengarah PJB


Perasmi Majlis IKRAM - En.Azman b.Ahmad



Persembahan Tadika Pasti Al-Irfan



Sebahagian drp ibubapa yg hadir




Penyampaian Cenderahati pada peserta



Pengarah Program menyerahkan dana Saham Wakaf Quran

Selain drp Program IKRAM, kaunter Saham Wakaf Al-Quran turut dibuka. Kaunter ini dikendalikan oleh pegawai2 drp Jabatan Agama Islam Johor sendiri. Bagi sesiapa yang ingin membeli saham Wakaf Al-Quran ini boleh menghubungi mana2 pegawai di Jabatan Agama.



Penyampaian Sijil Penghargaan kepada En.Azman bin Ahmad

Penyampaian Sijil Penghargaan disampaikan oleh Pengarah PJB iaitu En. Shabudin Bin Man. Felda Johor Bulkers adalah penaja utama bagi Program IKRAM ini sepertimana yang Ambe maklumkan sebelum ini. Kami amat berterima kasih kepada pihak Felda Johor Bulkers Sdn. Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu En.Azman bin Ahmad, yang sudi merasmikan majlis IKRAM ini. jasamu tuan hanya Allah sahaja yang membalasnya. Kepada semua penaja dan pemberi sumbangan, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian dan beroleh keuntungan yang berlipatkali ganda. InsyaAllah.





Penghargaan kepada Tn Haji Fauzee Mustaffa




Cenderahati kepada Pihak Jab. Agama Johor.



Pelajar2 Spatik Negeri Johor


Pelajar Spastik membaca Al-Quran


Sebahagian drp pelajar2 Spastik Negeri Johor turut memberi sokongan moral serta mengambil bahagian dalam Program IKRAM ini. Ini menunjukkan kemampuan seseorang tidak boleh diukur melalui kecacatan atau ketidakupayaan fizikal seseorang. Kadang kala golongan yang tidak upaya seperti ini lebih berhati mulia dan lebih komited berbanding dengan golongan normal. Maha Suci Allah. Setiap insan ada keistimewaan masing2.




Sijil Penghargaan - Imam Zakaria
Imam Zakaria adalah salah seorang drp guru mengaji Al-Quran kepada 50 peserta yang mengambil bahagian dalam Program IKRAM ini. Syabas!!!! diucapkan.


Guru pengiring

Inilah antara jasa-jasa yang ditaburkan oleh guru2 sekolah. Walaupun Program IKRAM ini diadakan pada waktu cuti persekolahan namun kewajipan sebagai guru tetap diutamakan. Mereka sanggup korbankan masa demi anak murid. Untuk makluman guru2 pengiring inilah yang banyak membantu & mengawal pergerakan para peserta Program IKRAM ini. Tanpa mereka program ini juga tidak dapat berjalan dengan lancar. Syabas!!!!!!kepada guru yang bertugas..



Sesi bergambar....



Sek Agama Kopok







Sek Keb Kopok


Sek Keb Cahaya Baru


JUMPA LAGI DALAM IKRAM 3



Sunday, October 3, 2010

IKRAM 1




Program IKRAM telah dirancang bermula bulan Mei 2010 lagi. Alhamdulillah program bersama rakyat ini berjaya dilaksanakan pada 2 Oktober 2010 di Dewan Serbaguna PJB. Asalnya program ini dirancang dengan simple aje...tapi setiap kali perjumpaan ada saja pertambahan idea. Sampaikan budget asal yang ciput telah meningkat hingga ke ratusan ribu.


Sebelum Program IKRAM 2010 bermula... Us.Roslan sebagai Pengarah Program IKRAM mencadangkan sesi bergambar bersama2 dgn semua staf JPA... Berikut antara sebahagian gambar yang sempat di upload...sama2 kita saksikan ...


Happynye Si Azmi Sanap ni. Apa agaknya yg diceritakan pada ustaz2 tu...sampaikan masing2 tergelak...lucu sangat ke??? Azmi...Azmi...macam nak menari zapin je...Ambe tengok. Kalau hari-hari ceria macam ni, aman JPA. Tak ada perasaan PHD, sombong, tunjuk pandai dan lain2 ( ye ke???) , jika ada buang le semua perasaan tu. Marilah kita sama2 bina hidup baru. Baru le seronok nak kerja. Betul tak kawan2???




En.Azmi,Us.Roslan,Us.Nizam,Us.Hosni & Us.Hamdi




Ni sesi serius le pulak. Masing2 kontrol hensem...pilih le mana2 yg berkenan...Bila memikirkan pasal program ni, masing2 kecut perut. Maklumlah tak ada sebarang peruntukan la katakan. Tapi dengan berkat usaha semua staf dapat le jugak sumbangan terutama Felda Johor Bulkers. Mereka dengan berbesar hati menyumbang sebanyak RM 16 ribu. Duit itulah yang banyak membantu kami. Sepanjang sebelum program ini berlangsung, kami menghadapi pelbagai cabaran & rintangan. Hinggakan sampai satu tahap... ada staf yang give up. Walau bagaimanapun dengan semangat dan motivasi yang diberikan oleh Ketua Jabatan serta rakan2 antara satu sama lain serta semangat kerjasama yang ditunjukkan, alhamdulillah berjaya juga akhirnya.




Semua staf JPA tahun 2010. Tp sayang KJ tak ade...kebetulan dia ade hal waktu tu.. Ini le kami warga Jpa. Apa2 pun kami tetap satu jabatan. Susah senang tetap bersama. Ye ke????? Insyaallah....



Alamak!!!!!...posing habisssssss...macam sambutan raya le pulak




Santaiiii.... Sempat lagi sembang2...



Antara pembahagian tugas semasa Program IKRAM yang Ambe ingat:


AJK Makanan : Rafidah,Julia,Nizam & Jana




AJK Publisiti: Hafeez,Ainun,Zarim & Arnie




AJK Multimedia : Helen & Angela




AJK Protokol: Intan,Huda & Ambe




AJK Buku Program/Cenderahati: Hana,Dina & Rohamiah




S/U & Bendahari : Praba,Afifah,Masitah & Ainoor




AJK Jemputan: Ayu, Shah & Roslina



TUNGGU IKRAM 2.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails