Assalamualaikum dan salam sejahtera . Selamat datang ke laman JANNATUL FIRDAUS. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan hubungan siratulrahim antara ahli keluarga. Mana-mana yang baik, jadikanlah panduan, tetapi... mana-mana yang buruk serta tercela buanglah jauh-jauh dari ingatan. Ingatlah yang baik lupakanlah yang buruk.
Wednesday, March 30, 2011
GELAGAT KETIKA UJIAN LISAN
Tuesday, March 22, 2011
DUNIA SEPI 1
Kalau tak silap Ambe (kalau silap maaf le) , Sijil Kemahiran Khas mula ditawarkan di Politeknik Johor Bahru mulai tahun 2002. Kali pertama ditawarkan secara terbuka, sesiapa yang nak mengajar pelajar-pelajar istimewa tersebut, tiada seorang pun yang berani ( takut tak dapat mengajar dengan sempurna). Akhirnya secara relapaksa adalah seorang dua yang kena mengajar mereka.
Tidak lama selepas itu barulah diadakan kursus belajar bahasa isyarat. Kumpulan yang pertama dari Unit Agama ketika itu, jika tak silap antaranya ialah Wahidah & Rohamiah manakala kumpulan yang kedua pula ialah Ambe sendiri, Norliza, Farahdiba dan Prasanna.
Apa-apapun jika nak berkomunikasi dengan mereka, perlu khatam dulu A - Z. Ambe ni memang satu kelemahan adalah susah untuk melembutkan jari jemari ni. Bila tengok mereka guna sign laju je..rasa jelouse lak...

Ambe rasa sungguh bertuah kerana dapat bersama2 dengan pelajar-pelajar Khas . Alhamdulillah ... walau pun Ambe kurang mahir menggunakan 'sign language', tetapi dapat le juga berkomunikasi dengan mereka walau pun lambat ( biasanya mulut lebih laju dari tangan - walhal mengajar pelajar istimewa, normal la tu). Alhamdulillah sehingga ketika dan saat ini..jika Ambe salah guna sigan mereka akan perbetulkan. Memang tak kedekut ilmu... Mula mengajar kalau tak silap dari tahun 2005 hingga kini, tapi tak mahir-mahir hmm...
Salah satu cara / kaedah P&P yang Ambe gunakan ialah melalui lakonan (menguji setakat mana kefahaman mereka mengenai topik-topik yang diajarkan). Biasanya jika Ambe menggantikan kelas sepatutnya 2 jam sahaja akan mengambil masa sehingga 3 atau 4 jam ( tak sedar masa berlalu ).
Di bawah ini adalah contoh-contoh "lakonan mengenai tajuk NUSYUZ & TALAK".
LAKONAN 1:
Anda seorang suami yang bertanggungjawab, tetapi isteri anda tidak menghormati anda sebagai seorang suami. Pada suatu hari anda berjumpa dengan seorang kawan kepada isteri anda. Dia memaklumkan bahawa isteri anda telah mempunyai seorang anak sebelum berkahwin dengan anda. Anda merasa tertipu. Anda pergi ke pejabat agama untuk meminta nasihat. Pegawai agama menasihatkan supaya anda bersabar dan cuba menasihati serta menyiasat terlebih dahulu isteri anda dengan baik. Rupa2nya isteri anda bersikap kasar terhadap anda kerana ingin menutup malu kerana dia telah dirogol oleh salah seorang saudaranya. Setelah anda menceritakan bahawa anda akan menerima anaknya , barulah isteri anda menagis dan berubah sikap menjadi isteri yang baik dan menghormati anda.
LAKONAN 2:
Anda seorang anak yang sentiasa melihat ibubapa anda sedang bergaduh di hadapan anda. Setiap kali anda cuba meleraikan pergaduhan tersebut, anda akan dimarahi oleh ibubapa anda. Pada suatu hari bapa anda telah menceraikan ibu anda. Anda cuba memperbaiki keadaan dengan memujuk supaya ibubapa anda kembali bersama semula. Pada mulanya rancangan anda gagal. Selepas anda melarikan diri dari rumah, barulah ibu bapa anda sedar mengenai kesilapan mereka. Mereka menyesal dan mencari anda. Akhirnya mereka berjumpa dengan anda yang sedang bergaul dengan kawan2 yang tidak berakhlak. Mereka membawa anda pulang ke rumah dan berjanji tidak akan bergaduh lagi.

LAKONAN 3:
Anda sedang minum di kedai kopi. Tiba2 datang seorang lelaki yang mengatakan isteri anda sedang berada di rumah bersama dengan seorang lelaki. Anda pulang ke rumah dan berlaku pergaduhan dengan lelaki tersebut. Isteri anda mahu menjelaskan keadaan yang sebenar, tetapi anda tidak mahu mmendengarnya dan terus melafazkan talak 1. Setelah melafazkan talak, lelaki tersebut telah menampar anda. Anda terkejut. Kemudian isteri anda menjelaskan bahawa itu adalah adik lelakinya yang telah lama berada di luar negara. Anda rasa menyesal kerana bertindak tanpa berfikir panjang. Kemudian anda rujuk semula dengan isteri anda.
LAKONAN 4:
Anda seorang suami yang tidak bertanggungjawab, suka mendera isteri tanpa sebab. Setiap kali anda menghadapi masalah di pejabat, anda akan melepaskan geram pada isteri. Pada suatu hari, setelah anda memukul isteri anda, isteri anda melarikan diri . Dia telah membuat aduan ke pejabat agama. Pegawai agama telah memanggil anda untuk berbincang. Anda berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan buruk tersebut. Akhirnya anda hidup bahagia bersama pasangan anda.
Minta maaflah, sebab tak boleh nak upload semua gambar. banyak sangat...
LAKONAN 5:
Anda telah menceraikan isteri anda melalui SMS. Isteri anda telah pulang ke rumah ibubapanya kerana merajuk dengan perbuatan anda itu. Setelah 1 tahun berlalu. Anda menyesal dan mencari isteri anda kembali untuk hidup bersama semula. Ketika berjumpa dengan isteri anda, anda rasa terkejut dan berlaku pergaduhan dengan seorang lelaki yang berada bersama2 dengan isteri anda. Rupa2nya itu adalah suami baru isteri anda. Anda rasa malu dan meminta maaf serta terus membawa diri.
LAKONAN 6:
Anda perlu melakonkan aksi seorang suami yang sedang mabuk dan telah melafazkan talak ke atas isterinya. Kemudian merasa menyesal di atas perbuatannya itu. Suami telah berjumpa dengan kawan baiknya untuk meminta nasihat. Akhirnya anda merujuk kembali dengan isteri anda.

LAKONAN 7:
Anda sedang menegmas bilik. Tiba-tiba anda mendapati sekeping kertas yang bertulis “aku telah menceraikan isteriku Aminah dengan talak 1. Apabila anda membaca tulisan tersebut, anda menangis. Pada waktu itu, suami anda berada di tempat kerja. Anda telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan. Suami anda menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menceraikan anda. Tulisan tersebut adalah milik kawan suami anda. Suami anda telah memanggil kawannya untuk menjelaskna keadaan yang sebenar. Kebetulan nama isteri kawan anda adalah sama dengan anda. Anda memohon maaf di atas perlakuan anda terhadap suami.
LAKONAN 8:
Anda suka bergurau senda dengan isteri anda. Pada suatu hari ketika anda dan isteri berjalan di sebuah supermarket, anda telah berjumpa kembali dengan kekasih lama anda. Secara bergurau anda memberitahu kepada isteri anda bahawa anda mahu berkahwin dengan kekasih anda. Isteri anda merajuk dan meminta supaya anda menceraikannya. Secara bergurau anda menceraikan isteri anda dengan talak 1. Anda menyesal kerana terlebih "bergurau". Kekasih anda memujuk anda supaya berbaik semula dengan isteri anda. Beliau juga telah menjadi kawan baik kepada isteri anda.
Sebenarnya mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Apa yang Ambe dapat katakan di sini, sebenarnya mereka adalah pelajar2 yang gigih walau pun mereka tidak sehebat pelajar-pelajar 'biasa' yang lain dalam bidang akademik, tetapi mereka memiliki kesungguhan untuk belajar . Biasanya jika diberikan tugasan, mereka akan cuba buat yang terbaik dengan syarat kita sendiri yang akan bersama-sama mereka membetulkan kesilapan dan apa yang perlu mereka buat. Mereka akan cuba betulkan ,Mereka sanggup datang ke kelas walau pun pada waktu malam (biasanya Ambe buat kelas ganti pada waktu malam kerana pada waktu siang berlaku pertindihan kelas - mereka tetap datang, mereka tinggal di asrama jadi tiada masalah).
Saturday, March 5, 2011
KONVOKESYEN PJB
Cantik bila lihat Hidayah (setelah memeluk Islam). Ambe sentiasa mendoakan semoga Hidayah Qarni sentiasa kekal dengan imej seorang muslimah. Ambe dapat tahu Hidayah memeluk Islam pun melalui laman web FB. Alhamdulillah...akhirnya menjadi salah seorang saudara seilslam. Masih terkenang-kenang sewaktu dia bergelar pelajar dulu. Waktu Ambe mengajar Pendidikan Islam, pelajar-pelajar moral tetap berada dalam kelas buat kerja masing-masing. Mereka tidak pernah mengganggu pelajar-pelajar yang lain..Pernah terdetik dalam hati Ambe.. bila melihat wajahnya... "Ya Allah kurniakan taufik dan hidayah baginya sekirannya itu adalah yang terbaik buat dirinya".Alhamduulillah akhirnya... Allah betul-betul bagi hidayah padanya. Rasa betul-betul terharu dan sedih bila mengetahui tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang waktu sebelum memeluk Islam dan juga selepas memeluk Islam. Sekarang dia bahagia bersama dengan tiga buah keluarga yang dimilikinya. Semoga kebahagian tetap menjadi milih Hidayah hingga ke akhirat.
Selain dari Hidayah, masih ada seorang lagi pelajar yang banyak bertanyakan persoalan-persoalan mengenai Islam, walau bagaimanapun beliau telah berhenti belajar atas sebab-sebab yang tertentu. Ambe doakan semoga hatinya terbuka untuk menerima Islam dalam hidupnya. InsyaAllah...Hanya Allah sahaja yang tahu....
Monday, February 28, 2011
PERSIAPAN DEWAN & PENTAS
Jabatan Pengajian Am (JPA), telah ditugaskan bagi bahagian Persiapan Dewan & Pentas. Alhamdulillah pada kali ini Ambe tidak terlibat secara langsung dalam tugasan ini. Walau bagaimanapun Ambe turut turun padang bagi memberi sokongan pada semua kawan-kawan yang terlibat.
Sepanjang menjalankan tugas / membuat persiapan dewan & pentas antaranya...
Sebelah kiri: Ustaz Nizam (orang yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai persiapan pentas & dewan ini. manakala di sebelahnya pula En.Riduan (pembawa Cokmar) & Us. Fazrin (pengiring).
Ini pula Pn.Dina, begitu sibuk sekali menyusun piala-piala bagi menceriakan suasana dalam bilik VVIP. Cayalah... lain kali boleh bagi jawatan pengarah program pulak lepas ni....Jangan marah ye...
Cantik kan? Ini pula orkid-orkid yang dikumpulkan setelah habis konvo. Pokok-pokok ini akan dijual bagi sesiapa yang berminat datanglah ke JPA. Tak mahal pun cuma RM15.00 sahaja sepokok. Duit hasil penjualan pokok orkid ini akan dikembalikan semula ke pihak pengurusan PJB.
Pilih la mana-mana yang berkenan ye. Tujuan penjualan orkid ini adalah kerana tiada orang yang mahu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan serta tiada kos yang cukup untuk menjaganya (sebenarnya tidak berminat sebab tiada pengetahuan yang cukup mengenai cara-cara menjaganya). Alasan aje tuuuuuuuu....Monday, February 7, 2011
SERONOKNYA JIKA DAPAT BALIK NEGERI SENDIRI...TAPI...
Ramai yang telah "hilang" dr PJB. mana2 wajah yg dibulatkan tu adalah antara mereka yang telah tiada lagi di JPA PJB. Antaranya: Prabagaran ( PUO ),Mohd Zohdi (PKB) , Rosmawati (PSP), Suhaila (Sek. Men. Keb. Tanjung Puteri Resort ), Loo Sook Ye (Sandakan), Noraini (PKK), Miryati (Putrajaya), Nur Afifah (PUO), Liyana (POLISAS), Nor Haniza (JH) dan Noorulziwaty (Teluk Intan). Sebenarnya ramai lagi yang telah berpindah termasuk Suraini Ripin (Muadzam Shah), Hafizah Yusof (Sabak Bernam), Wan Zamri, Hamdan Md Zain, Norliza Abd Rahman, Wan Noraini, Rohani Bakar (POLIMAS), Suiati Barning (PKM), Endon (PKT), Darmila Ali, (PKT), Rushidah (Teluk Intan), Hayati, Azizah (PKB) dan ramai lagi...sorry la kawan2 Ambe semua.... lupa lah nama masing2 yg lain... Huk..huk..huk..sedihnya...
Kak Mahnessa ( sekarang di PSA )
Kalau tengok gambar , ini sahaja staf lelaki yang wujud di JPA, tetapi sebahagiannya telah membawa diri masing2.Apa sahaja yang kita lakukan... terpulang kepada NIAT kita sebenarnya. Jika kita kerja kerana mengejar pangkat dan kedudukan, insyaAllah itulah yang akan kita dapat... tapi kalau tak dapat tentu kita kecewa yang aaaamattttttt sangat kan. Perasaan pun tak tenteram, terutama bila tengok orang lain naik pangkat terlebih dahulu dari kita... NAUZUBILLAHI MINZALIK....
Jika kerja kerana ingin goyang kaki...(sorry le...terutama sekarang ni..banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Kadang2 tugas sampingan lagi banyak daripada tugas utama).
Jika kerja kerana terpaksa dan bukan dalam bidang yang diminati malah hanya pilihan terakhir... tungguuuuuuu...banyak masalah yang akan muncul nanti...heee... hmmm...fikir2kanlah...
Apa sahaja.... (peringatan untuk diri Ambe yang mudah alpa) yang penting niat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara, insyaAllah...Allah akan permudahkan segala urusan kita dan diberkati serta mendapat rahmat Allah s.w.t sentiasa. Aminnn.... sama2 lah kita mempraktikkan 'IKHLAS' dalam hidup harian kita.
Saturday, January 15, 2011
Kerja Sampai Bila Pun Tak Habis.....
Bukan apa, kali ni Ambe nak kongsi sikit dgn sahabat-sahabat mengenai tanggungjawab ini. Mulai Sesi Disember 2010 ni, kami di Jabatan Pengajian Am mula terasa bebanan tugas. Masa yang ada terasa amat singkat sekali. Bayangkan nak buat soalan-soalan kuiz, ujian, dan sebagainya, terkejar-kejar. Kadang-kadang terasa juga bila rakan-rakan sebut "ni tak buat lagi, itu tak buat lagi..." tapi nak buat macam mana semuanya ada tugas masing- masing.
Kali ini, semua staf Unit agama mengajar antara 18 hingga 21 jam seminggu setiap seorang. Kalau sebelum ini kami melihat rakan-rakan Unit Bahasa yang memikul bebanan itu, bertungkus lumus untuk menyiapkan tugas masing-masing, tapi pada kali ini unit kami pula yang merasa bebanannya. Itu baru P&P belum masuk lagi bebanan tugas sampingan yang lain. Ada juga tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh unit pentadbiran tetapi diberi kepada pensyarah untuk melakukannya dan sebagainya lagi.
InsyaAllah selagi mampu untuk menjalankannya maka "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" akan buat. Tetapi kan kita ni manusia biasa. Ada masa kita kuat dan ada masa kita kehilangan motivasi. Begitu juga , ada dikalangan kita yang ringan tulang menolong rakan dan ada jugak.... yang seronok melihat rakan yang tak menang tangan untuk melaksanakan tugas mereka. Bukan nak tolong.... tapi mengata lagi ada lah. Ada dikalangan kita yang mempunyai masalah keluarga terpaksa ketepikan dulu untuk memberi ruang kepada tugas-tugas yang dirasakan amat penting di jabatan. Ambe memang tabik spring kepada orang-orang yang macam ini. Tetapi tidak ramai orang yang mempunyai sikap sebegitu rupa. Malah ada dikalangan rakan-rakannya sendiri menujukkan rasa tidak puas hati. Bagaimana nak menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti itu???. Ada cadangan??? Selagi ada PHD (Perasaan Hasad Dengki ), maka selagi itulah sesebuah jabatan (tempat kerja) tidak akan aman. Suasana kerja juga tidak selesa. Ambe bukan apa, cuma kesal dengan sikap segelintir orang-orang seperti itu. Mana-mana tempat ada.
Apa-apa pun setiap tugas yang diamanahkan kepada kita, maka laksanakanlah dengan penuh tanggungjawab serta ikhlas melakukannya. Janganlah "eleh...kalau aku buat dapat apa?". Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan pasti ada "PEGAWAI ATASAN" ( siapa lagi kalau bukan ALLAH ) yang memerhatikannya. Itulah di akhir nanti akan menentukan sama ada kita akan dapat "BONUS" atau SEBALIKNYA.
Walau bagaimanapun kita harus ingat, kita ni bukan robot. Bekerja sepenuh masa. Badan kita pun perlu kepada rehat yang cukup. Buatlah mengikut kemampuan masing-masing dan dalam masa yang sama kita perlu jaga kualiti yang dihasilkan. Kerja ni sampai bila-bila pun tak habis. Bagi yang berkeluarga "ingatlah ...jangan terlalu asyik dengan kerja hingga lupa kepada keluarga". Kerja hilang boleh dicari...tetapi kalau keluarga yang hilang???????? Fikirlah sendiri...
Monday, October 4, 2010
IKRAM 3
IKRAM 2
Awal-awal lagi para peserta dah sampai
Us. Mohd Senusi Lebai Ismail - salah seorang tetamu VIP
Masing2 menunggu ketibaan VVIP
Sek Agama Kopok
Sek Keb Kopok

































