Wednesday, March 17, 2010

Bukit Layang2 - Pasir Gudang




Hari ni Ambe bawak anak2 pergi ke Bukit Layang-Layang, dah lama rasanya Ambe tidak ke sana. Itu pun setelah anak2 merengek nak ke sana. Kesian pulak bila mendengar rintihan mereka tu. Setelah beberapa syarat yang Ambe berikan sebelum bertolak ke sana dipatuhi , barulah Ambe beredar ke tempat yang mereka inginkan.





Untuk makluman para sahabat Bukit Layang-Layang adalah tempat yang dipilih untuk Program Festival Layang-Layang Peringkat Antarabangsa yang pernah diadakan di sini sebelum ini. W/bagaimanapun pada tahun ini Festival tersebut telah ditukarkan lokasinya. Maaf le Ambe kurang ingat di mana tempatnya. Hee...




Ini adalah salah satu tempat rekreasi yang sesuai untuk ahli keluarga beriadah. Setiap Sabtu pagi ada aktiviti senamrobik. Seronok tau, bagi sesiapa yang pernah mengikuti aktiviti seperti ni tahu le... tapi Ambe hanya sekali dua je ikut. Jangan salah faham lak, tak ikut bukan bermaksud tak suka ye, tapi segan sebab tak dapat mengikuti pergerakan2 yang diberikan oleh instruktor. Malu beb... Orang lain lancar je bersenam, tapi Ambe masih terkial2 ... Ni kelemahan diri sendiri ye... w/bagaimanapun jom la pakat ramai2 membakar kalori yg ada dalam badan tu. Hee... Diri Ambe pun apa kurangnya...






Di sini ada Muzium Layang-Layang, tp yang peliknya ramai orang luar dr Pasir Gudang yang datang ke muzium ni, tetapi penduduk di sekitar termasuk Ambe sendiri ada yang belum pernah masuk pun ke muzium tersebut. Isk..isk..isk... malu betul. Jika ada orang tanya dalam muzium tu ada apa? Tak tau nak jawab macam mana...




W/pun tak masuk, ber'posing' dekat muzium tu pun jadilah...




Ini le padang yang dijadikan tempat untuk 'melepaskan' layang2. Anak Ambe pun sama tp mereka hanya lari ulang-alik kat padang je. Malaslah nak layan 'permohonan' beli layang2 ni. Bukan apa, mereka ni bukan 'reti' pun nak menghargai... Bila dapat main le sekejap... tp lepas tu..buang...alasan tak ada mood. Bila tengok pengunjung2 di sini menunjukkan 'skill' mengendalikan layang2 tu seronok gak. Macam2 ada...





JADIKAN RIADAH AMALAN HIDUP KITA!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails