Tuesday, March 16, 2010

Gelagat Hero2 Ku

Bila cuti sekolah anak2 semua tak nak duduk TASKA lagi. Mereka rela duduk kat rumah, lebih bebas katanya. Apa yang bebas Ambe pun tak tahu.

Cuti sekolah tahun lepas ...

Bila cuti sekolah mula aje, mereka mula merengek nak tinggal kat rumah. "Umi pergilah kerja, jangan risau la, Along dgn Arif tak buat apa2. Kami cuma tengok tv je. Along janji. Tak nak lah duduk kat TASKA. Boring...". Itu adalah janji2 yg diutarakan. "Ok, Umi bagi peluang kali ni, jika Umi balik dr kerja, kalau Umi tengok semua ok, esok boleh duduk kat rumah lagi...tp jika buat hal, Umi akan hantar kat TASKA seperti biasa. Faham!!!!". "OK, Along janji".

Ketika Ambe pulang sekejap, jengah mereka pd waktu t/hari, tiada apa yg berlaku. Alhamdulillah. Akan tetapi bila pulang dr kerja,tahu apa yang jadi... Mereka lari lintang pukang, kelam kabut seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Ambe buat tak tau je. Tapi bila suami Ambe pulang dr kerja , mula la dengar " Siapa punya kerja ni hah.. Habis dinding kat luar ni diconteng, pagar ditakik , cermin tempat peti surat dipecahkan...." Bila Ambe tengok, semua tiga orang anak Ambe duduk diam tanpa bercakap apa2. Seolah2 tiada apa yang berlaku.

Apa lagi mula lah sesi penyiasatan. Bab2 menyiasat ni Ambe serahkan kpd Si Bapa je. Dia memang pakar bab2 cam ni. Akhirnya, siapa yang bersalah , terimalah hukuman. Keesokan harinya, mereka terpaksalah duduk kat TASKA seperti biasa.


Cuti sekolah tahun ini ( 15-19 Mac 2010 )

Ambe ambik cuti selama 1 minggu utk bersama2 dgn hero2 Ambe . Kesian pd mereka. Alhamdulillah, cuti semester pelajar pd tahun ni sama pula dgn cuti sekolah. Jadi senang sikit bila mohon cuti. Maklumlah cuti hanya boleh mohon ketika tiada waktu P & P, kecuali ada sebab2 yg tertentu. Ini le antara aktiviti hero2 Ambe ketika berada di rumah.

Mula2 bermain dgn elok je.Hmmm..


Tengoklah apa yang dah jadi...



Bila mereka dah penat, macam ni le...
Setelah separuh hari asyik terperap di rumah je, Ambe bawak hero2 ni keluar ambil angin yg tak berapa segar dekat dgn Danga Bay. Tapi tak singgah pun, cuma bawak mereka pusing2 bandar Johor Bahru. Sebelum melangkah lebih jauh, perut perlu diisi terlebih dahulu. "Restoran Singgah Selalu" menjadi tumpuan kami.


Sabar menunggu....



Macam2 ada...



Hmmm... sungguh menyelerakan!!!


Setelah minyak penuh diisi,hero2 ni ambil peluang bermain.


Bila dah senja...pulang lah apa lagi. Heee....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails