Saturday, March 6, 2010

"SALAM TERAKHIR"


Ustzh. Dina Abdul Khalik - berkobar2 menyampaikan ceramah



Alhamdulillah "Program Salam Terakhir" berjaya dilaksanakan jugak akhirnya. Program ni dianjurkan oleh Persatuan Wanita Taman Heliconia. Salam Terakhir adalah program ilmiah yang membincangkan mengenai Tata cara Pengurusan Jenazah. Terima kasih Ainoor kerana memberi peluang kpd kakak2 mu ini. Kami ( Ambe, Dina, Rohamiah & Zanarita ) telah dijemput sebagai penceramah/panel program ni. Tapi akhirnya yg menjadi penceramah sorang je, siapa lagi kalau bukan Dina. Yang lain2 sebagai penunjukcara sahaja. Hee...



Pada asalnya, Ainoor mencadangkan program ni diadakan dalam bentuk forum bagi membincangkan masalah2 yang berkaitan dengan topik tersebut. Setelah difikirkan & mengikut kesesuian pengisian program tersebut, maka ia ditukarkan kepada Program Ceramah sahaja. Walau bagaimanapun sebelum program bermula , kami cuba pratis macam mana nak potong kain dan membungkus mayat. Ala belum mempunyai keyakinan diri la katakan...hee... Masa kami dalam Bilik Persidangan JPA semasa sedang praktis tu, ada sorang member (Loo Sook Yee) yang tengok secara tidak sengaja, terus lari ketakutan, mungkin terkejut kot. Hee... Rupa2nya ada juga orang bila tengok "mayat" ni timbul perasaan takut . Walaupun kita "kesitu" juga akhirnya.



Model semasa pratis ni siapa lagi kalau bukan Ambe. Hah baru le rasa macam mana jadi "mayat". Seram sejuk dibuatnya. Itu baru "mayat" yang hidup, kalau lah dah betul2 jadi mayat macam mana le agaknya. Sama2 lah kita tambah amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.



Nak cerita sikit le pasal program ni.


Ainoor Mahfuzah adalah Naqib bagi Majlis Ilmu ini. Ambe amat respect le kat dia kerana berjaya menganjurkan majlis ilmu seperti ini. Ramai pulak yang menyertainya walau pun waktu tersebut ( Sabtu : 2.30 -5.30 petang ) biasanya mereka bersama keluarga masing2. Akan tetapi mereka sanggup meluangkan masa bersama2 kami.


Manakala penyampai utamanya ( Dina ), sebelum bermula program tersebut diserang ''sakit perut" berulang alik ke tandas, tetapi sebaik sahaja program bermula, berkobar2 ceramahnya kalah pemimpim yang berkempen waktu pilihanraya. Selesai program, balik rumah je terus sakit kepala. Itu le di antara "peristiwa"2 yang dihadapi. Maklumlah kami ni baru je mencuba... Hee... Ambe pulak menyertai Zanarita dan Rohamiah sebagai penunjuk cara bagaimana nak menyiapkan kain kafan. Dari pemerhatian Ambe, Zana dan Yah dah cekap dalam bab2 potong memotong kain kafan ni.

Antara peralatan mandi & kafan jenazah


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KAWAN2 SEKALIAN...


SEMOGA TIDAK SERIK DI LAIN KALI.


Akhirnya selesai juga.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails