Tuesday, April 20, 2010

Program Mencari Pasangan Soleh/Solehah


Pada 17 April 2010, Politeknik Johor Bahru telah menganjurkan satu program yang julung kali diadakan di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Am dan Kelab Rakan Muda Masjid. Program ini berbentuk mini forum dijalankan bersama dengan Jabatan Agama Johor. Program yang dinamakan Program Mencari Pasangan Soleh/Solehah adalah susulan daripada peristiwa bilangan anak luar nikah yang meningkat dan kes-kes penceraian dikalangan pasangan yang berkahwin pada usia muda. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menghindari daripada perkara tersebut berlaku dikalangan pelajar-pelajar politeknik .

Seramai 800 orang pelajar mendaftar untuk menjadi peserta . Di antara mereka adalah pelajar-pelajar khas (pekak bisu) dan pelajar bukan beragama Islam. Dua orang panel dijemput khas Ustaz Mohd Nasri bin Rahman daripada Bahagian Pembangunan Keluarga dan Ustazah Siti Arfah Binti Mohd Yusuf daripada Pejabat Agama daerah Muar. Forum ini dipengerusikan oleh Ustaz Amir Bin Mohd Noor iaitu seorang Pegawai Khidmat Nasihat daripada Pejabat Agama Daerah Johor Bahru.

Pihak penganjur mengharapkan perlaksanaan program tersebut dapat membantu peserta memahami kaedah pemilihan pasangan hidup berlandaskan ajaran islam bagi membina perkahwinan yang harmoni dan bahagia serta mencapai objektif program.


Program Mencari Pasangan di Dewan Besar PJB



Ust. Azhar (JAJ) - Pengerusi Majlis


Ust. Mohd Hamdi b.Yaacob (JPA)- Pembaca doa



Pelajar mengambil peluang "berniaga". Eh..eh.. Macam kenal je "barang2 tu"


Antara AJK dr kalangan Kelab Rakan Muda Masjid ( RMM )

Pelajar mula daftar seawal jam 8.30 pg.

Aik!! Jeling kat siapa tu? Pak We ke????????


Antara peserta yang hadir


Nampaknya peserta perempuan lebih ramai....




DOA MENCARI JODOH YANG SOLEH/SOLEHAH: "Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Allah jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Allah jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padaMu. Ya Allah jika aku merindui kekasihmu janganlah biarkan aku melampaui batas hingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu"



Azmi pun ikut sekali... Bila nak buat majlis ni Azmi???



Bagi pelajar2 Khas pulak, disediakan jurubahasa utk memudahkan pemahaman mereka.

Gaya seorang jurubahasa


Ustzh. Siti Arfah bt Mohd Yusuf , Ust.Amir b.Mohd Nor & Ust.Mohd Nasri b.Rahman

Ust. Mohd Nasri - "Hati2 bila anda nak memberi hati pada orang, nanti anda akan makan hati..."

Cenderahati drp. JAJ kpd. Pn.Farahdiba Md.Said (Wakil Pengarah PJB)



Cenderahati drp PJB kpd Ust.Mohd Nasri b.Rahman (Wakil JAJ)



Usai majlis, pelajar beratur utk mengambil makanan



Salah seorang AJK RMM - Seronok sakan bila majlis dah selesai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails