Thursday, April 1, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Tadika At-Taufiq

Pada 28 Mac 2010 - Sambutan Maulidur Rasul di Tadika At-Taufiq (Taman Kota Masai). Temanya ialah "RASULULLAH CONTOH TERBAIK" . Awal-awal lagi (5.00 pg)anak Ambe iaitu Muhammad Firdaus dah bangun tidur. Tak sabar katanya nak pergi ke TADIKA AT-TAUFIQ. Seronok pulak bila tengok anak-anak yang begitu bersemangat untuk menyambut hari kelahiran Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Semalam (27 Mac 2010) giliran si abangnya iaitu Muhammad Arif Farhan menyambut hari Maulidur Rasul di Sek.Agama Kota Masai. Sungguh meriah mereka menyambutnya. Tapi sayang tak ada gambar sebab lupa bawa kamera. Hee....
Ramai le pulak penyambut tetamu di sini. Semuanya adalah dari kalangan pelajar sendiri. Alhamdulillah. sejak awal lagi dilatih. InsyaAllah bila besar nanti boleh le jadi PEMIMPIN.



Ini sebahagian drp pelajar-pelajar yang belajar kat sini.
Awat ni Muhammad Firdaus? Cari Umi ke? Serius je muka tu....


OOO... Dia cari kawan rupanya utk beratur naik ke pentas. Ada apa ek???


Rupa2nya nak ambil hadiah yang Ustazah bagi.. Hemmm...


Pelajar hampir remaja pun ada????



Dah habis majlis, menjamu selera le pulak...


Ini (perempuan2 berbaju hitam) pengawal peribadi ke?


Pelajar sedang mengambil makanan utk.menjamu selera.

TADIKA AT-TAUFIQ, memang banyak jasanya pada Ambe sekeluarga. Ini nak promosi la pulak... sesiapa yang hantar anak kat sini tak rugi sebab tenaga pengajarnya memang cukup profesional. Ada jadualnya yang tersendiri. Sukatan pelajaran memang yang dibenarkan oleh JPN. Itu yang penting. Bagi anak2 yang tiada asas dalam membaca al-Quran , jangan risau...mereka akan ajar pelajar2 ni dari zero sampai tamat al-Quran, tapi kena maintain le... Jangan pulak bila dah keluar tadika , terus stop mengaji. Itu tak kan tamat la jika tiada kesinambungannya. begitu juga dengan asas2 solat. semua cukup kat sini.

Akhir kalam... berilah pendidikan yang sempurna untuk anak2. Didikan yang seimbang di dunia dan juga akhirat...........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails