Tuesday, June 15, 2010

Cuti2...Malaysia...

Alhamdulillah cuti telah diluluskan bermula pada 9 - 18 Jun 2010. Kali ni cuti amat bermakna buat Ambe sekeluarga. Maklumlah dapat balik kampung, dapat jumpa keluarga & sanak saudara , terutama saudara2 yg tinggal luar dr Terengganu. Kali ni pengembaraan bermula dari JOHOR - TERENGGANU - PERAK - JOHOR.


11 JUN 2010 - PERJALANAN KE TERENGGANU


Ambe sekeluarga bertolak dr Pasir Gudang , Johor tepat pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah sampai ke Kg.Batangan, Marang, Terengganu lebih kurang pukul 2.30 petang. Nasib Ambe baik kerana rombongan pengantin lelaki belum sampai lagi. Tunggu punya tunggu hampir pukul 4.30 petang pengantin sampai. Mak Andam pun dah balik. Nasib baik ada ahli keluarga yg agak pandai dalam bab2 andam mengandam ni.



Inilah majlis yg mengumpulkan semua ahli keluarga kami.


"Umi!!!Kejapla....Faiqah nak posing ni. Lepas ni baru Umi suap "


Pok Die: "Fatin!!!! Kalau nak tidur balik la rumah Tok..."


Suhayana:"Arif!!! Cuba senyum sikit gok...Buat macam Mak Sue ni"


Antara orang2 yg bert/jawab menjaga hidangan tetamu


Yg ni pulak, sukarelawan2 mencuci pinggan mangkuk


Memastikan pinggan & cawan cukup utk tetamu


Ini sepupu Ambe: ZULHAYATI IBRAHIM


Masing2 berposing dgn anak, Alhamdulillah!!!!bertambah lagi umat Nabi Muhammad. Hee...


Haaaaaaa.... amboi happy nya ZULIANA ni. Inilah wajah ceria seorang ibu. Dalam apa keadaan sekalipun pun..tetap maintain...


Keluarga pengantin sebelah perempuan, pakaian semua oren...


Alahai...ayunya pengantin posing: JUE & SHAH


Orang2 yg jarang2 sekali Ambe jumpa: NAN, YA & MAK CIK



12 JUN 2010 - MENGHANTAR PENGANTIN

13 buah kereta digunakan untuk menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Antaranya ialah keluarga pengantin sendiri ( 3 buah ), Ambe, Pak Die, Pak Su Nuar, Van Pak Yuki, Mat, Mek Ziah, Pak Mat Nong, Pak Razif, Pie & Zila.

Berkumpul sambil menunggu yg lain utk konvoi bersama dgn pengantin.

Sue & Arif sempat lagi posing.


Antara kereta2 kami yg ber'konvoi'. Tp malangnya bila sampai di bandar Kuala Terengganu, sebahagian drp kami telah terputus 'konvoi'. Maklumlah jalan pulak jam. Ambe pulak tak tahu mana tempat nak dituju. "Ala silap la pulak tak ambil kad jemputan utk jadikan panduan", "Kenapa kereta depan bawak laju sangat", "Kenapa tak cakap alamat rumah pengantin kat mana?", "Kenapa beri tak bagi taklimat dulu?" , "Kenapa nak pergi dgn kereta, sewa bas je kan senang" dan banyak lagi omelan2 yg keluar bila sebahagian drp kami mula berkumpul. Walau apa pun , akhirnya kami selamat sampai ke rumah pengantin lelaki dengan selamat, walaupun lewat sampai dr masa yang sepatutnya.



12 JUN 2010 - MALAM
(Dipaparkan sedikit dr aksi2 anak & anak saudara bila bertemu).


Firdaus : "Faiqah, awak ikut saya rukuk. Hah..cam ni.."
Faiqah : "Ala..susah le nak tunduk, cam ni boleh tak?"

Fatin, Firdaus & Faiqah cuba menunjukkan bakat masing2. W/pun tak seperti yg sepatutnya, tp kemahuan ingin melakukan solat telah ada dalam diri. Cuma ibu bapa perlu memberi bimbingan yg sewajarnya. Ingat Fatin!!! tutup aurat tu dulu baru boleh solat...


Fatin: "Firdaus cepatnya awak sujud..."
Firdaus : "Ikutlah cepat Faiqah..."
Faiqah: "Cam mana saya nak sujud? Rukuk pun tak betul lagi ni"



13 JUN 2010 - PERJALANAN KE PERAK

Bila dapat cuti sesekali cam ni, Ambe tak boleh fikir pasal keluarga sendiri aje. Keluarga mertua pun harus diambilkira. Pasal itu lah, walau pun masa balik kg hanya seketika sahaja, kami terpaksa terkejar2 utk pulang kedua2 tempat, kerana masa itu emas. Masa bertolak keluar dr Kg.Batangan menunjukkan jam 9.00 pagi. Agak2 pukul berapalah samapai kat Perak nanti. Hmm...



Lupa pula nama masjid ni : Jertih Terengganu



Antara pemandangan di sepanjang perjalanan ke Grik.



Kebun Bunga Tanah Merah - aneka barangan yg dijual di sini.


Kalau ikutkan hati, semua tempat ni nak dijelalajah. Tetapi masa...hmm..


Berehat sebentar menikmati pemandangan di puncak bukit


Sempat jugak Arif, Aiman & Firdaus posing


Tempat R&R yg baru tapi tak tau tempat ni nama apa?


Antara kemudahan yg disediakan adalah surau ni. Cantik, kemas & bersih


Tak tau kat mana silapnya, kami sesat pulak selepas keluar dr Grik terus menuju ke Baling Kedah. Isk...isk...Mana pulak le tempat yg boleh U-Turn ni. Rasa2nya td dr Tanah Merah hingga ke Grik tak ada pulak jalan yg mengelirukan, semua ikut jalan yg biasa. Tp kenapa boleh sampai ke Baling. Nak elak drp terus sesat perlu cari jalan keluar yg mudah. Apa lagi cari highway le senang....


Antara tempat yg Ambe jumpa sepanjang "kesesatan" kami.


Isk..isk.. dah menghala ke Tasek Gelugor ni. Waduh2....


Tak kan nak minta polis hantar kot. Hee...



Ikut je lah signbord ni..Kalau signboard ni salah, bertambah 'sesat' la kami.


Cantik pemandangan kat sini. Sawah padi yg menghijau. sejuk mata memandang.


Alhamdulillah, jumpa juga jalan yg dicari.

Akhirnya lebih kurang pukul 7.00 malam, baru kami jumpa highway ke Ipoh. Syukur alhamdulillah. Cukup semua negeri di utara kami jelajah dr Terengganu ke Kelantan terus ke Kedah, kemudian Pulau Pinang hinggalah ke Taiping Perak. Kami sampai ke Kg. Berchat, Bukit Gantang, Taiping lebih kurang pukul 9.30 malam. Satu perjalanan yg amat memenatkan, tp berbaloi2...

15 JUN 2010 - PERJALANAN KE JOHOR BAHRU

Seronok tengok budak2 ni bermain.
Salah satu kemudahan yg disediakan di R&R Sg.Perak



Hmmm... kuah satay. Makin bertambah lapar lak tengok ...


Ini lah Satay Hj.Samuri - Restoran Jejantas Sg. Buloh


Sempat jugak berposing kat sini.


Bila masuk je highway Pasir Gudang , jalan dah mula jam. Apa ke hal ni. Rupa2nya ada lori terbalik. Patut la jalan jam. Yg geramnya "kes" tu kat sebelah kanan, tp yg jam di sebelah kiri. Ini lah masyarakat kita. Bila ada kemalangan je, orang yg TOLONG LIHAT itu teramatlah ramainya,tp yg betul2 nak tolong tu tak de la pulak. Itu yg menjadi penyebab jalan jam. Hmmmmm...bila la nak ubah pesepsi tu agaknya.



Ambillah iktibar - BERHATI2LAH KETIKA MEMANDU

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails